lima belas

5.8K 321 1
                                    

Putri Qhaisara yang terbaring lesu dipandang oleh Irfan dengan tatapan sayu. Wajah yang cantik itu ditenung dengan penuh minat.

"Sayang. Sayang bila nak bangun? Abang rindukan sayang." luahnya sebak. Dia takkan maafkan orang yang berani menyentuh isterinya. Tidak akan!

Putri Amelia hanya menjadi pendengar. Puan Nurhuda dan Encik Mahmud sudah pulang ke rumah mereka kerana Irfan sendiri yang menyuruh agar mereka pulang untuk berehat. Hal tentang penjagaan Putri Qhaisara dia yang akan uruskan.

"Ayah. Ayah kena kuat. Insyallah..ibu tak apa-apa." ujar Putri Amelia memberi semangat kepada ayahnya yang sedang bersedih. Irfan memandang wajah anak gadisnya dengan senyuman tipis.

"Jangan risau. Ayah okey," balasnya kepada anak gadisnya. Putri Amelia mengangguk faham dengan apa yang dikatakan olehnya.

"Adik?"

"Ye, ayah? Kenapa?"

"Adik taknak balik ke? Kan dah nak malam ni. Adik takde rehat sejak tadi lagi. Nanti adik sakit kan susah. Adik taknak balik ke?" soal Irfan. Putri Amelia menggeleng.

"Tak, ayah. Adik tak penat pun. Adik nak duduk sini temankan ayah. Nak tunggu ibu sedar," balasnya dengan senyuman manis. Ayahnya mengangguk faham.

"Yelah. Kalau adik penat jangan lupa beritahu dekat ayah."

"Baiklah," balasnya.

Keadaan dalam bilik tersebut kembali sunyi. Putri Amelia memandang wajah ibunya dengan tatapan yang sukar ditafsirkan.

'Ibu. Ibu kena kuat tau. Ibu jangan tinggalkan kami. Kami sayang ibu' getus hatinya.

Beberapa minit kemudian, Putri Amelia mulai bersuara memecahkan kesunyian dalam bilik tersebut.

"Ayah. Adik pulang dulu ek? Ayah nak ikut pulang tak?" soalnya kepada Tengku Irfansyah. Lelaki itu menggeleng laju.

"Takpe. Adik pulanglah dulu. Mesti adik penat kan? Ayah nak duduk sini jaga ibu. Adik rehatlah. Suruh bodyguard ayah hantarkan adik pulang ke rumah," balas ayahnya. Putri Amelia terdiam. Dia berfikir sejenak.

"Kenapa adik diam?"

"Takde apa. Betul ke ni ayah taknak ikut? Nanti ayah sakit macam mana? Ayah pun belum makan lagi kan? Lebih baik kita pulang dulu. Nanti kita datang tengok ibu balik," balas Putri Amelia memujuk ayahnya untuk berehat.

Irfan terdiam sejenak. Dia berfikir sambil memandang wajah isterinya yang sedang terbaring di atas katil.

"Yelah. Kita pulang dulu," katanya. Putri Amelia tersenyum nipis. Irfan mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi anak buahnya untuk datang ke hospital mengawasi bilik isterinya.

"Jom."

"Jom. Tapi..macam mana kalau abang datang nanti? Mesti dia pelik kalau kita dah takde dekat sini," ujar Putri Amelia.

"Ayah terlupa pula. Takpelah. Nanti ayah beritahu dekat dia yang kita pulang sekejap," balasnya kepada anak gadisnya yang hanya berparas bahunya sahaja. Putri Amelia mengangguk faham.

"Sayang. Kami pulang dulu ek? Jangan risau nanti kami datang balik. Cepat sembuh." ujarnya lalu mengucup dahi Putri Qhaisara dengan lama.

Dia rindu dengan gadis tersebut. Rindu bergaduh manja dengannya. Rindu mendengar gadis itu berleter. Dia berharap agar gadis itu cepat sedar.

"Ibu. Kami pulang dulu. Adik sayang ibu. Ibu kena kuat tau. Kami akan tunggu ibu." ujar Putri Amelia pula. Tangan ibunya dikucup serta dahinya juga.

"Dah. Jom."

"Jom,"

Mereka berdua melangkah keluar dari bilik wad Putri Qhaisara sambil berpegangan tangan. Anak buah yang mengawal bilik tersebut masih belum sampai.

Beberapa anak buah Tengku Irfansyah ada yang mengawal di pintu wad Putri Qhaisara namun dia berasa kurang selamat. Oleh sebab itu, dia menghubungi anak buahnya yang lain untuk mengawal bilik tersebut.

"Jaga bini aku dengan baik. Jangan tersilap pandang. Musuh ada dekat mana-mana je. Jangan cuai dalam kerja korang. Kalau ada terjadi sesuatu dekat bini aku. Korang akan terima hukuman!" kata Irfan berserta ugutan. Anak buahnya menjadi kecut perut.

"Faham, boss!"

"Good. Tunggu yang lain datang. Aku ada telefon yang yang lain supaya datang ke sini. Korang tunggu je."

"Okey, boss,"

Irfan menganggukkan kepalanya. Tangan Putri Amelia digenggam erat dan melangkah pergi dari kawasan hospital tersebut dan menuju ke tempat kereta.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now