tiga puluh lima

6K 294 5
                                    

Walisah termenung jauh memikirkan tentang cerita daripada Putri Amelia semasa mereka berada di dapur.

"Haih..sampai hati orang tu buat dia macam tu." katanya sendiri dengan gelengan kepala. Dia tersentak apabila pintu dibuka dari luar.

Klak!

"Eh? Dari mana?" soal Walisah kepada Ikmal yang melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Pada wajahnya tiada senyuman sedikit pun untuk Walisah namun gadis itu tidak kisah. Mungkin itu adalah sikapnya.

"Ada urusan sikit tadi,"

"Ouh. Yelah,"

"Kita akan pindah hari ni pergi rumah kita sendiri." kata Ikmal. Walisah terkejut. Kenapa perlu pindah? Dia selesa berada di rumah tersebut.

"Erkk..kenapa kena pindah? Aku selesa duduk sini,"

"Kita dah khawin. Kita kena ada rumah sendiri. Dengar cakap aku. Jangan banyak soal. Kemas semua pakaian kau lepas tu kita gerak pergi rumah baru kita," ujar Ikmal dingin. Walisah mengeluh kecil. Nak tak nak dia terpaksa ikut. Memang semua benda kena ikut cakap dia ke? Alahai...

"Yelah. Kejap bagi aku masa."

"Okey," balas Ikmal sepatah. Dia menuju ke atas katil dan duduk. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu dia menyibukkan dirinya. Walisah pula tekun memasukkan kesemua pakaian ke dalam beg tanpa ada satu pun yang tinggal. Sempat dia menoleh ke arah belakang melihat Ikmal yang khusyuk dengan telefon bimbitnya. Walisah hanya membiarkan sahaja.

"Dah siap!" kata Walisah dengan ceria. Ikmal memandang wajah Walisah lalu telefon bimbitnya dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya.

"Jom."

"Jom!"

Walisah jalan mendahului Ikmal namun tangannya ditahan oleh Ikmal. Gadis itu memandangnya pelik. Ikmal pula memandang Walisah dengan pandangan dingin.

"Kenapa? Ada yang tinggal ke?" soal Walisah pelik.

"Biar aku bawa beg pakaian kau,"

"Ha? Eh, takpe. Aku boleh bawa. Bukannya—-"

"Jangan banyak cakap," potong Ikmal laju. Walisah terdiam.

"Bukan banyak cakap. Tapi—-"

"Diam," Ikmal berkata sepatah lalu memberi isyarat mata agar beg tersebut diberikan kepada dia. Dengan hati yang terpaksa Walisah memberikan beg tersebut kepadanya.

"Jom."

Ikmal menggengam erat tangan Walisah lalu melangkah turun ke bawah. Walisah tergamam. Setiap kali lelaki itu menyentuhnya. Jantungnya akan berdegup dengan sangat laju.

'Alahai..jantung. Jangan berdegup laju sangat boleh tak? Boleh malu aku jelah.' Walisah berkata di dalam hati.

Putri Qhaisara dan Irfan melihat ke arah mereka berdua. Bibir mereka tersenyum sendiri melihat pasangan tersebut.

"Ikmal. Nak pergi dah ke?"

"Iya. Nanti ada masa Ikmal datang jenguk ibu, ayah dan adik," balas Ikmal lembut. Walisah terpikat dengan suara Ikmal pada waktu itu. Percakapannya sangat lembut. Bukan seperti dengan dirinya yang hanya dingin dan serius sahaja. Leceh.

"Baiklah kalau macam tu. Jaga Walisah baik-baik. Hal berkaitan syarikat biar ayah yang ambil ahli. Ikmal jangan risau," ujar Putri Qhaisara. Ikmal mengganguk faham.

"Yelah. Kalau macam tu kami pergi dulu. Nanti kirim salam dekat adik."

"Yelah. Adik tengah tidur dalam bilik dia. Hati-hati ye dalam perjalanan tu. Jangan pandu kereta laju sangat. Ingat tu."

"Yelah, ibu. Ikmal pergi dulu ye,"

Ikmal mengucup tangan kedua ibubapanya sebelum bergerak keluar diikuti dengan Walisah.

"Ibu, Walisah gerak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam,"

Kedua pasangan tersebut keluar dan menuju ke tempat kereta milik Ikmal. Putri Qhaisara dan Irfan hanya memandang kelibat mereka berdua dengan ekoran mata.

"Abang harap hubungan mereka berdua akan kekal."

"Amin,"

"Dah. Jom."

"Jom pergi mana?"

"Temankan abang makan. Abang lapar sayang,"

"Yelah,"

Putri Qhaisara dan Irfan menuju ke dapur untuk makan. Sambil berjalan pergi ke dapur sambil mereka berpegangan tangan.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें