tiga puluh dua

5.9K 323 2
                                    

Ikmal meletakkan tubuh Walisah secara perlahan-lahan di atas katil. Gadis itu menggeliat kecil. Selepas meletakkan Walisah di atas katil. Ikmal terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia mengambil pakaiannya sebelum masuk ke dalam bilik air.

Selepas 30 minit, Ikmal keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Kaki melangkah mendekati Walisah yang sedang tidur nyenyak. Dia mengejutkan gadis tersebut menyuruhnya untuk mandi.

"Bangun, hey. Pergi mandi dulu. Lepas dah mandi, kau sambunglah tidur." ujarnya kepada Walisah. Gadis itu tidak memperdulikan Ikmal.

"Walisah. Bangun. Pergi mandi." katanya lagi namun tetap gadis itu tidak memperdulikannya. Lena sangat dia tidur. Ikmal menggelengkan kepalanya.

"Haih...budak ni. Pekak ke apa? Aku kejut pun taknak bangun." bebelnya sendiri. Sekali lagi dia mengejutkan Walisah.

"Wal, bangun. Mandi dulu. Bangunlah."

Walisah membuka matanya seketika sebelum dia menutup kembali. Tubuhnya dipusingkan membelakangi Ikmal. Lelaki tersebut hanya memandang kosong terhadap Walisah.

Tanpa berkata apa-apa. Tubuh gadis tersebut dicempung dan dibawa ke dalam bilik air. Walisah terjerit kecil dengan perbuatan Ikmal.

"Arghh!!!"

"Apa ni? Turunkan akulah!!!!! Mak!!!!!!!" jeritnya lantang. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan. Kakinya digoyangkan agar Ikmal menurunkan tubuhnya.

Ikmal menjadi rimas. Sampai sahaja di dalam bilik. Dia meletakkan tubuh Walisah di dalam tab lalu tubuh gadis itu dimandikan.

"Hey!!! Berhentilah!! Sejuk tahu tak!!"

Namun, Ikmal tidak mendengar. Dia tetap memandikan gadis tersebut. Walisah pula menahan kesejukan. Rasa mengantuk terus hilang serta-merta akibat perbuatan Ikmal yang tidak bertamadun.

"Diam. Aku dah kejut cara elok kan? Kau yang tak reti nak bangun," balas Ikmal dingin. Walisah menjeling tajam. Nak perli aku ke apa? Orang mengantuk pun salah ke? Orang penat kot. Macam je hari esok takde untuk aku mandi. Leceh betul mamat ni.

"Kau bersihkan diri kau tu. Guna sabun. Lepas dah siap. Beritahu dekat aku. Faham?"

"Aku tahulah! Faham,"

"Good,"

Ikmal melangkah keluar dari bilik air. Walisah mendengus geram. Kecil besar kecil besar je dia tengok Ikmal. Suka hati dia je nak angkat aku. Nasib baik suami.

Walisah membersihkan tubuhnya seperti yang disuruh oleh Ikmal sebentar tadi. Setelah semuanya selesai. Dia memanggil nama Ikmal di dalam bilik air tersebut.

"Ikmal!! Aku dah siap mandi!! Ambilkan aku pakaian aku!!"

Katanya dengan separah menjerit. Ikmal terus mengambil pakaian isterinya tanpa banyak soal lalu memberikannya kepada Walisah.

"Nah, pakaian kau." kata Ikmal. Walisah menahan malu kerana lelaki itu mengambil pakaian sulitnya tanpa rasa malu. Alahai...mampus aku macam ni.

"Terima kasih."

"Sama-sama,"

Ikmal kembali menuju ke katil manakala Walisah pula terus memakai pakaian dan bergegas keluar dari bilik air tersebut dan menuju ke katil.

Tubuhnya terus direbahkan dan mata dipejamkan rapat. Dia tidak memperdulikan kehadiran Ikmal disitu.

"Kau nak tidur dah ke?"

"Hmmm,"

"Meh sini. Dekat dengan aku." Ikmal menarik tubuh Walisah masuk ke dalam pelukkannya. Walisah tergamam. Jantungnya sudah berdegup laju. Haruman dari tubuh Ikmal sangat mengasyikkan sehingga dia terbuai.

Tubuh gadis itu dipeluk erat oleh Ikmal. Dia membelai rambut isterinya memandangkan Walisah tidak menggunakan tudung pada waktu itu.

"Tidur."

Ikmal berkata sepatah. Walisah mengganguk lalu dia menutup matanya dan tidur di dalam pelukkan Ikmal. Lelaki tersebut tersenyum kecil sebelum dia turut tidur bersama isterinya.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now