satu

12.4K 544 74
                                    

Putri merenung wajah anak gadisnya iaitu Putri Amelia yang masih belum sedarkan diri. Tangan gadis itu digenggam dengan erat.

Irfan pula duduk di sofa yang sedikit berjauhan dengannya. Irfan yang mengetahui anak gadisnya ditembak berasa marah yang teramat. Namun, anaknya Ikmal pantas bertindak dengan menjadi siapa dalang disebalik perbuatan tersebut.

"Sayang, kita pulang dulu eh? Sayang kena rehat. Dari tadi sayang takde rehat. Nanti sayang sakit, abang yang merana sebab isteri abang yang sewel dan gila dah meninggal dunia. Nanti masuk berita, seorang gadis yang gila meninggal dunia akibat terkejut." kata Irfan. Tajam anak mata Putri melihat sang suami.

"Amboi..abang. Sedap mulut abang je cakap sayang gila kan? Walaupun sayang gila tapi abang yang tergila-gilakan sayang dulu! Boleh pula dia kata aku gila lepastu meninggal. Sengal betul suami aku ni." bebelnya kepada Irfan. Kalau tak mereng memang tak sah.

"Sayang kata mulut abang sedap? Mulut abang ni boleh dimakan ke? Seram betul sayang ni." ujar Irfan. Putri mengetap gigi menahan rasa geram terhadap sikap encik suami yang sengal.

"Abang! Erghh!! Abang ni kenapa hah? Kalau tak mereng memang tak sah ke hah? Aduh..peninglah aku macam ni. Asal lah aku dapat suami macam abang ni. Otak tak betul." malas Putri.

"Ewah. Suka hati mak nenek kebayan dia je cakap otak aku tak betul. Kenapa otak pernah betul ke? Otak  memang tak betul sebab dia tak pandai belajar. Otak dalam kepala mana boleh belajar. Manusia yang belajar bukan otak," balas Irfan tersenyum senget. Makin bertambah geram Putri dibuatnya.

'Ya Allah, kau sabarkanlah hatiku yang kurang sabar dengan sikap encik suami ni. Sungguh aku tidak tahan.' doa Putri di dalam hati.

"Abang baik abang diam eh? Sebelum sayang menjadi singa!" geram Putri berkata. Irfan meletakkan tangannya di dagu sambil memandang wajah isteri kesayangan.

"Sayang jadi singa? Sejak bila pula sayang boleh bertukar jadi haiwan ni? Tak pernah abang tengok manusia bertukar menjadi singa. Kalau dalam cerita dongeng adalah." kata Irfan lalu melirik isterinya dari atas hingga bawah dengan wajah yang pelik.

"TENGKU IRFANSYAH!!! SEBELUM SAYANG HILANG SABAR BAIK ABANG DIAM!"

"Sabar itu pandai hilang ke?"

"DIAM ABANG!

"Mulut abang, suka hati abang ah,"

"Astghfirullahalazim. Sabar Putri, sabar."

"Bagus sayang. Sabar itu separuh daripada iman. Baik betul isteri aku ni." kata Irfan ingin menambah geram isterinya.

Putri yang sudah tidak tahan dengan sikapnya terus meluru kearahnya dan memberikan tumbukan padu pada bahagian perut Irfan.

Buk! Buk!

"A shit!"

"Sayang dah kata diam, abang degil sangat. Kan dah mendapat tumbukan sulung sayang." ujar Putri dengan senyuman mengejek. Irfan memandangnya dengan kerutan di dahi menahan rasa sakit. Berbisa juga tumbukan isterinya. Tidak sia-sia dia beri tunjuk ajar mempertahankan diri.

"Sekali lagi abang merepek, sayang buang abang dekat gaung." ugut Putri. Irfan tersenyum sinis.

"Buang? Are you sure, sayang?" soal Irfan sinis. Dengan serangan mengejut dia menarik tangan Putri dan menunbuk perut Putri walaupun tidak kuat. Tapi, isterinya pantas bertindak dengan laju.

Dia memutarkan tangannya dan sekaligus genggamannya tangan Irfan terlepas serta-merta. Putri mengambil kesempatan tersebut dengan menyepak perut suaminya.

"Arghh!!! What!" jerit Irfan. Putri tersenyum senget memandang Irfan yang tidak puashati dengannya. Kening sebelah dijongketkan dengan senyuman senget.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now