"Hujung minggu nanti aku datang jumpa kau. Nanti share location rumah kau," kata Danial. Selang beberapa minit panggilan terus ditamatkan.

Aakiff kembali melangkah menuju ke Kafe. Riak wajah Aakiff bertukar keruh apabila dia selisih dengan Imani. Aakiff terus melangkah tanpa mempedulikan kehadiran Imani.

"Kiff tunggu," Imani panggil namun Aakiff terus melangkah tidak menghiraukan panggilan Imani.

"Kiff please. Imani cuma nak minta maaf," Imani membututi langkah Aakiff dengan merayu agar Aakiff mendengar apa yang ingin dikatakannya. Aakiff pandang sekeliling, banyak mata yang memandang. Nak tak nak terpaksalah dia dengar penjelasan Imani.

Imani mengulum senyum.

"Cakaplah apa yang kau nak cakap," Aakiff bersuara dingin. Senyuman Imani terus mati.

"Imani nak minta maaf pasal kejadian haritu. Imani sedar Imani salah. Maafkan Imani please," Imani merayu dengan nada sedih. Aakiff menghela nafas berat.

"Imani. Aku rasa kau minta maaf dengan orang yang salah. Kau patut minta maaf dekat Adwa. Bukan aku," balas Aakiff serius. Imani buat muka kesian.

"Imani memang nak minta maaf dengan Adwa tapi Adwa macam tak suka bila Imani cuba nak bercakap dengan dia. Sebab tu Imani datang minta maaf dengan Aakiff dulu," kata Imani. Aakiff tahan perasaan annoyed dalam hati. Kalau diikutkan hatinya memang dia sound habis-habisan si Imani ni. Nasib dia masih hormat perempuan.

"Jadi kau kenalah berusaha untuk dimaafkan. Kalau kau betul-betul ikhlas nak minta maaf dengan Wa, kau tunjuklah yang kau betul-betul ikhlas. Itu je kan yang kau nak cakap. Aku nak pergi lunch ni," ujar Aakiff melihat jam di pergelangan tangannya. Imani pula kehilangan kata-kata. Nak tak nak dia mengalah juga ketika itu. Dia tidak mahu Aakiff terus-terusan membencinya.

Aakiff pula segera mengatur langkah menuju ke Kafe.

*** DI RUMAH ***

USAI SOLAT ISYAK, Adwa merebahkan badan ke atas katil. Lama dia mengadap laptop bertungkus lumus untuk menyiapkan thesisnya petang tadi. Hanya tinggal sedikit masa sahaja lagi untuk peperiksaan akhir bermula. Setelah tamat exam, maka berakhirlah kehidupan mereka sebagai pelajar degree.

"Kau punya thesis dah siap ke Kiff?" Adwa bertanya Aakiff yang sedang bersandar pada kepala katil.

"Dah. Aku dah bagi Prof check," balas Aakiff. Melihat muka senang hati Aakiff, Adwa dapat mengagak bahawa thesis Aakiff sangat diterima oleh pensyarahnya mereka. Adwa mendecit. Cemburu sungguh dengan akal fikiran Aakiff.

"Wa," Aakiff tiba tiba panggil. Adwa memusingkan badan ke arah Aakiff. 

"Apa?"

"Bila kau nak start panggil aku baby ke, sayang ke, abang ke?" Aakiff sengih ke arah Adwa. Adwa buat muka seram. Automatik dia bangun dan duduk bersila di atas katil.

"Kau dah kenapa tiba-tiba?" Adwa buat muka seram.

Aakiff tarik muncung. "Tak adalah. Aku cuma teringin nak dengar kau panggil aku macam tu je. Nak manja dengan isteri sendiri takkan takboleh?" Makin panjang muncung Aakiff. Suaranya juga sengaja dikecikkan. Mengalahkan budak-budak minta gula-gula.

Adwa pandang Aakiff dengan riak tak percaya.

"Kiff. Aku rasa kau demam ni," ujar Adwa.

Aakiff tarik muka. Merajuk. Adwa pandang Aakiff lama. Dia ni serius ke main-main.

"Kiff, kau merajuk ke?" Adwa menduga.

"Mana ada. Aku lelaki, mana main merajuk-merajuk ni" balas Aakiff tapi muka masih masam mencuka. Adwa mencebik, tak merajuk konon.

"Habis tu, kalau tak merajuk kenapa buat muka berkerut macam tu," kata Adwa.

Aakiff tidak balas apa-apa. Sebaliknya dia menarik telefon pintarnya daripada meja kecil di sebelah katil. Dia terus skrol sesuatu. Adwa menggigit bibir. Alamak. Merajuklah pulak laki aku ni.

"Kiff," Adwa mencuit peha Aakiff. Aakiff sekadar mengerling sekilas. Matanya masih lagi ralit memandang skrin telefon.

"Kalau tak merajuk cakaplah dengan aku," ujar Adwa.

"Jap," itu sahaja yang dibalas oleh Aakiff. Adwa mengecilkan mata ke arah Aakiff yang ralit skrol sesuatu pada telefon pintarnya. Lima minit kemudian, Adwa akhirnya mengalah.

"Okay, kau nak aku panggil kau apa?" Adwa bertanya namun Aakiff masih lagi tetap setia dengan telefon pintarnya. Adwa mula geram. Rasa seperti dia pula yang ingin merajuk. Dengan perasaan geram, Adwa menepuk kuat betis Aakiff membuatkan lelaki itu tersentak. Telefon di tangan hampir sahaja terjatuh.

"Aduh, sakitlah Wa. Janganlah pukul aku macam tu. Kau tak kesian ke dekat suami kau ni," Aakiff merungut seraya menggosok betisnya yang dipukul oleh Adwa tadi.

"Siapa suruh kau tak layan aku? Kau jangan sampai aku merajuk pergi rumah Mawar," Adwa berpeluk tubuh. Mukanya kelat. Dia pula yang merajuk.

"Eh! Janganlah Wa, kan kita dah janji apa-apa kita bincang,"

"Dah tu, bila aku cakap kau duk tengok telefon sampai aku panggil pun tak dengar. Tahulah merajuk tapi takyahlah tengok telefon tu sampai macam tu sekali macam tengah tengok gambar makwe," Adwa mendengus geram. Aakiff mengerutkan dahi. Cepat cepat dia bangun dan bersila di hadapan Adwa.

"Wa, kau sorang je makwe aku Wa," kata Aakiff. Dia pula yang memujuk.

"Sweet talker," Adwa mencebik.

"Okay. Aku tunjuk apa yang aku tengok dekat phone aku," Aakiff tunjuk paparan skrin telefonnya kepada Adwa. Carian google. 'Panggilan manja untuk suami isteri'

Terus membahang wajah Adwa melihat carian Aakiff itu. Aakiff pula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba diserang perasaan segan. Dia berdehem sebelum mencapai tangan Adwa.

"Aku tak marah pun Wa kalau kau tak nak panggil aku abang ke apa apa je. Aku faham. Macam yang aku cakap sebelum ni, aku tunggu untuk kau ready. Tapi, tak salahkan kalau aku berangan-angan. Isteri aku jugak," kata Aakiff lembut. Dia mengulum senyum lembut membuatkan jantung Adwa makin laju mengepam darah.

Adwa melarikan pandangan seketika. Terasa bagai dipukau apabila melihat pandangan Aakiff yang begitu tepat menusuk ke hatinya itu.

"Aku panggil kau Hubby boleh?" Perlahan Adwa bersuara. Hampir tidak didengari oleh Aakiff.

"Apa kau cakap Wa?"

Adwa berdehem. Suaranya bagai tersekat di kerongkong.

"Aku panggil kau Hubby," kata Adwa malu-malu kucing. Wajahnya sudah mula membahang. Aakiff senyum lebar.

"Sekali lagi?" Aakiff sengih. Adwa jeling.

"Hubby," sepantas kilat Adwa panggil. Aakiff pula sudah senyum lebar. "Tapi aku panggil tu je. Untuk bahasa saya awak, aku perlukan masa," jelas Adwa.

"It's okay Wa. This is enough for now. I'm so happy that I think my heart is gonna burst," balas Aakiff mengucup lembut dahi Adwa.

Hello guyss. Macam biasa jangan lupa Vote & Comment. Your vote help this story tu level up. Thank you everyone. Enjoyy. ❤️❤️

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now