"Auch. Sakitlah wa," Aakiff menggosok lengannya yang kena sepit itu. Automatik dia melepaskan Adwa. Adwa buat muka kerek.

"Aku dah bagi warning. Kau yang tak dengar," kata Adwa dengan nada yang tidak bersalah. Aakiff tarik muncung.

"Nak sweet dengan isteri sendiri pun tak boleh ke?" Makin panjang muncung Aakiff. Adwa juling mata ke atas.

"Tak payah nak bersweet-sweet sangat. Orang nak makan, kang tak pasal-pasal aku makan kau," Adwa jeling. Aakiff sengih nakal.

"Kalau kau nak makan aku pun aku tak kisah," Adwa buat muka seram tengok senyuman gatal terbit di bibir Aakiff. Cepat-cepat dia cari akal untuk mengelak.

"Aku lapar. Nak makan," kata Adwa kalut. Dia terus melangkah untuk keluar.

"Sejak bila kau makan pagi?" Aakiff masih mengusik.

"Sejak kahwin dengan kaulah," balas Adwa terus keluar dari bilik. Aakiff ketawa kecil. Dia turut melangkah, membututi Adwa yang sudah berlalu ke ruang makan.

MEREKA bertolak ke kampung Adwa tepat jam 2.10 petang. 3 jam kemudian, mereka tiba di rumah Adwa disambut mesra oleh ummi Adwa iaitu Puan Shilla.  Adwa hela nafas lemah, apabila melihat anak-anak Mak Langnya turut berkampung di rumah umminya itu.

"Abah mana Ummi?" Adwa bertanya kepada umminya apabila tidak nampak kelibat abahnya itu.

"Abah kamu, biasalah tu. Bila tahu je menantu dia nak balik, terus pergi pekan," balas Puan Shilla. Aakiff bersalam dengan ibu mertuanya itu.

"Kiff sihat?" Lembut saja Puan shilla menyapa Aakiff. Adwa pandang umminya dengan riak tak percaya. Amboi ummi! Bukan main lembut cakap dengan menantu ya.

"Alhamdulillah sihat ummi,"

"Amboiiii.... Ummi, ni siapa anak siapa menantu ni?," Adwa memerli umminya.

"Eh. Tak salah pun. Menantu tu sudah dianggap sebagai anak sendiri," balas Puan Shilla pula. Adwa mencebik. Aakiff pula tersengih mengalahkan kerang busuk.

"Kak Feaaaa!!!" satu suara menjerit lantang dengan teruja. Tak tengok pun Adwa sudah tahu siapa pemilik suara yang lantang itu. Siapa lagi kalau bukan sepupunya, si Rania.

"Rania, kau nak telinga akak ni pekak ke apa?" Adwa memerli adik sepupunya itu. Tapi biasalah si Rania ni mana makan saman.

"Rindulah dekat Kak Fea," kata Rania. Adwa mencebik. Walhal dalam hati sejujurnya, dia juga rindukan keluarganya termasuklah sepupu sepapatnya yang perangai mengalahkan devil.

"Hai, bang Kiff. Bang Kiff nampak  handsome  hari ni," Rania memuji Aakiff yang berada di sebelah Adwa. Adwa pandang Rania atas bawah. Amboi! Ni sorang lagi.

Adwa berdehem.

"Jangan nak melebih ya. Ni laki akak. Kau tu SPM pun belum. Tak payah nak gatal-gatal," Adwa tarik telinga Rania.

"Ish! Rania bergurau je lah kak. Lagipun betul apa Rania cakap. Abang Kiff memang handsome. Jadi Rania pujilah," tingkah Rania lagi. Adwa mengerling ke arah Aakiff yang sudah mula senyum lebar. Mulalah tu nak kerek sebab orang puji. Sempat Adwa menyiku perut Aakiff.

Ooff.

Puan Shilla pula hanya geleng kepala. Namun dia sudah terbiasa dengan lagak mereka. Tak ditambah lagi anak saudaranya si kembar Azzim dan Azzam.

"Faris mana Ummi?"

"Faris kerja part time sementara tunggu keputusan SPM dia keluar. Petang nanti baliklah tu,"

Adwa angguk faham. Faris memang tak suka duduk diam. Ada saja kerja yang dia hendak lakukan. Nasib Harris adik bongsunya itu seorang yang gila belajar. Dan disebabkan itu, adiknya kini belajar dia sekolah di sekolah menengah sains di Terengganu.

"Aakiff naiklah dulu, rehat-rehat dulu," Puan Shilla mempelawa menantunya.

"Habis tu kakak ummi?"

"Kamu tu penat apa? Bukan kamu yang memandu. Ingat ummi tak tahu kamu suka tidur kalau naik kereta," sedas Adwa kena sembur dengan Umminya. Adwa menjuihkan bibir. Puan Shilla terus dapur untuk siapkan makan malam. Adwa pula ke bilik untuk bersihkan diri terlebih dahulu sebelum turut menolong umminya di dapur.

JAM di dinding sudah menunjukkan pukul 6 petang. Tak silapnya tadi, abah dan adiknya sudah balik. Tapi tak pula nampak batang hidung masing-masing. Adwa terus atur langkah ke ruang tamu apabila terdengar bunyi gelak ketawa yang riuh.

Di ruang tamu, Aakiff, Faris, Abahnya dan sepupunya sedang riuh bermain carrom. Adwa geleng kepala. Inilah jadi kalau kaum lelaki yang mempunyai minat yang sama berkumpul. Adwa berlalu untuk duduk di Sofa. Remote TV dicapai. Baik layan drama.

"Kak," baru beberapa minit seronok layan drama, Rania muncul.

"Nak apa?" balas Adwa masih fokus ke arah skrin. Rania buat muka tak puas hati.

"Kak Fea, dengarlah apa Rania nak cakap ni," Rania tarik lengan Adwa. Adwa hela nafas lemah.

"Ya. Cakaplah apa dia?" soalnya sedikit tak puas hati bila diganggu.

"Tadi, Rania terserempak dengan abang Hairul masa dekat kedai Pak Harun. Dia ada tanya pasal akak," Rania bercerita. Adwa kerut dahi. Sudah kenapa Hairul tanya pasal dia pulak?

"Habistu Rania cakap apa?" soal Adwa.

Rania sengih.

"Rania cakap dekat dia. It's none of your business. Rania cakap jangan ganggu akak lagi sebab akak tak suka. Lagipun abang Aakiff jauh lebih handsome dan lebih baik daripada Abang Hairul," dengan bangga Rania bercerita. Adwa pula ketawa berdekah. Dia dapat bayangkan riak wajah tak puas hati Hairul ketika itu.

"Good job, girl!" Adwa high five Rania.  Rania tahu tentang hubungannya dengan Hairul satu ketika dulu. Rania juga tahu bahawa Adwa memang tidak suka kalau dikaitkan dengan Hairul lagi. Walaupun Rania dan Adwa mempunyai perbezaan umur lebih kurang 6 tahun, mereka sangat rapat. Mungkin juga kerana sejak kecil mereka selalu lepak dan bermain sama-sama membuatkan hubungan mereka menjadi akrab jika dibandingkan dengan sepupu-sepupunya yang lain.

ADWA merebahkan badan ke atas katil. Aakiff pula ketika itu masih sedang mengadap laptop. Katanya ada  beberapa fail yang perlu disemak. Adwa skrol social media. Apabila ada cerita menarik, dia akan share kepada Syifa dan Mawar yang menjadi rakan gosipnya.

Tak lama, setelah itu Adwa lena. Jarang sekali dia tidur awal sejak jadi pelajar universiti namun malam itu dia agak keletihan setelah melayan sepupu-sepapatnya yang tak reti duduk diam.

Sejam kemudian, Aakiff selesai menyemak dokumen yang dihantar oleh salah seorang pekerjanya. Laptop ditutup dan disimpan kembali. Kaki di atur ke katil. Selimut yang berada di kaki Adwa ditarik agar menyelimuti badan Adwa yang sedang dibuai mimpi itu.

Perlahan-lahan dia panjat ke atas katil dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan Adwa. Sebaik sahaja dia selesa di atas katil, dia mendekatkan dirinya dengab Adwa. Tangannya memeluk pinggang Adwa dan menarik Adwa rapat ke arahnya. Dahi Adwa dikucup lembut.

"Goodnight, wa. Sweet dreams,"

Don't forget to Vote & Comment dearies...

Thankyou for your endless support

Btw, I just realised why did I like the name of Sofea so much? I mean

Elmira sofea? Adwa Sofea.

Hahahha. I just realised they have same name😂😂

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now