Adwa tidak dapat menyembunyikan rasa simpati yang dirasakannya untuk keluarga Aakiff. Sungguh berat sekali dugaan mereka.

"Tapi Allah takkan menguji hambaNya lebih daripada kemampuan seseorang. Aku ditakdirkan jumpa balik dengan kawan baik aku masa sekolah dulu, Daniel semasa di hospital. Masa tu, aku cerita semua masalah aku. Dari kemalangan, kematian abang Afiff, daddy koma dan mama yang hampir murung. If it's not for him and their family support. I will not be here today,"

Adwa perasan setitis air mata Aakiff menitis di pipinya. Nalurinya untuk mengesat air mata Aakiff muncul. Tanpa sedar, tangannya laju bertindak mengusap perlahan pipi Aakiff. Aakiff pula tersentak kecil, terkejut. Dia juga tidak sedar bila dia menangis.

"Sorry," ujar Aakiff lembut. Adwa pula yang rasa ingin menangis. Sejak dia kenal Aakiff, dia selalu nampak Aakiff yang kuat. Aakiff yang selalu pandai kawal emosi dan perasaan. Jadi, kalau Aakiff menangis, itu bermaksud perkara itu betul-betul meninggalkan kesan dalam hidupnya.

Dengan perasaan sedih untuk lelaki itu, Adwa memeluk Aakiff. Sekali lagi Aakiff tergamam.

"Wa?"

"Jangan cakap sorry. Lelaki pun boleh nangis. You are strong Kiff. Aku selalu admire kau punya karisma and sikap baik hati kau. But, people are right sometimes, the kindest heart have felt the most pain,," Adwa menggumam perlahan. Dia pula yang terlebih emosi. Ketat rasa hidung. Bila Aakiff dengar esakan kecil daripada Adwa, dia laju meleraikan pelukan.

"La. Kenapa kau nangis pulak ni?" Aakiff bertanya.

"Manalah aku tahu. Air mata aku yang nak keluar. my heart is hurting because you were hurt. Hati aku sedih, jadi air mata aku pun keluar la, " balas Adwa mengesat kasar air matanya. Satu senyuman kecil terbit di bibir Aakiff.

"Dah berhenti nangis. Nanti jadi drama opera pulak kat sini," Aakiff bercanda membuatkan Adwa mencebik.

"Lagipun semua dah lepas. Ada hikmah atas apa yang berlaku. Aku belajar untuk berdikari dan berani hadapi cabaran tu. And I learnt to not easily trust people again,"

Adwa senyum kecil. Dia faham. Kalau dia ditempat Aakiff pun, susah baginya untuk letakkan kepercayaan kepada sesiapa lagi. Manusia boleh muncul dalam pelbagai bentuk rupa, ada yang ikhlas, ada yang bermuka dua dan macam-macam lagi.

"Kiff kenapa kau kahwin dengan aku? Aku tahu aku ajak kau kahwin. Tapi kenapa? Kau pun tak ada perasaan dekat aku," Adwa bertanya. Setelah mendengar cerita Aakiff, dia tahu bukan mudah untuk Aakiff memilih pasangan hidup.

"Siapa cakap aku tak ada perasaan dekat kau?" Pertanyaan Aakiff membuatkan Adwa terkejut.

"Kau suka aku ke?" Adwa bertanya teragak-agak.

Aakiff geleng kepala. Adwa terus tarik muka. Ceh!

"Jujur aku cakap, masa mula-mula kita kenal dulu. Memang tak ada satu pun pasal kau yang aku suka. First impression aku , kau ni dahlah kerek, nak senyum kat orang pun susah, muka garang. Banyaklah benda yang aku condemn kau dulu,"

Rahang Adwa hampir jatuh ke lantai. Cis! Itu rupanya tanggapan pertama Aakiff masa mereka mula mula kenal. Habistu? Kenapa kahwin? 

"Mana ada aku kerek? Lagipun muka aku memang macam ni," nafi Adwa.

"Tak kerek kau cakap? Aku tegur kau pun kau balas acuh tak acuh," perli Aakiff. Adwa buat muka blur.

"Tapi, bila dah kenal kau, baru aku tahu kau macam mana?" Kata Aakiff.

"Aku macam apa?" Adwa curious.

"Gila. Otak masuk air," selamba Aakiff kutuk. Adwa buat muka. Ada jugak yang kena siku dengan aku ni.

"But, that's the reason, I end up thinking about you more," ujar Aakiff jujur. Renungannya redup memandang Adwa. Adwa pula yang tersipu sipu malu mengalahkan kucing. "Aku tak kahwin dengan kau sesuka hati je Wa. Masa kau ajak aku kahwin tu secara jujur aku pun anggap tu sebagai gurauan je. Tapi disebabkan aku rasa something dekat kau yang aku tak rasa pada orang lain, aku buat isthikarah. Minta petunjuk Allah and Here we are. Married. Husband and wife,"

Aakiff kemudian mencapai tangan Adwa. Adwa kaku dan diam.

"Aku harap kau tak menyesal kahwin dengan aku," suara Aakiff kedengaran kecil. Adwa kerut dahi bila dengar vulnerability dalam suara Aakiff.

"Apa kau cakap ni Kiff? Kenapa aku nak menyesal kahwin dengan kau? Aku dikira beruntung tau sekurang-kurangnya aku kahwin dengan crush aku jugak," Adwa berterus terang. Aakiff pandang Adwa dengan mata yang penuh persoalan.

"Crush?"

"Er- no comment," cepat cepat Adwa mengelak. Tidak mahu mengaku. Malu. Macam mana dia tak crush dekat Aakiff?. Sudahlah baik, bertanggungjawab, ada rupa dan selalu ambil berat pasal dia. Mahu hati dia yang satu tu tak jatuh.

Aakiff senyum.

"So lepas ni boleh la kita start tukar bahasa panggilan kita," Aakiff tiba-tiba mencadang.

"Maksud kau?"

"Kau panggil aku abang, or sayang, or honey ke ?" Aakiff sengih lebar. Muka Adwa terus berubah. Laju dia menggeleng kepala.

"Yang tu sabar dulu Kiff. Bagi aku betul betul prepare dulu. Aaaa. Aku tak ready lagi nak guna panggilan manja. Kau pun tahu kan, aku tak biasa bersweet-sweet ni," hampir meremang bulu roma Adwa bila fikir. Dia tahu sooner or later, dia akan guna juga panggilan tersebut. Akan tetapi bukan sekarang.

"Alaa. Panggil la aku abang, takpun sayang. Aku panggil kau baby?" Aakiff mengusik. Sebaik sahaja Adwa buat muka seram, tawa Aakiff terus meledak.

"It's okay Wa. Take your time as I'll also take mine. Sebab dari saat kita diijabkabulkan, aku berazam takkan  lepaskan kau kecuali kalau kau rasa kau tak bahagia dengan aku dan minta aku lepaskan kau," ujar Aakiff. Pandangannya lembut memandang Adwa.

"You' re mine Adwa Sofea as I, Aakiff Muhammad is yours. Always and Forever,"

Please do not forget to VOTE & COMMENT.

STAY SAFE EVERYONE💓💓

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now