"Kau dah kemas barang ke?" Hawa bertanya. Imani menghela nafas kasar.

"Dah," jawabnya acuh tak acuh.

"Aku dah confess dekat Zaid," Hawa tiba-tiba membuka rahsia dan terus dapat perhatian penuh Imani.

"Zaid cakap apa?"

"Dia minta maaf sebab dia tak boleh terima aku. Sebenarnya kalau dia tak bagitahu pun, aku tahu dia memang dah sukakan someone. It's so obvious he likes Mawar. So, dah tiba masanya untuk aku betul-betul move on," kata Hawa. Tidak dinafikan dia rasa lega selepas meluahkan perasaannya pada Zaid tadi. Pada awalnya, dia agak gemuruh tapi untuk melepaskan apa yang terbuku dalam hati, dia beranikan diri jua. Namun apakan daya, orang yang berada di dalam hatinya, sudah ada nama yang lain di dalam doa dan hati Zaid.

"Habistu kau nak putus asa macam tu je?" soal Imani tidak puas hati. Hawa ukir senyuman nipis.

Dia angguk.

"It's hurt. Tapi dalam hidup ni, kita kena belajar untuk lepaskan sesuatu. Walaupun sesuatu tu kita terlampau sayang," balas Hawa tenang.

"Kau pulak? Kau dah bagitahu Aakiff ke?" Hawa mengajukan soalan kepada Imani pula. Wajah Imani kelam.

"Belum. Si Adwa tu lah,asyik berkepit dengan Aakiff 24 jam. Dia ingat dia tu siapa," Imani hambur rasa tak puas hati.

Hawa diam seketika. Berfikir sejenak kalau-kalau perlu atau tidak dia bagitahu pendapatnya.

"Imani, kalau aku cakap sikit kau jangan terasa hati tau?" Hawa akhirnya teruskan juga niatnya untuk buka mata kawannya itu.

"Apa?"

"Aku rasa Aakiff dengan Adwa tu ada sesuatu-,

Belum sempat Hawa menghabiskan ayatnya, dia dihadiahkan jelingan maut.

"Look, aku bukan nak bagi kau kecewa ke apa. Aku bukan tak support kau. Tapi Imani, kau tak nampak ke cara Aakiff pandang Adwa macam mana?" Imani diam. Hawa mengambil itu sebagai tanda untuk teruskan bercakap.

"He looks at her, like she is his whole world. Kau rasa kau masih nak kejar Aakiff ke?"

"Aku takkan putus asa. Aku rasa Aakiff layan Adwa lain sebab Adwa rapat dengan dia. Aku yakin kalau aku rapat dengan dia, Aakiff akan bukak pintu hati dia pada aku," kata Imani. Dia tekad untuk cuba mendekati Aakiff. Baginya Aakiff seorang lelaki yang sangat sempurna. Pertama kali, Imani berkenalan dengan Aakiff waktu mereka jadi pengerusi dan naib pengerusi untuk persatuan mereka. Aakiff seorang yang tak banyak cakap lebih suka memerhati.

Ramai yang puji Aakiff membuatkan Imani tertanya-tanya hebat sangatkah dia? Dan kini, dia pula yang terpaut pada lelaki itu. 

"Suka hati kau lah Imani. Aku bagitahu awal-awal sebab tak nak nanti kau yang sakit hati," nasihat Hawa.

"Apa yang membuatkan kau yakin aku tak dapat nak bukak hati Aakiff untuk aku? Apa aku ni tak ada kelebihan ke nak dibandingkan dengan Adwa?" Imani menoleh ke arah Hawa.

"Aku tak cakap kau tak ada kelebihan. Kau boleh bukak hati sejuta lelaki untuk kau. Aku tak nafikan tu. Tapi bukan Aakiff Muhammad, Imani. Aku tak tahu kenapa tapi firasat aku cukup kuat katakan, dalam hati Aakiff memang dah ada orang. Orang tu adalah Adwa,"  panjang lebar Hawa berkata-kata. Imani pula rasakan seolah egonya tercalar. Dalam fikiran Imani, dia cukup yakin hanya dia sahaja yang layak untuk Aakiff. Tapi buat masa sekarang dia masih belum berterus terang tentang perasaannya pada Aakiff. Dia perlu rapat dengan Aakiff terlebih dulu.

*** PERKHEMAHAN dua hari satu malam itu akhirnya tamat. Setelah menghantar Mawar dan Syifa, Aakiff memandu ke kedai makan terdekat untuk bungkuskan makanan. Melihat Adwa yang sudah lena dengan mulut ternganga disebelahnya, dia tahu Adwa pasti penat.

Usai bungkus tomyam campur, dan beberapa jenis lauk lagi beserta nasi putih, Aakiff terus memandu ke rumah. Tiba di perkarangan banglo dua tingkat itu, Aakiff mengejutkan Adwa yang masih tidur itu.

Adwa terpisat -pisat bangun. Sedikit terkejut apabila menyedari mereka sudah tiba di rumah. Kerana terlalu letih, Adwa kembali tidur setelah solat asar dan bangun apabila hampir maghrib. Ketika itu, Aakiff tiada di bilik. Usai solat Maghrib, Adwa turun ke dapur dengan niat untuk memasak.

Turun ke dapur, dia melihat Aakiff sedang sediakan meja makan.

"Kau masak? Kenapa tak kejut aku untuk masak?" soalnya rasa bersalah.

"Aku singgah beli dekat kedai on the way balik tadi. Lepastu aku panaskan sekejap. Aku tengok kau tidur macam orang tak ingat dunia dah, tak tergamak pulak aku nak kejut," jelas Aakiff.

Adwa menggosok mata yang masih terasa berat. Langkah kaki diatur ke meja makan. Aakiff menghulurkan pinggan yang sudah diisi nasi ke arahnya. 

***

KEESOKANNYA, Adwa dan Aakiff masing-masing tengah mengemas pakaian yang akan dibawa pulang ke rumah. Ketika itu, loceng rumah mereka berbunyi.

Adwa pandang Aakiff.

"Ada sesiapa cakap dia nak datang ke?" soalnya. Aakiff menggeleng. Adwa terus melangkah turun ke pintu rumah mereka. Dahinya berkerut apabila tidak melihat sesiapa. Pelik. Dia melangkah ke pagar rumah mereka apabila terlihat satu kotak hitam.

Adwa meneliti kotak itu. Jelas tertera namanya sebagai penerima. Kotak tersebut diambil dan dibawa masuk ke dalam rumah. Aakiff turun ke ruang tamu tidak lama selepas itu.

"Siapa datang?" Soalnya lalu duduk di sofa di hadapan Adwa. Adwa angkat bahu. Dia juga tidak tahu siapa yang hantar kotak itu kepadanya.

"Kotak apa tu?" Mata Aakiff tertumpu pada kotak yang dipegang oleh Adwa. Sekali lagi Adwa angkat bahu.

"Aku jumpa dekat depan. Ada nama aku,"

Adwa terus buka kotak tersebut. Melihat isi kandungan kotak itu,  Automatik mukanya pucat. Aakiff yang perasan perubahan muka Adwa, terus bertanya risau.

"Wa? Kenapa?"

Adwa menghulurkan kotak itu kepada Aakiff. Perasaan cuak jelas terlukis di matanya. Aakiff kerut dahi. Kotak bertukar tangan.

Wajah Aakiff bertukar kelat apabila melihat isi kandungan kotak tersebut. Di dalam kotak itu, penuh dengan gambar Adwa. Gambar Adwa melakukan aktiviti harian. Adwa makan di kafe, Adwa keluar dengan Syifa dan Mawar. Dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, muka orang lain di dalam gambar semua dipangkah kecuali Adwa.

"Kiff, aku rasa ni mesti orang yang sama serang aku masa dekat restoran haritu," suara Adwa sedikit menggigil. Melihat Adwa yang cuak dan takut itu, Aakiff terus mendekati Adwa. Tubuh kecil Adwa ditarik ke pangkuannya. Dia dapat rasakan tubuh Adwa sedikit menggigil.

"Aku takut Kiff," luah Adwa membenamkan diri ke pelukan Aakiff. Aakiff mengusap lembut belakang Adwa. 

"Jangan risau Wa. I'm here. I will keep you safe. So don't be afraid. I'm here," Aakiff memujuk lembut. Tangannya tidak berhenti mengusap lembut belakang Adwa.

Dia kemudian meleraikan pelukan, tangannya memegang lembut pipi Adwa. Air mata Adwa yang gugur diusap lembut.

"Please don't cry Wa. It breaks my heart to see you cry," pinta Aakiff lembut. Sekali lagi, Adwa dipeluk erat.

Aakiff tekad. Selepas ini, dia akan terus ke balai polis untuk buat report. Dia tidak akan duduk diam. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan Adwa.  Dia akan cari siapa dalang yang merupakan stalker Adwa itu.  Kotak hitam itu dipandang dengan penuh rasa amarah.

Macam biasa korang. Jangan lupa Vote & Comment. Your vote helps this story so much. Tq 😘

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now