Kehidupan yang tidak diuji, alamatnya semua umat manusia tidak kenal erti menghargai. Lain untuk Nur Amelia, anak perempuan kepada Encik Harun. Berasal dari keluarga yang serba kekurangan menyebabkan ibunya pergi meninggalkan mereka merupakan salah satu ujian terbesar dalam hidupnya. Syed Khalid, lelaki yang patuh pada keinginan, prinsip dan matlamatnya. Dia menyinggah sekejap cuma dalam kehidupan Nur Amelia, tetapi sudah berani membuat keputusan untuk memperisterikan Nur Amelia. Namun, semuanya bertukar kacau bilau disebabkan kehadiran ibu Nur Amelia. Kerana satu kesilapan silam ibu Nur Amelia, buatkan Syed Khalid tawar hati terhadap seluruh keluarga Nur Amelia termasuk gadis itu. "Aku tak suka diperbodohkan. Kalau aku dah benci, seluruh keturunan dia aku benci sampai aku mati!" - Syed Khalid Kebencian yang tertanam dalam hati Syed Khalid merupakan duri-duri yang ditaburkan di setiap perjalanan hidup Nur Amelia. Berselisih sedikit dengan duri tersebut, alamatnya berdarahlah. Mampukah seorang gadis lemah sepertinya mengharungi duri-duri itu? Dia mengharapkan sebuah keajaiban. Highest Ranking: #1 in Syed #1 in Nur #85 in romance #4 in married