BAB 7

3K 214 5
                                    

Tuxedo hitam disarungkan ke badannya yang telah berbalut dengan kemeja hitam. Butang pada bajunya dibetulkan sebelum melihat pantulan dirinya di cermin.

Tok! Tok!

Mata Syed Khalid bergerak ke pintu melalui cermin tersebut. Muncul seorang lelaki berbaju kot sepertinya juga. Di tangannya terdapat sebuah buku nota.

"Semua sedang tunggu di bawah. Kalau Encik Khalid sudah siap, boleh kita gerak sekarang?" Soal lelaki itu.

Syed Khalid melepaskan keluhan. Dia mencapai jam tangan bernamanya dan disarungkan ke tangan sambil menghampiri lelaki itu di pintu.

"Nama kau?"

"Zarif, Encik Khalid." Ujar Zarif sambil menundukkan kepala sedikit, tanda menghormati.

Syed Khalid mengangguk sedikit. Dia melepasi pintu tersebut dan perlahan-lahan menuruni tangga. Zarif mengikutinya dari belakang.

Apabila sampai di aras bawah, matanya jatuh pada Puan Sri Shahrifah Khalidah. Serentak, senyumannya mekar melihat mummynya di situ.

"Amy.." Langkahnya dibuka mendekati wanita yang dia paling cintai itu. Duduknya dilabuhkan di sisi wanita itu.

"Kacaknya anak mummy ni." Puji Puan Sri Shahrifah Khalidah sambil mengemaskan lagi baju Syed Khalid sebelum tersenyum kepada anaknya itu.

"Kacak ke? Amy suka?"

Puan Sri Shahrifah Khalidah menganggukkan kepala. Dia suka sangat.

"Encik Khalid.. kita dah lambat." Zarif yang dari tadi memerhati bersuara. Matanya memandang lantai saat Syed Khalid memandang tajam ke arahnya. Berani betul dia tegur Syed Khalid seperti itu.

"Khalid mesti dah lambat. Pergilah sekarang. Nanti daddy marah pula Khalid lambat." Bahu Syed Khalid ditepuk perlahan.

Syed Khalid melepaskan keluhan.

"Ya.. Ya.. Khalid pergi dulu, Amy." Tangan mummynya dikucup lembut sebelum bibirnya singgah di dahi mummynya.

Syed Khalid bangun dari sofa ambil membetulkan bajunya. Zarif dijelingnya seraya bergerak ke pintu utama rumah.

Melangkah keluar sahaja, lebih kurang sepuluh orang lelaki bertuxedo hitam berdiri di luar rumahnya. Dia berpaling menghadap Zarif dengan kening yang terjongket.

"Apa semua ni? Jangan kata bodyguard aku." Tegas suara Syed Khalid menyoal. Wajahnya semakin memerah bila memikirkan berpuluh lelaki itu.

"Mereka pengawal peribadi yang diupah Tan Sri sendiri untuk Encik Khalid." Ujar Zarif.

Syed Khalid menyentuh dahinya. Rasa seperti dia penjenayah besar pula. Dia memandang Zarif.

"Kau pun pengawal peribadi aku ke?"

"Bukan. Saya PA Encik Khalid."

Syed Khalid jatuhkan tangannya. Dia cuba menghadam perkara yang berlaku padanya pagi ini. Sejujurnya, dia tidak suka semua ini. Daddy menipu dia!

Seketika kemudian, seorang daripada berpuluh lelaki itu, membuka pintu kereta sambil menundukkan badan sedikit. Tetapi sebelum itu, semua yang berada di laman rumahnya berdiri satu baris dengan pintu kereta yang terbuka.

Tidak terkata Syed Khalid dengan khidmat seperti itu. Tanpa membuang masa, dia berjalan laju ke arah kereta yang sedang menunggunya.

Setiap dia melepasi lelaki-lelaki yang berbaris itu, mereka akan menundukkan badan. Malas mengendahkan itu, Syed Khalid teruskan berjalan.

Syed Khalid memasuki perut kereta. Pintu kereta ditutup dengan sendiri oleh orang diluar.

"Pergi sekarang." Arah Syed Khalid kepada pemandu di dalam kereta itu. Matanya dipejamkan dan kepala disandarkan ke belakang.

"Baik, Encik Khalid."

Tidak sampai seminit, kereta yang dinaikinya mula bergerak diikuti oleh beberapa buah lagi kereta di belakang.

30 minit kemudian, mereka tiba di destinasi. Syed Khalid memerhati dari dalam kereta. Sama seperti tadi, ada juga lelaki yang bertuxedo hitam dan beberapa orang berpakaian selain dari itu berdiri di hadapan pintu masuk bagunan besar itu.

Pintu kereta dibuka dari luar. Syed Khalid keluar dari perut kereta seraya melulu masuk ke bagunan itu. Tergopoh-gopoh mereka yang sepatutnya mengikut Syed Khalid mengikutinya di belakang.

"Tan Sri sedang menunggu Encik Khalid di bilik mesyuarat." Ujar Zarif di sebelahnya. Langkah Syed Khalid berhenti di hadapan lif. Ramai mata yang memandangnya buat dia tidak selesa.

Nafas lega dilepaskan sebaik pintu lif yang terbuka. Dia melangkah masuk. Apabila dia ingin menekan butang, mereka yang mengikutinya tadi dihadapannya termasuk Zarif. Keningnya terjongket sebelah.

"Kenapa tak masuk?"

"Kami tak dibenarkan guna lif yang sama dengan..."

Belum sempat Zarif menghabiskan ayatnya, Syed Khalid menekan butang menutup pintu. Tinggallah ayat tergantung Zarif dan mereka yang terpinga-pinga dengan tindakannya itu.

"Apa-apa jelah." Keluh Syed Khalid. Dia merenung satu-persatu nombor yang mewakili tingkat bangunan. Untung di butang-butang yang terdapat di dalam ini menjelaskan ke tingkat mana dia harus pergi.

Pintu lif yang terbuka Syed Khalid pandang kosong. Dengan langkah yang berat, dia melangkah keluar juga dari perut lif. Dia bersandar di dinding lif.

Tidak sampai lima minit, bunyi pintu lif terbuka menarik perhatiannya. Kepalanya diangkat memandang lif fi hadapannya. (kedudukan lif bukan berhadapan dengan lif yang lain)

Di dalam lif itu terdapat orang-orang yang mengikutnya. Zarif terlebih dahulu mengambil tempat di hadapannya.

"Kenapa tak masuk terus, Encik Khalid?" Soal Zarif sopan.

"Memang aku nak masuk pun, tapi tak tahulah aku rasa kena tunggu kau dulu."

Zarif melepaskan nafas lega. Baguslah Syed Khalid tidak melulu masuk seperti di pintu utama banguan ini tadi. Dia sebagai pembantu peribadi Syed Khalid, dia harus sentiasa di sisi lelaki itu. Jadi, dia kena bergerak pantas.

"Dipersilakan, Encik Khalid." Tangan Zarif menunjuk pada arah bilik mesyuarat seraya berjalan mendahului Syed Khalid sebagai penunjuk arah dan menghormati lelaki itu sebagai orang atasannya. Syed Khalid mengikutinya di belakang.

Tok! Tok!

Usai mengetuk pintu, Zarif menunggu seketika sebelum menolak daun pintu.

"Encik Khalid dah sampai, Tan Sri." Maklum Zarif sebelum memberi laluan pada Syed Khalid untuk masuk. Mereka yang ikutnya sebentar tadi bergerak mengambil tempat masing-masing.

Syed Khalid menghampiri daddynya. Dia memberikan senyuman ringkas pada yang berada di dalam bilik tersebut.

"Jadi, inilah anak saya, Syed Khalid bin Syed Khairi yang akan menjawat jawatan sebagai CEO di syarikat ini selepas saya bersara selepas ni."

Bergema tepukan di dalam bilik itu. Walaupun kekok, Syed Khalid tetap mengukir senyuman.

"Harap kita semua dapat bekerjasama untuk majukan lagi syarikat ini." Ringkas sahaja ucapan Syed Khalid sebelum diakhiri dengan sebuah senyuman lagi. 

Ya, hari ini hari pertama dia menjadi CEO selepas dia bersetuju untuk masuk ke syarikat ini dan mengendalikannya. Tetapi, dia bersetuju beserta dengan syarat.

_______

So, im come back!
Thank you yang masih support buku ni!❤

[OG] Selamanya Dia Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon