BAB 12

1.8K 138 4
                                    

Syed Khalid melarikan mata pada perempuan yang dimarahi tadi. Tiada. Tertoleh-toleh kepalanya mencari sosok tubuh yang dia telah kenal itu. Tetapi tiada di sekitarnya. Dia kembali memandang wajah Juita.

"Abang cari siapa?" Juita turut tertoleh-toleh melihat siapa yang Syed Khalid cari. Lelaki itu kemudian menggelengkan kepala.

"So dah kerja sekarang ni? Sementara ke tetap?" Soal Syed Khalid berminat ingin tahu. Perihal jururawat itu dia tak mahu ambil pusing.

"Tetap. Kan Juita ambil kos nursing. Dapat kat hospital ni. Tak sangka jumpa abang." Syed Khalid menjatuhkan kepala beberapa kali. Dia menjeling sekilas jam yang melilit kemas pergelangan tangannya.

Lebih baik dia balik semula ke bilik mommynya sedang buat rawatan. Khuatir wanita itu akan mencari-carinya pula.

"Okaylah abang pergi dulu." Juita tersenyum sambil melihat batang tubuh Syed Khalid hilang sebaik memasuki sebuah bilik.

Dia pun simpan perasaan terhadap Syefd Khalid. Yalah.. Sudahlah kacak, muda-muda sudah jadi CEO kepada syarikat terkemuka, jadi sudah tentu kaya. Makan 7 keturunan pun tak habis.

Tapi lelaki seperti itu bukan lelaki idamannya. Dia mahu lelaki yang biasa-biasa sahaja. Sebab nanti tidaklah hadap kerja 24 jam hingga dia sendiri terabai. Ya.. Cita rasa dia dengan Julia berbeza bagai langit dan bumi.

Biasalah.. Julia bakal mengambil alih syarikat papa mereka. Jadi kenalah cari suami orang berniaga juga. Atau lebih tepat, yang turut memegang jawatan CEO. Tak lain dan tak bukan, Syed Khalid. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Barulah sepadan.

Juita meninggalkan kawasan itu selang beberapa minit selepas itu. Manakala Nur yang menyorok di belakang tiang keluar menunjukkan diri setelah dua manusia berbual tadi telah hilang.

Dia memegang dada yang berdebar. Dia mengaku, dia menyimpan minat terhadap Syed Khalid sejak lelaki itu menumpang rumah arwah abah lagi. Tetapi kini dia tidak tahu perasaannya. Sekadar minat atau dia telah jatuh cinta?

Mereka bertemu semula selepas 3 tahun. Lelaki itu semakin kacak. Tentu sahaja kan, bukannya 3 bulan mereka tidak berjumpa. Yang parahnya adalah dia. Tergoda dengan rupa paras Syed Khalid yang terkini.

Teringat perbualan mesra antara Syed Khalid dengan Juita, menimbulkan tanda tanya di benaknya.

Juita dan Julia saling mengenali Syed Khalid ke? Apa hubungan mereka bertiga? Sejauh mana perkenalan mereka bertiga?

Sedar terlalu banyak soalan di benaknya, Nur mengeluh halus. Kalau pun dia mahu bertanya kepada Juita, gadis itu mahu beritahu kepadanya ke? Rasanya dia patut pendam soalan ini seorang diri sehinggalah dia bertemu lagi dengan Syed Khalid.

Ketika itu, dia boleh bertanya soalan bermain di benaknya. Namun satu kemungkinan menyedarkannya.

“Dia ingat aku lagi ke?” Nur mengeluh lagi sekali. Kenapa boleh jadi serumit ini? Baru sahaja dia mahu melangkah, seorang lelaki keluar dari sebuah bilik sambil menolak kerusi roda.

Syed Khalid!

Hatinya memberontak mahu menghampiri lelaki itu dan menegur. Tetapi akalnya menyuruh dia  memandang sahaja lelaki itu pergi.

Dia memerhati Syed Khalid yang tersenyum dan berbual dengan wanita di kerusi roda itu. Sedikit berusia, jadi Nur beranggapan itu adalah 'mommy' yang lelaki itu pernah menyebut  3 tahun lepas.

Setelah Syed Khalid memasuki lif, barulah Nur beredar dari situ. Kalau Juita masih di sini, mungkin dia sudah dimarahi lagi sekali kerana buang masa.

________

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now