BAB 14

1.8K 158 6
                                    

Syed Khalid membuka satu butang teratas baju kemejanya. Lengan baju disinsing sehingga ke lengan. Waktu tengahari yang ada dia manfaatkan dengan melihat berpuluh gambar jururawat di atas meja kerja miliknya.

Awal pagi tadi, Zarif telah memberitahunya bahawa Nur berpindah selepas Encik Harun meninggalkan dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Nur yang telah berseorangan diajak tinggal bersama dengan seorang jururawat yang merawat Encik Harun ketika itu. Info ini Zarif dapat tahu dari penduduk kampung ketika di warung. Bermanfaatlah juga lelaki itu duduk minum di sana.

Syed Khalid mengeluh. Setelah 3 tahun berlalu, baru dia mencari. Tidak mengenang budi betul. Kini misinya mahu mencari Nur. Dengan salah satunya cara yang dia tahu, melihat gambar setiap jururawat yang diambil secara rahsia di tempat dia bertemu Juita semalam.

Firasatnya memberitahu jururawat yang melanggarnya adalah Nur. Kalau bukan, anggap sahaja dia tersalah dengar yang suara jururawat itu ialah suara Nur.

Sekeping gambar diambil, Sesaat kemudian, dia melempar ke bawah. Gambar kedua juga dia lakukan perkara sama sehingga gambar yang ke-20, dia mengambil 3 saat untuk menilik gambar itu.

Seorang wanita bertudung menutup mata yang dia agak sedang terlelap itu direnung dalam. Seketika senyumannya terukir penuh makna.

“Nur..” Sebutnya penuh perasaan. Entah kenapa dia berasa gembira setelah menjumpai gadis itu. Apa alasannya untuk bertemu dengan gadis itu? Kalau mahu membalas jasa, kenapa sekarang? Betul tidak? Selepas 3 tahun baru mahu muncul. Kemungkinan boleh menimbulkan gosip.

“Nur Amelia..” Sebutnya lagi sekali dengan nama panjang gadis itu. Sedar dia terlalu hanyut dengan perasaan gembira, dia berdehem. Mukanya kembali serius.

“Zarif!” Jeritnya nyaring. Sekejap sahaja pemilik nama yang disebutnya muncul di hadapannya. Syed Khalid mendongak lalu menghulurkan gambar itu.

“Bukan kerja kau. Bagi kat budak-budak lobi utama. Arah semua orang untuk pergi hospital yang tercatit kat gambar tu dan bawa perempuan tu datang jumpa aku. Faham?” Zarif melihat gambar itu. Seorang perempuan. Tetapi siapa ni?

“Tuan Khalid sakit ke? Saya boleh danggil doktor peribadi Tuan. Lebih bertauliah dari jururawat ni.” Ujar Zarif dengan logiknya. Akhirnya dia mendapat renungan tajam dari Syed Khalid. Liur ditelan.

“Kau ingkar arahan aku ke?” Soal Syed Khalid berbaur amaran. Pantas Zarif menggelengkan kepala.

“T.. Tak. Saya pergi dulu.” Zarif meminta diri dengan serta-merta. Syed Khalid menunduk melihat baki gambar yang ada.  Dia mengumpul semuanya lalu dibuang ke dalam bakul sampah.

“Shila!” Jeritnya lagi. Jarinya menunding lantai yang penuh dengan gambar sebaik gadis itu masuk ke dalam pejabatnya.

“Bersihkan tempat ni. Bakul sampah kosongkan. Kemas meja aku ni. Baru kau boleh pergi makan. Faham?” Arahnya tidak berperasaan. Dia peduli apa kalau Shila belum makan lagi. Yang penting pejabatnya kemas.

Syed Khalid keluar dari pejabatnya setelah Shila menjatuhkan kepala. Dia menyambar coat, dompet, kunci kereta serta telefon bimbitnya. Dia nak keluar makan sendirian hari ini. Memandangkan dia menyuruh budak-budak bawahannya pergi ke hospital, secara automatiknya dia bebas. Dia senyum sinis.

Baru sahaja keluar dari bilik, telefonnya berdering.

“Projek kat Johor? Problem apa?” Soalnya dengan nada tinggi. Dia hanya mendengar suara takut-takut di hujung talian menjawab soalannya. Gigi diketap geram. Dasar tidak reti buat kerja! Gaji minta tinggi-tinggi padahal kerja tidak setaraf kerja.

Dia ingat bolehlah makan tengaharinya dengan tenang. Rupanya dia terpaksa ke Johor. Terpaksa dia menangguh makan tengaharinya.

“Zarif! KLIA!” Kunci kereta dibaling pada Zarif seraya berjalan laju meninggalkan Zarif yang mengikutnya dari belakang walaupun terpinga-pinga.

[OG] Selamanya Dia Kde žijí příběhy. Začni objevovat