BAB 5

3.3K 239 19
                                    

Hari ini genap sebulan Khalid tinggal di rumah Encik Harun. Seminggu selepas dia menelefon daddy  kakinya sudah sembuh sebenarnya. Cuma dia tak rasa mahu balik rumah. Hari ini baru dia tergerak hati untuk balik.

"Dah sampai Encik."

Suara itu menyedarkan semula Khalid ke dunia nyata. Dia melihat wajah tua pakcik di tempat pemandu. Satu senyuman ditarik.

"Berapa pakcik? Erm maaflah saya terpaksa kena duduk belakang, bukan nak angkuh ke apa, cuma saya lebih selesa tidur dengan ruang yang luas."Khalid tersengih memberitahu tentang satu kelemahan baginya. Tidur mesti di ruang yang luas.

Pakcik pemandu teksi itu tersenyum sambil gelengkan kepala, tanda tidak kisah Khalid duduk di hadapan atau belakang sekali pun.

"Harganya semua RM 33.50 sen,"ujar pakcik pemandu teksi usai melihat jumlah harga sampai ke sini.

Khalid mengeluarkan not hijau tua.

"Simpan bakinya,"ujar Khalid. Dia tersenyum melihat wajah gembira pakcik pemandu teksi ini.

"Terima kasih nak.."ucap pakcik itu.

Khalid menganggukkan kepala seraya keluar dari perut teksi. Untung dia tak bawa beg besar ketika itu, kalau tak terpaksa dia angkut beg itu sekarang.

Punat loceng ditekan. Dia menunggu pagar rumah terbuka. Seketika kemudian muncul bibik keluar tergesa-gesa. Khalid hanya tersenyum.

"Eh.. Khalid rupanya. Makcik ingatkan siapa tadi. Masuk-masuk mesti Khalid lapar kan? Makcik dah siap masak tu. Nak makan pun dah boleh,"ujar Makcik Senah selaku pembantu rumah di rumah agam Tan Sri Syed Khairi.

"Mommy dah bangun?"soal Khalid.

"Dah. Dah siap mandi dah pun. Pergilah tengok mommy kejap, asyik sebut nama Khalid je sepanjang Khalid tak balik rumah. Makan pun tak lalu, lepas kena tengking dengan Tan Sri tiga hari lepas, mommy makan juga. Takut kena tengking lagi,"cerita makcik Senah. Beberapa saat kemudian, tangan menampar mulut sebaik menyedari dia telah terlanjur kata.

"Khalid nak makan atau nak rehat dulu?"cepat-cepat makcik Senah menukar topik. Melihat wajah serius Khalid buatkan dia menyesal dengan mulut celuparnya.

"Khalid nak tengok mommy. Mesti ada sesuatu berlaku kat mommy. Daddy tu, kalau marah, tangan pun naik sekali."bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

"Mommy dah makan belum pagi ni?"

"Belum. Mak Senah tak dapat masuk lepas bersihkan Puan Sri, Puan Sri kunci pintu,"ujar Mak Senah.

Khalid terus berlalu ke tangga. Dia sempat berpesan pada Mak Senah untuk menyediakan makanan Mommy sebelum mendaki tangga tersebut.

Mak Senah angguk kepala. Belakang badan Khalid dipandang. Sebulan lelaki itu menghilangkan diri. Dan sebulan jugalah dengan mata kepalanya sendiri kekejaman Tan Sri. Kepalanya tergeleng perlahan.

________

Pintu berkunci itu diketuk.

"Mommy.. Khalid dah balik,"ujar Khalid.

"Buka pintu, mommy. Tak nak jumpa Khalid? Sebulan Khalid tak jumpa mommy. Tak rindu Khalid?"setia tangannya mengetuk pintu bilik Puan Sri Sharifah Khalidah.

Seketika kemudian, pintu terbuka dan tubuhnya dipeluk erat. Khalid terkejut.

"Khalid pergi mana? Sebulan tinggalkan amy. Khalid dah tak sayang amy? Amy rindukan Khalid tahu tak. Sampai hati tinggalkan amy sebulan."

Khalid tersenyum mendengar luahan itu. Kepala Mommy di dadanya diusap perlahan. Kemudian tangannya bergerak memeluk tubuh Puan Sri Shahrifah Khalidah.

"Khalid minta maaf tak balik sebulan ni,"ujarnya lembut. Mommynya hanya mengangguk kepala laju, tanda dia maafkan anaknya, Syed Khalid.

"Khalid ada cerita nak kongsi dengan amy. Amy nak dengar tak?"soal Khalid teruja apabila mengingati kembali sebulan dia di rumah Encik Harun.

Puan Sri Sharifah Khalidah tersenyum suka lalu menarik tangan anak lelakinya memasuki bilik. Khuatir jika suaminya pasang telinga.

Usai pintu tertutup, Khalid menarik mommynya untuk duduk di atas katil. Matanya terpancar sinar kegembiraan. Tangannya terus mencapai tangan Puan Sri Sharifah Khalidah.

"Amy nak tahu tak. Sebulan lepas Khalid kemalangan. Kereta teruk tapi Khalid tak ada apa-apa, cuma kaki teruk sikit. Beruntungnya Khalid, ada orang sudi bantu Khalid waktu itu."

Puan Sri Sharifah Khalida yang mulanya beriak risau terus lega mendengar anaknya itu dibantu.

"Keluarga tu baik sangat. Encik Harun pemilik rumah tu, serba naif tapi sudi lagi menolong Khalid masa tu. Walhal mereka tak kenal pun Khalid." Khalid masih bercerita.

"Khalid nak kasi duit untuk segala tanggungan selama Khalid duduk situ. Yelah, makan pakai Khalid semua Encik Harun beri. Tanpa minta bayaran. Tapi tak sangka, dia tolak bayaran Khalid tu. Katanya ikhlas. Seronok kan jadi orang baik ni, amy?" Kepalanya sudah berlabuh di peha mommynya. Di ruang matanya terbayang wajah Encik Harun dan Nur Amelia.

Dia tersenyum lagi.

"Seronok sangat. Khalid kenalah jadi macam Encik Harun. Buat amy bangga ada Khalid sebagai anak amy,"ujar Puan Sri Sharifah Khalidah sambil mengelus lembut rambut terpacak anaknya.

Khalid satu-satunya permatanya kini. Lelaki yang selama ini dia sayang sudah membuangnya. Hanya Khalid tempat dia meluahkan kasih sayangnya.

"Dia ada anak. Nama dia Nur Amelia. Sedapkan amy?" Kepala didongak ke atas melihat wajah mommynya untuk mendapatkan jawapan. Anggukan yang dia dapat buatkan dia tersenyum lebar.

"Mesti orangnya secantik nama kan? Dan mesti hatinya secantik ayahnya."

Laju kepala Khalid mengangguk. Semua yang dikatakan mommynya betul belaka. Matanya dipejamkan, menikmati elusan di rambutnya.

Bila dia bersama Puan Sri Sharifah Khalidah, dia akan berubah menjadi lain. Seorang yang manja. Dia senang dimanjakan seperti itu oleh ibu kandung sendiri.

"Khalid suka ya dengan Nur?"tebak Puan Sri Sharifah Khalidah. Dia tersenyum melihat riak terkejut anaknya. Dari terbaring, anaknya sudah duduk membelakanginya.

Khalid pusing menghadap mommynya dengan kerutan di dahi.

"Amy.. Khalid kenal dia baru sebulan. Tak mungkinlah Khalid jatuh suka kat dia dalam masa sesingkat macam ni?"ujar Khalid tidak puas hati dengan kenyataan Puan Sri Sharifah Khalidah sebentar tadi.

"Mungkin Khalid tak sedar. Tapi amy kenal Khalid. Mata Khalid jelaskan segalanya."pipi anaknya ditepuk perlahan sebelum bangun dari katil untuk ke bilik air sebentar.

Khalid termangu sendirian. Belakang tubuh mommynya direnung hingga hilang di sebalik pintu bilik air.

"Suka Nur dalam masa sebulan saja? Huh, mengarut!"gumam Khalid lalu berlalu keluar dari bilik itu untuk mendapatkan makanan yang dipesan untuk disediakan tadi.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now