BAB 36

1K 144 16
                                    

“Best kahwin?” Soal Julia sinis. Dengar dengusan halus Syed Khalid yang tidak suka kehidupan rumah tangganya ditanya. Sebab tidak seperti pasangan yang lain. Julia gelak halus.

Oh come on Khalid! Siapa yang nak kahwin sangat dengan Nur? I dah larang, you yang degil. Padahal keputusan kat tangan you untuk teruskan or batalkan. Tapi you pilih..” Julia tidak meneruskan katanya.  Dia mendengus. Hujung-hujung dia juga yang sakit hati.

Giliran Syed Khalid pula senyum sinis.

Well..  I tak menyesal.” Jujurnya. Julia menggolekkan anak mata. Betul ke ni Syed Khalid Syed Khairi?

Yeah.. Hari-hari gaduh. Apa kata you ceraikan je Nur? I percaya itu lebih menyakitkan hati dia dari you bertikam lidah. Macam budak-budak.” Julia berpeluk tubuh. Matanya mememandang luar bangunan.

“Kalau I nak ceraikan dia, untuk apa I kahwin dengan dia. I tak suka bazirkan masa okay.”

“Sebab you sayang dia. Betul tak? Kalau lelaki lain, tak mahunya nak berkahwin dengan Nur. Tapi you.. Seriously I tak faham.”

“Tapi.. I tak kisah semua tu. Sebab...” Julia bangun kemudian merapati Syed Khalid. Mereka hanya terpisah antara meja kerja lelaki itu. 

Fail dan kertas yang berselerak di meja diketepikan untuk dia duduk. Senyuman terbit. Tali leher Syed Khalid ditarik, dia menunduk sedikit. Bibir di bawa rapat ke telinga Syed Khalid.

“Sebab I yang ada kat sini, bukan dia.” Julia gelak manja. Tali leher dirapikan. Dilurut panjang tali leher itu, menghilangkan kedut. Dan dalam diam dia dapat menyentuh laki itu, sskaligus menggoda Syed Khalid.

Julia memberikan renungan redup pada Syed Khalid yang kaku di hadapannya. Hanya mata lelaki itu tunak memandangnya. Julia tersenyum lagi.

Syed Khalid dah termakan ke?

Dia tidak melepaskan Syed Khalid lagi. Dia mahu manfaatkan situasi sekarang. Mana pernah Syed Khalid membiarkan dirinya sesuka hati disentuh wanita. Atau lebih tepat, hanya dia yang berani menyentuh lelaki itu.

Kerusi Syed Khalid ditolak ke belakang sedikit. Lantas itu, duduknya beralih tempat. Lebih dekat dengan Syed Khalid. 

Sebelah tangan direhatkan di bahu Syed Khalid dan satu lagi naik mengusik rambut yang jatuh di dahi lelaki itu. Pandangan Syed Khalid di balas dalam. Lelaki itu masih tidak. Berkutik. Membiarkan dia menyentuh sesuka hati. 

“You patutnya lakukan sesuatu Khalid..” Bisik Julia perlahan. Matanya jatuh pada seulas bibir Syed Khalid. Dia takkan mulakan langkah. Dia mahu Syed Khalid yang mendominasikan permainannya pula.

“Okay.. I rasa dah cukup.“ Suara Syed Khalid tiba-tiba. Julia berkerut dahi tidak faham.  Apa yang dah cukup?

Syed Khalid senyum senget. Tangan Julia di mukanya ditolak sebelum tubuh yang duduk di atasnya ditolak suruh ke tepi. Wajahnya bersahaja.

“Apa yang you buat,  Khalid?“ Julia tidak puas hati. Dia kembali duduk di kerusi asalnya.

“Buat test.

“About what I attracted to and don't.” Julia angkat kening sebelah. So?

Syed Khalid memegang dadanya. Julia tetap memerhati. Sesaat, Julia terjerit kecil. Suka.

“I faham. God! Jujur jela kan senang. Nak buat test bagai kenapa.” Bebel Julia seleas mengerti bahasa yang dihantar Syed Khalid walaupun lelaki itu tidak mengatakan apa-apa. Matanya bercahaya.

Syed Khalid pula lebih selesa diam. Biarkan Julia dengan persepsi sendiri. Yes,  dia sengaja. Sebab dia nak seseorang ada untuknya. Biarlah kalau ini seperti mempermainkan hati Julia.

Dia tahu dia tidak perlu buat semua ini.  Sebab dia dah lama dapat perhatian Julia dan gadis itu akan sentiasa cuba untuk dapatkan perhatiannya. Jadi tak salah, kan? Dia gunakan sebaiknya perasaan Julia padanya.

Julia bersandar puas. Akhirnya dia dapat Syed Khalid.

Dinner jom? I tunggu you siapkan kerja.“ Ajak Julia selepas mengerling jam tangannya. 7 lebih. Anggukkan dia dapat sebagai jawapan. Julia keluarkan telefon bimbit.

Beberapa keping gambar Syed Khalid yang tekun menghadap komputer diambil. Walaupun hanya sisi wajah, terserlah kekacakkan Syed Khalid. Dia takkan lepaskan apa yang dah jadi minatnya.

Satu gambar dipilih dan dimuat turun di akaun instagramnya bersama caption-

Cant wait for dinner toninght, darl!💋 He is mine.

________

Nur tenung lama gambar lelaki yang terpapar di telefonnya. Dia yakin itu adalah Syed Khalid. Tapi apabila lihat pemilik akaun, ianya milik Julia. Matanya menyorot membaca caption.

Dinner.

Emoji mulut.

He is mine.

Excuse me?  Dia suami aku okay! Getus hatinya sebal. Sakit matanya membaca caption Julia. Bila masa Syed Khalid jadi milik kakak tirinya itu? Huh!

Dinner, jadi Syed Khalid tak akan makan di rumah bila balik nanti. Dia marah. Cemburu dengan Julia yang dapat makan bersama Syed Khalid. Sebab sekali pun belum pernah dia di tempat Julia. 

Sakit hati.

Dia tidak turun makan. Alasannya dia masih kenyang. Dia mahu mogok. Walaupun tiada siapa yang bakal memujuknya.

“Bila nak balik hm? Dah pukul 10 tahu!” Marah Nur pada skrin telefon yang memaparkan gambar Syed Khalid di akaun instagram Julia.  Mereka berdua masih bersama ke? Nur gigit bibir bawah, marah.

Air di dalam gelas diteguk rakus sehingga habis. Berdeting bunyi kaca bertemu meja makan. Ya.. Dia kat bawah, bukan di dalam bilik. Mogok pun, dia perlu cari air untuk hilangkan dahaga.

“Marah betul. Siapa yang buat Nur marah ni?” Nur terkejut. Kepala ditoleh.  Mommy baru keluar dari bilik Mak Senah. Mak senah juga turut ada membantu mommy.

“Eh.. Mana ada, mommy..” Nur menarik kerusi untuk mommy. Mak Senah meminta diri ke bilik. Nur letakkan fon jauh-jauh darinya. Tak mahu hatinya bertambah sakit.

Puan Sri Sharifah Khalidah senyum nipis. Dia nampak apa yang terpampang di telefon Nur. Tambah lagi, dia juga dah tengok gambar anaknya di akaun perempuan. Tapi bukan akaun Nur.

Dia tak sengaja jumpa. Dia hanya mencari berdasarkan tanda pagar nama Syed Khalid di ruangan carian. Dari situ dia jumpa, gambar yang terbaru di muat naik.

“Dengar kata mommy. Pikat hati Khalid. Goda dia. Sebelum dia mula pandang perempuan lain.” Nur tertunduk melihat meja. Bukan senang tahu nak ikut rancangan mommy. Pikat dan goda.

“Nur tak pandai..” Nur membalas perlahan. Berkata jujur pada mommy yang mahu dia ikut rancangan pikat dan goda itu. Tinggal dia saja untuk lakukannya.

“Benda ni tak perlu kena pandai. Nur buat je apa yang mommy cakap. Kalau Khalid bising, dia boleh membebel je. Dan dia biarkan je apa yang Nur nak buat.” Nur telan liur. Betul ke?

Macam mana kalau dia dihalau tidur bilik lain? Itu salah satu respon negatif. Positif pula, dia takut kena baham seperti mangsa bertemu pemangsa. Syed Khalid bukan boleh jangka tindakannya.

Nur hela nafas seraya menjatuhkan kepala. Dia akan buat. Dia percaya dengan kata-kata mommy. Kerja dia senang saja. Dan memang tak perlukan mahir dalam benda-benda seperti ini. Sebab ia akan membentuk rentaknya sendiri.

Semua ini sebab dia sayangkan Syed Khalid.

“Good.” Komen Puan Sri Sharifah Khalidah.

********
Saya terus nak taip bab 37. Siapa nak?  Cuba nyanyi .. Nak dengar hahaha

Nak tahu bab 37 macam mana, boleh follow saya sebab setiap bab akan post teaser terlebih dahulu hehe buat tambah penasaran,😆

VOTE & COMMENT,
THANNK YOU FOR UR SOPPORT ❤️

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now