BAB 6

3.2K 230 19
                                    

"Makcik Senah... oh Makcik Senah.."laung Khalid sebaik memasuki ruang dapur. Tiada kelibat Makcik Senah pun.

"Mak.."

"Bila Khalid balik ni?"tegur satu suara dengan nada terkejut.

Khalid pusing ke belakang. Tan Sri Syed Khairi sedang berjalan menuju ke arahnya.

Melihatkan wajah ayahnya, serta-merta amarahnya datang apabila teringat kata-kata Makcik Senah tadi.

"Kenapa? Terkejut tengok Khalid balik?" Matanya merenung tajam wajah daddynya.

"Mahunya tak terkejut? Sebulan Khald menghilang, tiba-tiba muncul kat rumah. Bila Khalid sampai ni?" Tan Sri Syed Khairi melemparkan senyuman nipis pada Khalid sebelum bergerak ke peti ais untuk mengambil air sejuk.

"Khalid tak suka daddy tengking mommy,"ujar Khalid tanpa membalas soalan daddynya tadi.

Tan Sri Syed Khairi berhenti meneguk air seketika. Wajah Khalid dikerling sebelum menyambung meneguk minumannya.

"Dengan tengking sahaja baru mommy Khalid tu faham!"

"Tapi dia isteri daddy!" Khalid terjerit kecil.

"Khalid, daddy tak nak gaduh dengan Khalid pasal benda ni. Mommy cabar kesabaran daddy tak mahu makan lah, keluar bilik lah. Eh! daddy tak ada masa lah nak layan perangai dia!" Tan Sri Syed Khairi mendengus kuat.

Khalid yang baru sahaja ingin membalas terbantut apabila suara Makcik Senah menegurnya.

"Ya Khalid.. nak apa panggil Makcik tadi?"

"Makanan mommy makcik dah siapkan?" Perhatian Khalid kini beralih pada Makcik Senah. Daddynya menjadi pemerhati.

"Oh sudah. Sekejap makcik ambilkan." Makcik Senah terus meninggalkan dua beranak yang masih tegang itu. Terdengar kekecohan di dapur tadi buatkan dia ingin menjengah seketika apa gang terjadi.

Khalid dengan wajah marahnya, Tan Sri dengan wajah selambanya. Tuhan, bila keluarga ini boleh kembali bahagia?

"Perempuan tu tak boleh turun makan sendiri ke? Nak orang hantarkan pula. Dia fikir dia siapa?!" Tidak puas hatinya dengan sikap Khalid melebihkan isterinya. Boleh sahaja kan turun ke bawah makan. Mengada!

Khalid diam membatu. Kelibat Makcik Senah sedang menatang dulang muncul di sebalik dinding dapur.

"Terima kasih makcik." Dulang tersebut bertukar tangan.

Makcik Senah mmbalasnya dengan senyuman dan berlalu dari situ.

Khalid pusing ke kanan, menghadap Tan Sri Syed Khairi. Senyuman sinis terlakar di bibirnya.

"Siapa dia, daddy persoalkan? Dia mommy Khalid! Ibu yang melahirkan Khalid. Dia berhak dapat layanan seperti ini dari Khalid. Tak terbalas jasa mommy yang melahirkan Khalid ke dunia ini dengan apa yang Khalid buat sekarang." Mata daddynya ditatap dalam.

"Oh kalau macam tu Khalid patut beri layanan yang sama pada daddy. Sebab tanpa daddy, mommy Khalid tak akan mengandung dan Khalid tak lahir ke dunia ni!"

Khalid tergamam.

"Daddy tak minta banyak. Kerja dengan daddy. Pejabat tu perlukan Khalid! Khalid pewaris daddy. Siapa lagi daddy nak serahkan syarikat kalau bukan Khalid?"

"Beri peranan Khalid sebagai anak daddy juga. Bukan pada mommy sahaja,"sambung Tan Sri Syed Khairi apabila Khalid hanya mendiamkan diri.

"Tengoklah macam mana." Langkahnya dibuka untuk keluar dari dapur.

"Khalid suka atau tidak, minggu depan masuk pejabat!"

Khalid teruskan melangkah. Semakin serabut fikirannya memikirkan desakan Tan Sri Syed Khairi.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now