BAB 20

1.8K 159 12
                                    

Happy reading! ❤️
Vote dan Komen dialukan😆
________

Judika tersenyum kepada Zarif apabila melintasi meja kerja lelaki itu untuk ke bilik Syed Khalid. Dia telah beritahu kedatangannya ke sini untuk bertemu CEO bangunan ini jadi Zarif tidak menahannya.

Pintu diketuk sebelum dikuak sedikit. Matanya jatuh kepada lelaki yang sedang menunduk memerika kertas kerja. Sesaat kemudian, mereka bertembung mata. Pintu dibuka seluasnya.

“Sibuk ke?” Soalnya. Pintu ditutup seraya berjalan menghampiri meja kerja yang berselerak itu. Dia menggosok leher, sedar dia datang pada waktu yang salah.

“Taklah. Kau nak apa?” Syed Khalid tidak berbasa-basi, terus menyoal Judika tujuan lelaki itu ke sini. Dia kembali menunduk, menyambung kerjanya.

“Kalau abang sibuk, tak apalah. Dika datang lain kali.” Syed Khalid mengeluh setelah mendengarnya. Judika hanya melihat.

“Kalau kau ada nak cakap sesuatu, duduk. Kalau kau nak cakap lain kali, abang tak pasti ada lagi ke peluang kau dapat jumpa abang. Macam kau tahu, aku selalu kena pergi oversea. Jadi pilih.” Judika segera duduk. Dia tahu benar kesibukkan Syed Khalid. Jika dia tidak mengambil peluang ini, dia terpaksa menunggu lagi seperti sebelum ini.

“Kenapa abang tak cakap apa-apa? Tak declare yang abang tak ada apa-apa hubungan dengan Nur. Dah seminggu abang, khabar angin ni tersebar. Abang boleh hentikan semua ni, kan?”

Syed Khalid diam membisu. Menghadap kerja-kerja yang menunggunya sepanjang dia berada di Maldives, buatkan dia terlupa khabar angin itu. Yalah.. di Maldives tiada siapa sibuk nak tahu halnya.

“Aku sibuklah.” Judika menjeling sekilas fail-fail di meja kerja Syed Khalid. Terlalu banyak. Jelas menunjukkan lelaki itu memang benar-benar sibuk. Tapi takkan nak biarkan saja?

“Dika tak tahu cerita macam mana abang boleh kenal Nur. Nur pun tak cerita pada kami semua. Malah kak Janna pun tak tahu. Nur berahsia. Tapi tak boleh ke abang tolong Dika kali ni?” Syed Khalid mendongak, dari mata Judika, dia dapat lihat lelaki itu terlalu berharap yang dia akan memberikan bantuan.

“Abang keluarkan kenyataan langsung dari abang yang abang tak ada hubungan dengan Nur. Abang kena tolong Dika juga, tolong Nur..” Syed Khalid masih memandang Judika. Lelaki itu kelihatan begitu bersungguh meminta pertolongan darinya.

Rasanya dia tidak perlu bertanya kenapa Judika begitu bersungguh, kerana dia tahu lelaki itu ada sesuatu hubungan yang terjalin dengan Nur. Dia tahu pun disebabkan Julia yang tidak pandang kiri kanan apabila beritahu rahsia itu di hospital tempoh hari. Jadi rahsia itu terkait sama dengan lelaki itu.

“Aku dengar hari itu Julia kata Nur dengan dia ada pertalian darah. Nur adik kau lah maknanya, kan?”

“Julia yang bagitahu?” Soal Judika pelik. Yalah.. Dia tahu adiknya itu tidak suka jika orang luar tahu status mereka dengan Nur. Tetapi Julia bagitahu Syed Khalid? Pelik, pelik.

“Aku terdengar. So betullah? Kiranya anak mama kau lah? Tak tahu pula aku Nur rupanya yang Julia dan Juita benci selama ni.” Judika membentuk mulut berbentuk 'O'. Fahamlah dia cerita. Dia mengiyakan soalan Syed Khalid. Ya, Nur adiknya secara tidak langsung. 

“Abang boleh tolong tak? Kalau benda ni jadi lebih teruk, mungkin rahsia ni akan terheret sama. Sebelum Juita dan Julia mulakan langkah, itu sebab Dika cari abang dulu. Abang tolong Dika eh. Kita selesaikan hal ni. Kesian dengan Nur. Tak dapat pergi hospital. Dia tak dibenarkan masuk hospital. Pihak hospital tak nak hospital terlibat dengan gosip ni.” Syed Khalid tersentak. Dia melempar pandangan tidak percaya.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now