BAB 34

987 116 14
                                    

Nur mengetuk pintu bilik air.

"Abang?"

Tiada sahutan. Nur berkerut. Pintu bilik air dibuka seluasnya.

Kosong. Lalu Nur mengatur langkah ke pintu bilik. Melihat mommy yang sedang berjalan sambil memegang pemegang tangga, Nur menghampiri. Bahu separas dengannya itu dirangkul. Ya, mereka berkongsi tinggi yang sama.

Walaupun sedang membantu mommy berjalan, matanya masih berkerja, mencari susuk tubuh suaminya.

"Cari Khalid ke?" Nur mencari wajah mommy. Ibu mertuanya senyum nipis, tertangkap melihat dia yang tercari-cari.

"Dia keluar tak bagitahu Nur?" Geleng. Tidak berselindung. Itu kenyataannya. Kut ye pun sebal disebabkan hal semalam, dia ini tetap isteri Syed Khalid.

"Nak kena si Khalid ni." Puan Sri Sharifah Khalidah mengetap gigi. Geram dengan perangai satu-satu anaknya. Memperlakukan Nur sesuka hati.

"Oh.. Abang outstation kan.. Abang ada bagitahu semalam. Terlupa pula Nur." Nur sengih, meletakkan salah pada bahunya. Dia tak nak Syed Khalid kena marah nanti.

"Betul ni?" Mereka berhenti di tengah tangga. Wajah Nur diamati. Mencari kejujuran. Lebih elok lagi kalau dia jumpa kesedihan Nur. Memang dia akan ajar Syed Khalid cukup-cukup!

Namun kosong. Senyuman cantik yang menghiasi wajah Nur menutup segala rasa hati gadis itu. Puan Sri Sharifah Khalidah senyum hambar. Kuatnya Nur.

"Ye.. Betul." Yakin Nur menjawab.

"Jom sarapan.." Ajak Nur. Dia kembali membantu mommy. Sehingga ke meja makan Nur memapah mommy. Dia ringankan tulang membantu Mak Senah menyedukkan Mee Goreng ke dalam mangkuk selepas meninggalkan mommy duduk di kerusi meja makan.

"Eh Puan Nur.. Biar je Mak Senah buat. Memang kerja Mak Senah tu. Nur pergi teman Puan Sri." Mangkuk di tangan Nur Cuba dirampas. Gadis itu ketawa halus kerana dia gagal merampas mangkuk itu.

"Tak apalah Nur tolong.. Ringan sikit kerja Mak Senah. Nur tahu mesti susah nak urus rumah besar ni kan.." Nur beri segaris senyuman pada Mak Senah sebagai tanda dia tidak kisah melakukan kerja dapur.

"Tapi.." Mak Senah cuba membantah namun bahunya dirangkul oleh Nur. Mangkuk berisi Mee yang dia Goreng tadi telah selamat di atas meja. Kedengaran kerusi ditarik. Dia melihat belakang. Segera dia menjauhkan diri.

"Ish apa Puan Nur ni.. Tarikkan kerusi untuk Mak Senah. Puan Nur bos Mak Senah tahu." Mak Senah bersuara sedikit keras, mengingatkan kedudukan Nur. Segan dia rasa dengan kebaikan menantu rumah besar ini.

"Tak apa, duduk Mak Senah.." Suara Puan Sri Sharifah Khalidah mencelah buatkan Mak Senah bertambah segan. Tapi..

"Duduk, mak.." Mak Senah memandang Nur. Terkelip-kelip matanya tidak percaya Nur memanggilnya 'mak' .

"Puan Nur.." Gadis itu cuma tersenyum. Senyum! Senyum! Dan asyik tersenyum saja! Mak Senah ikut tersenyum. Teringatkan dia akan anak dara tunggalnya.

"Mulai hari ini bagi Nur uruskan makan minum rumah ni, boleh?" Nur bersuara selepas mereka mula makan. Mommy tenang menghadap rezeki. Tetapi berbeza reaksi Mak Senah.

"Tak! Tak boleh. Itu kerja Mak Senah, Nur.." Dia merenung dalam Nur. Dia hanya dapat melihat gadis itu betul-betul mahu mengambil tugasnya yang satu ini.

"Bolehlah ya Mak Senah? Mommy?" Tangan mommy di meja makan digenggam Nur.

"Bagi sajalah apa yang dia nak, Mak Senah.. Makan minum je. Ringan sikit kerja Mak Senah, kan? Lagi pun.. dapat saya rasa air tangan menantu saya ni." Puan Sri Sharifah Khalidah mengalih pandang ke Mak Senah yang masih ragu-ragu.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now