BAB 16

1.8K 159 7
                                    

Syed Khalid merebahkan tubuhnya ke katil hotel. Mata dipejamkan. Penat sungguh dia hari ini. Selepas mendarat di JB, dia bergegas ke anak syarikat milik syarikatnya yang mengalami masalah. Baru sebentar tadi semuanya kembali terkawal. Dia mengeluh penat.

Dalam tidak sedar, dia terlelap di situ dengan pakaian yang sama dari pagi tadi. Jam tangan juga masih melilit kemas di pergelangan tangannya.

Zarif menghubungi Syed Khalid tetapi tidak diangkat. Dia merenung pintu di hadapannya sebelum jatuh pada plastik makanan di tangannya.

“Dah tidur kot. Buat penat je aku turun cari kedai makan. Aku risaukan dia, tapi dia tidur dulu. Orang macam ni tak payah peduli sangat pun tak apa.” Kutuk Zarif. Dia yang sedang menahan kantuk berjalan ke biliknya.

Ikutkan rancangan, mereka mahu balik terus ke KL, tapi Syed Khalid tiba-tiba menukar plan untuk bermalam di sini. Esok sahaja balik. Dia ikutkan sahaja. Lagipun dia pun merasai penat memandangkan dia adalah pembantu peribadi Syed Khalid, jadi kerjanya turut kena tempias juga, semakin bertambah.

Plastik makanan, kunci kereta dan telefon bimbitnya diletakkan di meja seraya dia duduk di kerusi. Mengantuk pun, perut kena isi!

Sambil makan, Zarif bermain telefon. Atau lebih tepat memeriksa jadual Syed Khalid untuk hari esok. Sebelum dia menutup telefonnya, dia perasan satu mesej yang tidak dibaca. Lantas dia membukanya.

Sufian
Perempuan tu tak apa-apa.

Mesej ringkas itu dibaca sepintas lalu. Kan dia sudah kata perempuan tu tidak apa-apa. Tapi disebabkan Syed Khalid mahu tahu juga berita tentang perempuan itu, kini dia telah mendapat berita.

Dia malas mahu berfikir siapakah perempuan itu. Tapi dia sebagai pembantu peribadi harus kena ambil tahu soal semua ini. Ke mana, di mana, berjumpa dengan siapa, semua hal ini dia harus peduli. Seperti isteri sahaja, ambil peduli semua hal yang berlaku di sekeping lelaki itu.

Teringat satu arahan dari Syed Khalid, dia membuka laptop miliknya. Satu laman web dia masuk. USB disambungkan ke telefonnya. Memindahkan beberapa gambar ke dalam laptopnya untuk dimuatnaik ke dalam laman web itu.

Dia menaip tajuk yang bakal menggemparkan satu Malaysia berserta kata-kata yang menarik untuk buatkan berita ini tergempar esok. Entah apa yang Syed Khalid fikir pun dia tidak tahu. Dia hanya melakukan apa yang diperintahkan.

Benci akan khabar angin, tetapi mencipta khabar angin. Itulah Syed Khalid menyuruhnya. Khabar angin tentang lelaki itu. Terasa seperti paparazzi pula.

Selesai menaip, dia menekan publish untuk menerbitkan khabar angin itu. Usai itu, dia menutup laptop dan menyambung makannya.

________

Syed Khalid tersedar dengan bantuan penggera di telefon bimbitnya. Bunyi tersebut dimatikan. Kelopak mata dibuka. Dia kena balik KL segera. Lantas dia bangun untuk bersiap.

Usai membersihkan diri dia yang hanya memakai bathrobe hotel menghampiri katil yang telah terdampar baju tudedonya yang baharu. Tidak lain dan tidak bukan, mestilah kerja Zarif yang meletakkan baju tersebut.

Dia memakai tanpa banyak soal. Selesai menyarung coat, serentak telefonnya berbunyi nyaring.

“Hello dad..” Sapanya terlebih dahulu. Jam tangan dipasangkan di pergelangan tangan.

“Khalid tengah bercinta ke? Siapa perempuan tu? Khabar angin tu betul ke? ” Syed Khalid diam seketika. Sesaat, dia tersenyum sinis. Mesti dia sedang menjadi perbualan hangat tika ini. Hari masih awal lagi, tetapi daddynya telah dapat tahu. Cepat sungguh netizen bertindak.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now