BAB 48

1.6K 222 98
                                    

Dek kerana kata-kata Julia, Syed Khalid buat tak nampak apa yang jadi kat ruang tamu. Dia berjalan selamba melintasi ruang itu. Telinga dipekakkan mendengar namanya dipanggil Nur.

"Takkanlah Nur nak tunjuk perangai sial dia depan you?"

"Nur tu penggoda!"

"Keturunan kikis harta orang. Sama macam mak dia!"

Syed Khalid jalan laju. Dia takkan halang apa yang tengah terjadi di tengah ruang rumah itu.

"Khalid tak kisah ke daddy buat Nur macam ni?" Suara Tan Sri Syed Khairi berjaya menghentikan langkah Syed Khalid. Dia menoleh. Matanya jatuh pada Nur yang duduk di sofa, terkepung dengan dua lengan Daddy. Matanya mencari wajah Daddy.

"Mestilah Khalid kisah. Tapi Khalid dah malas. Daddy buatlah apa-apa je yang daddy nak. Mungkin itu yang Nur nak sebernanya kot. Dia kan anak seorang penggoda dan gold digger. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia kena berlakon depan Khalid sebagai perempuan tak ada dosa."

"Apa awak cakap ni, Khalid?" Soal Nur tak percaya. Dia tolak tubuh Tan Sri Syed Khairi kuat seraya bangun menjauhkan diri. Dia berlari ke arah Syed Khalid. Namun lengannya ditarik buatkan dia terjatuh di sofa semula. Nur pandang Syed Khalid.

“Daddy buat je lah ikut suka hati. Khalid tak nak ambil tahu.” Nur bungkam. Tolonglah cakap yang dia salah dengar.

“Betul ke Khalid tak kisah? Walaupun daddy buat macam ni?” Tan Sri Syed Khairi membanjirkan ciumannya di sekitar leher Nur.

Nur terbeliak.

“Apa awak merepek ni, Khalid! Tolong sedar. Sebenci mana pun awak kat saya, saya ni isteri awak tahu tak!” Jerit Nur lantang. Mukanya merah. Dia menolak kepala daddy ke tepi walhal dia tahu hanya sia-sia saja.

“Kamu dah tak waras ke, Khalid?” Satu suara perempuan yang marah muncul tiba-tiba. Adegan di sofa berhenti. Semuanya menoleh ke tangga.

“Mommy tak tahu Nur siapa! Kalau mommy tak rasa marah, biar Khalid ambil rasa marah mommy. Perempuan tu..” Sebelah tangan diangkat menunjuk ke arah Nur di sofa.

“Anak penggoda! Mak dia ambil daddy dari mommy. Tak mustahil dia akan ikut jejak yang sama juga! Tengok tu apa yang jadi. Kalau bukan sebab dia, takkan daddy pula yang menggatal nak sentuh dia? Khalid tahu betapa bencinya daddy dengan Nur yang tak ada taraf!”

PANG!

Nur pejam mata, menelan kata-kata Syed Khalid yang 100% salah. Kenapa sampai macam ni sekali Syed Khalid fikir tentang dirinya? Kalau benci, benci sahajalah dia. Tapi jangan tabur fitnah yang bukan-bukan!

“Mommy..” Panggil Syed Khalid perlahan. Terkelu pipinya ditampar oleh mommy. Wanita yang dia sedang pertahankan keadilan. Nur kena rasa apa yang mommy pernah rasa.

“Sedarlah, Khalid.. Rasa marah kamu tu merosakkan kamu, Khalid! Buka mata tu luas-luas. Nur sebaik-baik isteri yang mommy nampak. Dia cuba rebut hati kamu. Tapi ini yang kamu balas untuk dia? Fitnah dia macam-macam. Huh?” Tempelak Puan Sri Sharifah Khalidah. Dah lama dia diam dan cuma memerhati. Sebab dia nak bagi Syed Khalid fikir sendiri. Tapi nampaknya anaknya gagal untuk lihat Nur bagaimana.

“Dan abang pun.. Sudah-sudahlah tu. Bawak bertaubat. Dunia ini bukannya selamanya. Kita semua akan mati. Abang dah siap ke nak menjawab kat dalam kubur nanti? Dah cukup ke amalan? Macam mana abang nak jawab atas dosa-dosa abang pegang perempuan dan berzina. Menantu sendiri pun rosakkan ke. Bapa jenis apa abang ni.”

“Kubur masing-masing. Kau jeles ke?” Beristighfar panjang Puan Sri Sharifah Khalidah. Dengar dari kata-kata suaminya, jauh lagi dari mahu bertaubat.  Dada kiri dipegang. Penat dia dengan keluarga ini.

[OG] Selamanya Dia Kde žijí příběhy. Začni objevovat