BAB 54

2.3K 164 70
                                    

Syed Khalid tersandar di kerusi sambil memejamkan mata. Kerjanya seperti biasa, banyak. Sejak akhir-akhir ini, jujur dia cakap, dia tertekan. Dia tak lakukan apa-apa lagi untuk Nur. Dan jujur, dia takut.

Tempoh 40 hari semakin hari semakin berkurang. Kini telah seminggu. Namun tiada perubahan dalam rumah tangga mereka. Dia tahu, dengan adanya Julia di rumah, dia tak boleh buat apa-apa. Tapi nak usir gadis itu, dia tak boleh lakukannyan juga.

Tersepit! Julia memang bijak ambil kesempatan! Licik!

Hingga kini, dia masih was-was dengan kejadian malam itu. Kejadian yang buatkan dia tersepit begini. Adakah benar-benar belaku? Dia harap Julia tidak ambil kesempatan atas keadaannya tika itu. Dia juga salah, kalau dia tidak mabuk, mesti keadaan begini tidak akan berlaku.

Wajah diraupkan bersama keluhan perlahan. Sungguh, apabila fikirkan semua ini buatkan dia semakin tak kuat. Kehilangan mommy telah membawa separuh kekuatannya pergi. Dan sekarang dengan tekanan kerja dan Julia, hampir buat dia jatuh terduduk.

“Astaghfirullah..” Terbit kalimah itu di bibirnya. Seminggu ini, bibirnya dibasahkan dengan zikir-zikir, menerapkan kesabaran dan kekuatan.

Bunyi deringan telefon yang nyaring buatkan Syed Khalid membuka kelopak mata. Dengan malas, tangan menggapai telefon miliknya.

Julia.

Keluhan terlepas sekali lagi. Panggilan tetap diangkat walaupun separuh malas.

“Hai..” Suara lunak Julia menyapa gegendang telinga. Syed Khalid berkerut. Dah lama dia tak dengar suara Julia begini. Selalunya suara Julia memetir. Ya, sejak mereka sebumbung, Julia asyik meninggikan suara dengannya. Mana tidak, dia asyik enggan mengikut permintaan Julia.

“You nak apa ni, Julia. I sibuk tahu.” Dahi dipicit perlahan melihat mejanya yang bersepah. Di telinga, dengar gelak kecil dari Julia. Dah kenapa gelak?

“I nak you boleh?” Dengan suara penuh menggoda, soalan itu dilontarkan kepadanya. Syed Khalid mendengus geram. Tak suka Julia mempermainkannya seperti ini.

“Kalau nak main-main, I letak jelah.” Tegas suara Syed Khalid. Dia tak ada masa nak main-main! Satu fail ditarik.

“Garangnya. I nak you teman I singgah office sekejap lagi. I datang sana dengan grab. Balik dengan you. No buts!” Syed Khalid melihat jam di komputer riba miliknya.

5.00pm

“Okay.” Setelah itu panggilan ditamatkan. Telefon diletak kembali di atas meja selepas ditukar mode kepada senyap. Tidak mahu diganggu Julia lagi. Matanya pegun membaca fail di tangan. Sehelai demi sehelai dia membaca laporan itu.

Tok! Tok!

“Masuk!” Suaranya lantang memberi izin sambil tangan menekan tetikus. Sesekali kepala toleh ke tepi melihat data dari fail sebelum mata menjamah skrin komputer semula. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku.

“Busy?” Serta-merta kepala terangkat. Terjegul kepala bertudung di sebalik pintu.

“Nur..” Panggil Syed Khalid. Mata tidak berkelip melihat wajah itu. Tujuan apakah Nur ke sini?

“Nur buat apa kat sini?” Soal Syed Khalid sebaik pintu ditutup. Mata tidak lepas memandang Nur. Kerjanya sudah tidak menarik perhatiannya.

“Meh sini..” Tangan kiri diangkat, menggamit Nur untuk ke sisinya. Tawa kecil terlepas melihat reaksi wajah Nur yang mencebik tidak suka. Dia tahu Nur akan begitu. Sengaja dia mencuba nasib. Untung-untung Nur mahu ikut, siapa tahu kan?

Syed Khalid merenung Nur yang duduk di hadapannya penuh minat. Bertudung ungu lembut menutup dada dan dipandankan kemeja berona yang sama.

“Buat apa kat sini? Takkanlah nak jemput abang?” Soalannya kembali dilontarkan. Nur mengeluh halus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now