BAB 9

2.7K 186 5
                                    

Nur membuka kelopak mata apabila hidungnya terhidu bau ubat-ubatan yang menganggu lenanya. Sebaik dia membuka mata, dia dihidangkan dengan lampu yang bercahaya.

Nur terkebil-kebil memandang lampu tersebut sambil memproses otaknya apa yang sedang berlaku dan dia di mana.

Otaknya cepat sahaja bertindak. Kalau susah berbau ubat-ubatan, pasti tempatnya hopital. Tetapi atas sebab apa dia di hospital? Abah pasti risaukannya.

Nur mahu mencabut jarum yang tercucuk di belakang tapak tangannya. Namun kedengaran pintu terbuka menarik perhatiannya. Seorang jururawat masuk.

"Nur dah sedar? Macam mana rasa? Ada rasa pening-pening ke?" Soal jururawat itu. Nur menggelengkan kepala. Jururawat itu menganggukkan kepala.

"Err.. Nurse?" Panggil Nur apabila jururawat itu ingin keluar.

"Ya?"

"Boleh saya buat satu panggilan guna telefon hospital?" Jururawat itu menghampiri Nur di katil pesakit.

"Guna telefon akak jelah. Nak telefon siapa?" Soal jururawat itu sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya dan dihulurkan pada Nur.

"Nak telefon abah. Abah mesti risau saya tak balik rumah."

Jururawat yang bernama Jannah itu tersentap. Dia menarik semula tangannnya yang terhulur telefon bimbitnya.

"Nur tak ingat apa-apa ke?" Soal Jannah.

Nur berkerut dahi. Ada apa-apa yang telah berlaku ke?

"Sebab kenapa Nur ada kat sini."

Nur menggelengkan kepala. Dia tak tahu.

Jannah melepaskan keluhan kecil. Selang beberapa minit, dia mendengar Nur mengumam sesuatu.

"Nur?" Panggilnya.

"Abah.. Abah.. Apa dah jadi kat abah?" Soal Nur gelisah. Dia sudah ingat sekarang punca dia berada di sini. Abahnya dimasukkan ke hospital sebab dilanggar kereta.

"Nurse! Mana abah saya?" Nur menggoncangkan tangan jururawat itu. Nur melepaskan tangan tersebur dan mencabut jarum yang tercucuk di tangannya.

Nur turun dari katil dan menyarungkan selipar. Dia menghampiri pinti bilik. Bilik di mana tempat dia pengsan dicari. Janna mengekori dari belakang.

"Abah.. Tunggu Nur." Gumam Nur. Matanya tercari-cari keberadaan bilik tersebut. Sungguh dia tidak pernah masuk hospital ini. Jadi dia kurang mahir keadaan di hospital ini. Nur hampir menangis di situ.

"Abah.. Abah kat mana?" Rintih Nur. Air matanya yang jatuh dikesat kasar. Terasa lengannya ditarik dari belakang.

"Abah Nur ada kat bilik mayat." Ujar Jannah. Jatuh simpatinya melihat Nur seperti hilang arah. Dia menarik tangan gadis belasan tahun itu menuju ke lif. Bilik mayat berada di tingkat bawah aras mereka.

Nur hanya menurut arah mana dia dibawa. Mindanya berhenti memperoses sebaik mendengar 'bilik mayat'. Abahnya benar-benar sudah tiadakah? Bagaimana dia ingin menjalani kehidupannya selepas ini?

Nur melemparkan pandangan kosong pada sekujur tubuh yang ditutupi dengan kain putih di hadapannya. Setitik air matanya pun tidak mengalir walaupun dia rasa seperti ingin meraung di situ.

Namun dia harus menepati janjinya kepada abah. Dia tidak akan menangis kalau itu yang diminta abah semasa di dalam ambulans semalam.

Jannah melepaskan tangan Nur dari genggamannya.

"Nur nak bawa balik abah." Jannah menganggukkan kepala mendengar permintaan Nur itu. Timbul kehairanan di benaknya melihat Nur tidak menangis sedangkan semalam Nur meroyan tidak tentu pasal meminta abahnya bangun.

"Nur tak menangis?" Soal Janna yang diselebungi kehairanan dan kebimbangan. Takut Nur memendam rasa.

Nur menggelengkan kepala.

"Nur dah janji dengan abah supaya jangan menangis. Walaupun Nur rasa nak menangis sangat.Nur tak nak abah tersiksa kalau Nur menangis." Ujar Nur.

Jannah memandang bahu Nur. Jelas kelihatan bahu itu terhinjut-hinjut menahan tangisan. Jannah menggosok perlahan belakang badan Nur, untuk menenangkan perasaan gadis itu.

"Sabar ya, Nur. Ini semua dugaan."

Nur hanya diam.

__________

Langit malam yang gelap menjadi tatapan Nur. Segalanya sudah selesai. Dari proses membawa abah balik ke rumah, hingga proses pengebumian. Nur melepaskan keluhan berat.

Waktu-waktu seperti ini biasanya dia duduk berbual bersama abah. Tetapi kli ini tidak. Sudah tiada abah yang menemaninya. Sudah tiada lagi suara abah bercerita itu ini. Segalanya sudah tamat.

"Abah.. Nur sunyi sangat, abah." Adu Nur sambil memandang langit. Menyampaikan rasa hatinya itu kepada abahnya.

"Nur.."

Nur memalingkan kepalanya ke belakang. Muncul Jannah di muka pintu. Nur memberi senyuman kepada jururawat muda itu. Bila diingat kembali, jururawat itulah yang dengannya ketika dia pegsan.

"Tak sejuk ke kat luar ni, Nur?" Soal Janna sambil menggosok lengannya, cuba menghangatkan lengannya.

"Tak" Balas Nur. Janna mengambil tempat di sebelah Nur. Dia turut memandang langit seperti Nur.

"Dulu kalau abah ada, waktu macam ni abah dengan Nur mesti duduk kat luar ni. Nyaman je rasa bila angin datang. Sejuk pun sejuk. Nur suka sejuk, sama macam abah." Cerita Nur tanpa diminta.

Jannah memandang Nur di sisinya. Hanya kesedihan dan keperitan dia dapat lihat dari mata Nur. Jannah memandang semula ke arah langit.

"Terima kasih sebab tolong Nur uruskan jenazah abah." Ucap Nur ikhlas. Kalau tiada Jannah, dia tak tahu ingin buat apa.

Jannah tersenyum.

"Sama-sama."

"Kenapa akak tolong Jannah? Kita tak pernah kenal pun. Akak pun tak tahu kalau-kalau Nur ni jahat ke? Tapi akak tolong juga." Jannah di sebelahnya dipandang.

"Akak pun macam Nur. Ayah akak mati masa akak sebaya Nur. Jadi akak faham perasaan Nur. Nur perlukan tempat berkongsi perasaan. Bila akak tengok Nur kat hospital hari tu, akak dah tahu Nur ni orang yang baik. Kalau Nur jahat, Nur takkan meroyan macam kat hospital hari tu."

Nur tersenyum nipis. Nampaknya nasib masih menyebelahinya apabila masih temukannya dengan seseorang yang dapat memahaminya.

"Terima kasih sebab percayakan Nur."

Jannah menganggukkan kepala dan memandang kembali langit malam yang sungguh memberikannya ketenangan.

Nur pun begitu. Dia memandang langit sambil menyampaikan sesuatu melalui hatinya.

"Apa kata Nur duduk dengan akak?" Jannah memberi pendapat. Alang-alang dia duduk berseorangan, baik dia ajak Nur duduk dengannya sekali.

"Nur tak nak susahkan akak."

Janna menggelengkan kepala.

"Tak.. Tak susahkan pun. Daripada Nur duduk seorang diri kat rumah ni, baik duduk dengan akak. Kalau Nur duduk seorang diri, lagi bahaya. Sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Duduk dengan akak eh?"

Nur diam berfikir. Apa yang dikatakan Jannah ada betulnya juga. Lebih-lebih lagi dia adalah anak dara. Macam-macam boleh berlaku.

Nur melepaskan keluhan berat. Kalau boleh dia tak mahu meninggalak rumah yang banyak kenangannya bersama Abah. Tetapi berfikirkan kemungkinan yang akan berlaku, memaksanya untuk meninggalkan rumah ini.

"Nur ambil masa untuk fikir. Akak tak nak paksa Nur." Janna tersenyum. Betul, dia tak mahu memaksa Nur untuk tinggal bersamanya. Dia tahu Nur berat untuk meninggalkan rumah abahnya. Dia dulu pun seperti itu. Jadi, dia faham.

[OG] Selamanya Dia Место, где живут истории. Откройте их для себя