BAB 11

3.3K 220 10
                                    

Nur tersandar lesu di sofa di tengah ruang tamu rumah Jannah. Siapa sangka hari ini menjadi hari pertamanya bekerja. Mati-mati dia ingat dia perlu laporkan diri sahaja. Jannah turut terkejut.

"Aii, penat sangat ke?" Soal Jannah setelah masuk ke rumah. Pintu ditutup rapat.

"Penatlah, kak. Diorang kerah Nur macam nak buli Nur je. Mentang Nur baru kerja kat situ."

Jannah tersenyum. Dia tidak bekerja sama kumpulan dengan Nur. Entah kenapa saat-saat akhir baru ingin ditukar. Sedangkan jururawat yang Nur gantikan sama kumpulan dengannya.

"Sabar jelah. Biasalah tu budak baru kena buli. Lagi-lagi Nur yang muda cantik ni."

Nur tergelak kecil. Kepala digelengkan perlahan.

"Nur rehatlah dulu. Akak nak naik atas mandi." Tali beg tangannya yang jatuh dinaikkan semula ke bahu. Jannah menghampiri tangga dan mula naik satu-persatu anak tangga.

Nur melepaskan keluhan berat. Begini rupanya kerja. Selama ini dia hanya melihat Jannah terbaring letih, hari ini dia merasainya. Bersandar di sofa begini, memang nikmat!

Telefon dalam beg tangan dikeluarkan. Rutin harian selalu dia buat dimulakan, melayan instagram, atau lebih tepat lagi stalk lelaki yang sudah lama dia tak jumpa.

Bersinar matanya melihat ada satu gambar terbaru dipost dalam akaun lelaki itu.

"Muka ni kenapa ketat sangat, hurm?" Soalnya seorang diri sambil jari menslide ke kanan untuk melihat gambar seterusnya. Esperesi wajah sama sahaja.

Hatinya teringin benar mahu berjumpa kembali dengan lelaki itu. Tapi mustahillah. Lelaki itu ada syarikat yang gah serta dikenali dalam dan luar negara. Dia pula sekarang terperuk di hospital. Perbezaan tempat yang ketara untuk mereka terserempak.

Seketika telefonnya bergetar sebelum satu nama muncul di skrin telefonnya.

Juita.

Nur berkerut dahi. Apa perempuan ni nak? Tanpa berlengah panggilan itu dijawab.

"Nak apa?" Soalnya malas. Matanya terpejam menerima sumpah seranah dari Juita. Dia tahu mesti gadis itu marah kepadanya kerana muncul di hospital yang secara kebetulannya Juita turut bekerja di situ. Mungkin sudah takdir mereka untuk bekerja di tempat yang sama.

"Stop it, Juita. Kau call aku sebab nak maki aku je ke? Memang dah tak ada kerja eh?" Balas Nur berani. Dia tahu Juita sedang geram dengannya kerana membalas sebegitu. Dia bukan patung okay!

Nur mengeluh tanpa sedar. Sampai bila dia terpaksa hadap segala makian Juita? Menghubunginya hanya untuk memakinya. Pernah juga berlaku sebelum ini. Siapa je tak marah apabila dimaki sesuka hati? Tambah lagi dia yang sedang penat ni.

Serabut!

Setelah setengah jam berlalu, tiba-tiba tidak dengar lagi suara Juita memarahinya. Nur berkerut muka lantas membawa telefon ke hadapan muka. Gelap.

Nafas lega dilepaskan. Akhirnya gadis itu telah menamatkan talian. Entah apa-apa perangai gadis itu. Tak pernah dia jumpa manusia pe'el seperti Juita itu.

Tetapi disebabkan dia punya hubungan keluarga dengan Juita, dia melayankan sahaja. Selama 17 tahun hidupnya selama ini dia tiada adik beradik. Bila ada Juita, sedikit sebanyak menggembirakan hati dukanya ketika kehilangan abah tersayang. Walaupun dirinya tidak diterima sepenuh hati.

Dulu dia baru lepasan SPM, tetapi kini telah berjaya selesaikan degree. Tidak lama lagi bakal bergelar bekerjaya pula.

_______

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now