BAB 35

1K 127 22
                                    

Sebulan. 

Dah sebulan Nur bersabar dengan Syed Khalid.  Lauk pauk yang dia pernah masak sepanjang sebulan ini tidak pernah diusik malah dirasa sedikit pun tidak.  Seperti tahu sahaja dia yang masak , bukan Mak Senah seperti sebelum ini. 

Sebal. 

Sakit hati. 

Nampaknya step dia salah.  Syed Khalid sudah tidak makan di rumah lagi.  Lelaki itu akan makan siap -siap di luar sebelum balik.  Jadi alasan kenyang diberikan pada mommy. Namun pun begitu, Nur masih menyimpan rasa.  Dia takkan meletup. 

Dia kembalikan semula kerja memasak kepada Mak Senah. Wanita itu tidak komen apa-apa.  Tidak pula gembira sebab dapat memasak semula,  tapi hanya diam. Dia pun selesa dengan kebisuan Mak Senah.

Dia bukan mengalah. Tapi dia tidak mahu setiap hari makan dibuang. Sayang.

Kalau dengan dia tarik diri dari memasak sahaja boleh buatkan Syed Khalid makan di rumah bersama mommy,  dia sanggup lakukannya. Sebulan mommy makan tanpa kehadiran Syed Khalid.  Dia tahu mommy rindu. 

Semua salah dia.

Bunyi pintu ditutup menghentikan lamunan Nur.  Dia lebih selesa memerhati Syed Khalid yang mengambil duduk di kerusi kerja. 

Kerja. 

Sudah hilang ayat itu di kepalanya lepas dia nekad nak belajar masak.  Dan bila dia lepaskan nekadnya, baru dia terfikir untuk bekerja semula.

“Abang..” Serunya seraya mengatur langkah. Duduk dilabuhkan di sisi katil, lebih dekat dengan meja kerja Syed Khalid.

“Nur ingat Nur nak kerja. Boleh?”

Ketawa sinis.  Nur ketap bibir. 

Syed Khalid pusing menghadap Nur yang kelihatan serba salah tika ini.

“Nak apa? Kerja? Tak cukup ke aku bagi kau makan sampai kau nak kerja?” Nur mengeluh halus. Dia nak kerja bukan sebab tak cukup makan. Tapi dia bosan.

“Nur nak cari pengalaman. Bukan sebab duit atau tak cukup makan. Apa yang abang bagi dah cukup. Malah terlebih. ” Suara Nur makin perlahan mengenangkan lauk pauknya Yang hanya masuk tong sampah esok paginya. 

Disebabkan itu,  tanpa sedar Nur mendegus geram. 

“Salah aku la kalau terlebih? ” Soal Syed Khalid buat-buat tak tahu.  Nur angkat kepala. 

“Tak.. Bukan.. ” Nafi Nur laju. Takkanlah dia nak tuduh Syed Khalid pula sebabkan lauk yang lebih. Tapi memang salah Syed Khalid pun. Err!

“Boleh tak.. Nur nak kerja. Nur bosan.” Suara Nur perlahan. Hujung baju tidurnya dipintal gelisah. Risau dengan pandangan dingin Syed Khalid.

“Bosan? Dah bosan ke jaga mommy? Kau kena ingat ya, mommy jadi macam tu sebab kau tahu tak!” Nur berkerut dahi. Mana ada dia bosan jaga mommy. Takkanlah Syed Khalid ingat dia tak sanggup dah nak jaga mommy? Ish!

“What?” Soal Syed Khalid hag melihat Nur berkerut-kerut. Seperti telahannya jauh menyimpang dari niat Nur meminta untuk bekerja. Oh ya? Dia tak kisah.

“Apa-apa pun alasan kau, aku tak benarkan kau kerja. Aku nak kau duduk rumah dengan mommy. Jaga dan rawat dia. Bayar hutang kau dengan aku!” Keras suara Syed Khalid bersuara. Kaca mata di batang hidungnya dikemaskan.

Nur diam seketika. Syed Khalid masih menunggu jawapan Nur. Kalau Nur membantah, dia akan berdebat tentangnya malam ini juga sehingga Nur akur dengan kehendaknya. Hujung bibir ditarik nipis, sinis. Mencabar keberanian Nur.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now