BAB 2

3.7K 278 12
                                    

Hari ini hari yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar Tingkatan 5. Di mana hari mengambil keputusan SPM jatuh pada hari ini. Setelah bertarung habis-habisan, akhirnya hari ini jawapan pada pertarungan mereka sebulan lebih tahun lepas.

Dewan yang penuh dengan pelajar Nur perhati dengan perasaan yang gemuruh. Setiap derap kakinya ke dewan di susun dengan doa di bibir. Rasa ingin menangis sahaja di situ! tak nak ambil keputusan SPM!

Kenapa keputusan SPM dia takut? Sebelum ini belum pernah dia takut untuk mengambil result. PT3? Muka batu dia tunjukkan semasa ambil keputusan itu. Tetapi, kenapa kali ini lain?

"Nur, majlis dah nak mula tu. Cepat sikit sayang jalan,"tegur Encik Harun apabila menyedari anak gadisnya tiada disebelahnya. Rupanya masih di belakang.

"Err.. abah jalanlah dulu. Nanti Nur sampai."senyuman kekok dia beri pada abahnya. Kenapa gementar sangat ni?

Encik Harun tersenyum. Dia tahu anak gadisnya itu takut. Dia dulu pun seperti Nur, tapi tidak seteruk Nur. Sampai jalan pun Nur tidak mampu. Kepalanya tergeleng perlahan.

"Nur.. apa Nur nak takutkan? Nur duduk situ, tengok siapa daat keputusan cemerlanh. Mana tahu salah satunya Nur? Nur kan anak abah. Anak abah mesti cemerlang."Encik Harun mula memujuk Nur. Kepala yang dilitupi tudung diusap perlahan.

Sejuk matanya melihat penampilan Nur yang berbeza dengan gadis seumur dengannya. Nur lebih selesa berpakaian baju kurung kapas berserta tudung selendang berwarna lembut. Sesuai dengan anaknya yang mempunya wajah lembut.

"Nur dah cuba sehabis baik kan? Takkan Nur tak nak tahu keputusan usaha Nur?"masih lagi percubaan memujuk.

Nur termenung. Beberapa saat kemudian, keluhan dilepaskan. Betul juga kata abahnya. Lengan abahnya terus dirangkul erat.

"Teman Nur pergi ke dewan. Baru Nur lepaskan abah pergi tempat duduk."manja sekali suaranya. Bahu abahnya menjadi sasaran kepalanya berlabuh.

Encik Harun tersenyum.

"Baiklah. Jom."kaki mula diatur menghampiri dewan. Dia membawa Nur sehingga ke kerusi. Tanpa bantahan, Nur duduk di kerusi berhampiran. Dahinya terasa sesuatu yang lembut.

Serta-merta senyumannya terukir. Sedikit tenang hatinya abah memperlakukannya seperti ini. Sungguh, dia sayangkan abahnya!

"Abah percaya Nur akan dapat keputusan cemerlang. Doa banyak-banyak,"pesan Encik Harun. Nur anggukkan kepala menyenangkannya. Nur memang anak patuh kata.

Melihatkan kerusi khas untuk pelajar semakin penuh, buatkan Encik Harun bergerak ke tempat ibu bapa.

"Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Saya bersama rakan sejawat saya dalam perguruan ini, iaitu Puan Aini selaku orang bertanggungjawab atas majlis ini."ucapan itu adalah tanda majlis telah bermula.

Nur resah sendiri. Sekejap dia tundukkan kepala. Sekejap tertoleh ke kanan, melihat abahnya. Hanya abahnya sahaja mampu menangkannya. Melihat wajah itu, sejuk hatinya.

Tangan ditadahkan untuk mengaminkan doa yang sedang dibaca oleh ustaz di sekolahnya. Terkumat-kamit bibirnya sepanjang pembacaan doa. Berdoa semoga keputusannya dapat membanggakan abahnya dan membalas jasa abahnya.

"Baiklah, sudah sampai masanya kita umumkan keputusan SPM cemerlang tahun 2017. Seramai 47 orang memperoleh keputusan cemerlang. Tahniah diucapkan. Jadi, mari kita panggil mereka yang telah berjaya naik ke pentas."

Nur menghela nafas. Saat inilah dia takutkan. Harapan untuk namanya disebut amatlah tinggi. Dia nak namanya disebut! 'YaAllah, berilah rezeki ini padaku!'doanya dalam hati.

Muka ditekupkan dengan kedua-dua belah tapak tangan. Tak sanggup dia nak melihat wajah kegembiraan ibu bapa setelah anak mereka berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

"Nur Amelia binti Harun berjaya memperoleh 8A. Beliau telah mendahului kawan-kawan sekelasnya. Dan beliau telah berjaya cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil. Tahniah Nur Amelia."Nur kejung mendengarnya. Kepala digelengkan perlahan, mungkin itu hanya hayalannya namanya dipanggil.

"Nur Amelia. Awak ada kat sini tak?"Nur tersentak mendengar suara pengacara majlis. 'Nur Amelia dia sebut'getus hatinya.
Lantas, kepalanya didongakkan. Semua pelajar sedang memandangnya. Matanya berair. Wajah abahnya dicari. Melihat anggukkan dan depaan tangan untuknya di tepi pentas, buatkan dia berlari ke arah abahnya.

"Nur berjaya abah..."ujar Nur perlahan setelah berjaya masuk dalam pelukkan Encik Harun. Dia tak malu menangis di situ, dia gembira sangat!

"Pergilah naik pentas. Ramai lagi yang belum dipanggil,"tegur Encik Harun. Wajah basah Nur dilap dengan tapak tangan.

Nur tak tunggu lama, dia terus menaiki pentas dan bersalam dengan pengetua sekolahnya. Keputusan SPMnya dilihat dengan teliti. Kemudian, terus diletakkan di dada.

Tanpa bergambar terlebih dahulu, Nur terus turun pentas. Dia nak tunjuk keputuannya pada abah!

_______

"Nur nak sambung belajar kat mana lepas ni? Dah fikir nak ambil jurusan apa?"suara Encik Harun memecahkan kesunyian malam itu. Dihirup sedikit kopinya sebelum menyambung pembacaan buku agamanya.

Nur tarik muka. Seperti ingin menghalaunya sahaja!

"Nur baru ambil keputusan SPM pagi tadi. Nur tak fikir lagi nak sambung belajar. Nur nak bermanja dengan abah puas-puas dulu baru fikir soal itu."tangan naik memeluk tubuh. Protes!

"Abah cuma bertanya. Janganlah sentap sangat,"usik Encik Harun. Makin panjang muncung Nur. Encik Harun tergelak kecil.

"Mana ada sentap. Cuma kecil hati. Abah macam nak halau Nur je,"jujur Nur.

"Bukan..."

STREET!!

Terkejut bukan kepalang lagi dua beranak yang sedang duduk bersantai di pangkin rumah itu. Dari duduk, terus berdiri. Encik Harun menutup buku agamanya seraya mendapatkan seliparnya.

Nur pula masuk ke dalam rumah dan menyambar tudung sarung di belakang pintu rumah. Usai itu, dia berlari anak mengejar langkah abahnya.

Walaupun kegelapan malam menghalang pandangannya, Nur dapat lihat denga jelas sebuah kereta terbabas telah melanggar sebatang pokok selekoh rumahnya. Terbeliak matanya.

"Abah! orang kemalangan!"jerit Nur dan berlari lebih cepat menghampiri kereta itu. Encik Harun terpinga. Mungkin faktor usianya, sukar untuk melihat dalam kegelapan. Nur lebih cekap mengecam keadaan.

Sesampai Nur di tepi kereta, terus mukanya ditekupkan ke cermin, ingin melihat keadaan pemilik kereta.

"Abah, orang dalam kereta ni tak sedarkan diri! Macam mana ni?"walaupun dia sedang bercakap, tangannya mula mengetuk tingkap kereta.

PRANG!!

Nur tegakkan badan melihat apa yang berlaku di seat penumpang.

Encik Harun membuka kunci pada pintu kereta dan bergerak ke tempat pemandu. Pintu dibuka, perlahan-lahan tubuh yang tidak sedarkan diri itu di bawa keluar.

"Nur check kat dalam kereta tu, ada dompet atau telefon ke apa, bawa keluar,"pesan Encik Harun sebelum membawa tubuh itu ke rumah.

Nur tanpa lengah, memeriksa seluruh kereta tersebut. Melihatkan keadaan tingkap bahagian penumpang, buatkan dia rasa ingin semput! Tingkap pecah! Walaupun begitu, telah memberikan jawapan padanya. Bunyi kaca pecah itu datang dari tingkap itu. Paling naya, abahnya yang memecahkan tingkap itu!

Keadaan memaksa!

Setelah mendapatkan apa yang dicari, dia mencabut kunci kereta sebelum keluar dari perut kereta dan menutup pintu kereta.

Usai itu, dia berlari mengikuti abahnya yang sudah memasuki rumah. Berdetak hebat jantungnya apabila melihat kecedaraan lelaki pemilik kereta itu. Boleh dikatakan teruk.

Pertama kali dia menghadapi keadaan seperti ini. Kemalangan berlaku di hadapannya! YaAllah, lemah jantungnya!

Doanya, harap lelaki itu tidak mempunyai kecedaraan dalaman.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now