BAB 41

1.2K 198 61
                                    

Syed Khalid terjaga dari tidur. Jam di dinding dikerling sekilas. Serentak itu keluhan dilepaskan kerana sedar dia tidur baru beberapa minit. Dia bangun duduk.

Dia akui waktu tidurnya semakin pendek. Tidurnya tidak lena. Mungkin sebab dia berubah tempat tidur. Belakang tengkuknya diurut perlahan. Sebelah tangan lagi di pinggang. Mengurut halus di situ.

Dah seminggu dia beralih tidur. Mungkin terlalu lama buatkan semua tempat di tubuhnya terasa sengal-sengal.Kelopak mata dibuka, Nur tidur lena di katil. Semua sebab Nur. Dia terpaksa beralih tidur di sofa. Nur tidak makan saman. Masih saja memakai baju-bajuu yang tidak cukup kain. Dia mahu mengelak dari tercipta sentuhan tanpa sengaja.

Dia tidak mahu ambil kesempatan.

Dia juga tidak mahu Nur ambil kesempatan.

Biarlah ada jurang di antara mereka. Dia mahu pertahankan marahnya. Dia belum mampu untuk maafkan Nur. Lebih lagi memberi peluang kedua.

Syed Khalid berdiri. Menapak ke katil tanpa mengalihkan padangan dari wajah Nur. Duduk menyangkung di sebelah katil untuk melihat wajah Nur dengan lebih dekat. Rambut yang jatuh menutup separuh muka Nur dialihkan. Rambut hitam Nur dielus.

Bunyi penggera yang tiba-tiba mengejutkannya. Pengggera di telefon Nur dimatikan segera. Berhati-hati dia meletakkan telefon Nur supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi. Dia tak mahu Nur terjaga.

Sempat matanya jatuh pada sejag air di meja lampu tidur. Sudah beberapa hari Nur akan meletakkan jag air tersebut sebelum tidur. Tidak terfikir pula dia untuk bertanya Nur buat begitu. Tapi sejak hari pertama dia melihatnya, dia hanya bersangka mungkin Nur malas mahu turun minum air.

Jadi sebab itu dia tidak pernah bertanya.

Tangan Nur diambil. Cincin di jari manis itu ditilik. Cincin yang dia sarungkan sebulan lepas. Cincin sebagai tanda Nur adalah miliknya.

Banyak kali dia persoalkan takdir yang berlaku dalam hidupnya. Kenapa keluarganya porak-peranda. Kenapa Nur perlu jadi anak kepada perosak hubungan mommy dan daddy? Sebab kalau bukan Nur, dia mampu untuk sayangkan Nur.

Hancur hatinya bila tahu Nur adalah sebahagian dari wanita yang merampas daddy dari mommy. Dia terus letakkan kesalahan di bahu Nur. Sebab hanya Nur yang dekat dengannya dan hanya Nur anak kepada wanita itu. Hanya melalui Nur dia dapat lepaskan marah.

Bayangkanlah kalau semua yang terjadi adalah sebaliknya, rumah tangga mereka mesti dihiasi dengan tawa. Diselangi dengan bergurau-senda daripada bertikam lidah dan tumpahnya air mata.

Untuk sembunyikan marahnya, dia tak mampu. Marahnya lebih besar dari sayangnya untuk Nur. Tidak terbanding sayangnya pada mommy. Dia jauh lebih sayangkan mommy.

Mommy terluka, dia pun terluka.

Mommy bahagia, dia bahagia.

Mommy adalah segalanya.

Syed Khalid mengeluh.

Tangan Nur dilepaskan. Dia berdiri. Sebelah tangan ditongkatkan di sebelah bantal Nur. Sebelah lagi mengusik rambut di telinga Nur. Jarinya kemudiannya turun dari telinga, leher sehingga ke bahu yang terdedah seperti biasa. Pergerakkkan langsung tidak menyentuh kulit Nur sedikit pun.

Perlahan-lahan dia lekapkan tapak tangannya di bahu Nur. Dia akui dia suka sentuh Nur begini. Hanya lelaki gay sahaja yang tidak memandang semua ini. Pakaian Nur, menyerlahkan sisi Nur yang lain. Seksi dan menggoda.

Syed Khalid menundukkan badan. Bibir di bawa ke tempat terletaknya tangannya. Bahu Nur dikucup sekilas seraya itu Ibu jarinya spontan mengelus lembut di kawasan tersebut.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now