BAB 47

1.6K 209 82
                                    

Semua kembali seperti biasa.

Kejadian daddy umpama tidak pernah berlaku. Baik Nur, mahupun Syed Khalid, masing-masing tidak mengungkit perihal malam itu.

Syed Khalid rasa kejadian itu perlu dilupakan memandangkan dia dah lepskan marahnya pada Tan Sri Syed Khairi. Lebam pipi daddy dia kerjakan. Nur yang lihat, cuma diamkan diri. Tapi dia nampak kepuasan di wajah Nur.

Buat kali pertama dia rasa bangga buat sesuatu untuk Nur. Walaupun sebenarnya lebih banyak melibatkan emosi peribadinya, tapi sekurangnya Nur dapat menumpang juga.

Seminggu jugalah dia menjaga Nur. Setiap malam Nur akan meracau dan menangis bila terjaga awal pagi tidur. Dia akan memeluk erat Nur sehingga Nur terlena semula.

Seminggu itulah dia tak cukup tidur. Tapi usahanya berbaloi bila melihat Nur tak lagi seperti dihimpit kejadian itu. Dah boleh gelak ketawa dengan mommy. Kalau tak hampir setiap hari dia akan melihat Nur yang termenung di balkoni.

Namun satu berubah, layanan Nur padanya. Panggilan yang ditukar buat kali pertama untuknya juga masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Dia terima. Kalau dia bising nanti, kata dia mengharapkan sesuatu pula.

"Sukalah dapat tolong peremluan tu?" Suara seorang yang tak puas hati buatkan Syed Khalid mendongak. Senyuman yang tanpa sedar tertampal di wajahnya perlahan hilang.

"Perempuan mana you maksudkan ni." Syed Khalid buat-buat tak tahu. Air dalam gelas dikacau dengan penyedut minuman.

"Jangan nak berlakon naif la. You dah mula sayangkan dia eh?" Syed Khalid merenung Julia. Sesaat tawa dia terlepas. Wajah serius Julia yang merenungnya umpama mahu makan ditolak ke tepi.

"Sayang? Benda tu dah lama pupus. Apa you merepek ni Julia."

"Habistu kenapa you tolong dia."

"Sebab I tak kejam lagi." Syed Khalid jawab jujur.

"Okay.. Tapi kenapa you nampak happy apa yang you buat kat dia. You jangan macam-macam ya. Ingat apa yang dah jadi kat kita malam tu." Syed Khalid tersentak. Tawanya hilang. Dia memandang luar restoran.

"You betul ke ingat apa yang jadi. Entah-entah memori you dah putus awal lagi, tapi you cipta apa yang sebenarnya tak jadi pun. You nak perangkap I je kan." Syed Khalid serkap jarang. Dia rasa sesuatu tak kena. Tak mungkin apa yang terjadi adalah sebenarnya yang terjadi.

"Siapa yang cari siapa malam tu? Siapa yang mabuk? I sedar seratus peratus apa yang jadi malam tu. I ingat setiap detik. Malam tu umpama hadiah bagi I. Akhirnya you jadi milik I. Lama I tunggu you, Khalid. I tak kisah you laki orang sekali pun, asalkan I dah miliki you luar dan dalam." Syed Khalid mengeluh halus. Kata-kata Julia sangat meyakinkan. Dia tak nampak Julia berpura-pura. Dan dia tahu selama ini hanya dia Julia kejar.

"Okaylah.. Kita anggap je macam tak ada apa berlaku. I tak nak cakap pasal malam tu." Julia mendegus geram. Dia boleh diam untuk sekarang. Tapi kalau ada apa-apa yang jadi di masa akan datang, dia takkan lepaskan Khalid.

"Nur okay ke?" Soal Julia malas. Air kepunyaannya yang masih berbaki disedut. Matanya merenung tepat ke mata Syed Khalid yang seakan bercahaya. Julia mengigit straw resah. Dia tahu ada yang luar biasa sedang berlaku. Tapi dia tak berani tebak.

"Kenapa tanya? Tak pernah pun tanya pasal Nur sebelum ni."

"Suka hati I lah nak tanya bila pun. Mana tahu dia dah jadi gila ke." Julia membalas selamba.

"You percaya ke dengan dia? Konon kena rogol dengan daddy. Entah-entah dia yang goda dulu. Tapi silap. Rupanya dia yang kena 'ngap'." Julia senyum sinis melihat Syed Khalid seperti berfikir. Senang je nak racun fikiran Syed Khalid.

"Tak mungkin. I tengok keadaan dia hari tu, memang macam orang trauma. Buat apa Nur nak cari penyakit. kan. Lagi pun, Nur tak pernah buat perkara tak baik." Syed Khalid membela Nur walaupun hatinya mula sangsi dengan Nur.

Bukankah sehebat-hebat penipuan seseorang itu, lakonan adalah yang terbaik. Dan sebaik-baik pelakon adalah wanita yang mengalirkan air mata.

Syed Khalid mengetap rahang, melawan rasa hatinya sekarang ni. Dia mahu percaya Nur, tapi dia tak boleh percaya. Atas sebab-sebab tertentu yang dia tak boleh.

Julia lepaskan straw. Dia ke depan, menghampirkan wajahnya dengan Syed Khalid. Mata Syed Khalid ditenung dalam-dalam.

"You ni bodoh ke, Khalid? Takkanlah dia nak tunjuk perangai sial dia depan you? Rosaklah plan dia. Kalau dah mak dia macam tu, perangai sial mak dia mesti melekat kat dia punya! Penggoda. Kaki kikis harta. Fikir sikitlah Khalid!" Tangan Syed Khalid di atas meja digenggam. Julia membuka mulut mahu sambung bicaranya.

"You kena ingat tahu siapa asal usul Nur. Apa yang Nur dah buat kat mommy. Macam mana mommy sakit. You tak boleh senang-senang lupakan macam petik jari je. Kita tak tahu apa rancangan dia sebenarnya. Lebih baik berhati-hati sebelum dia pula yang kenakan you. Cukup lah sekali je, Khalid. I pun tak nak tengok you and mommy sedih."

"You tak tengok drama ke? Perangkap macam Nur buat tu bersepah dalam drama melayu tahu tak. Drama air mata. Air mata je berkuasa. Sedih betul. You tak boleh jatuh dengan air mata dia, Khalid. Air mata perempuan ni lain macam tau. Hanya perempuan murah je buat macam tu!" Julia tak berhenti. Dia mahu curah sebanyak-banyaknya fikiran jahat pada Syed Khalid yang kelihatan mula untuk berlembut hati.

Dia takkan benarkan itu terjadi. Syed Khalid perlu jadi sekutunya. Barulah Nur boleh tersingkir.

"You tak boleh bagi muka sangat. Nanti dia fikir you dah mula percayakan dia. Lepastu dia boleh tikam belakang you. Please Khalid.. I tak nak dia buat you macam tu." Julia memandang dengan pandangan merayu. Tolonglah!

"Dia dah rosakkan keluarga you, Khalid. Takkan you nak tengok keluarga you hancur buat kali kedua? Ini melibatkan orang sama. Walaupun kali ini adalah Nur, tapi kita berdua tahu siapa Nur. Dan ini melibat daddy. Apa mommy fikir nanti bila menantu dia curang dengan suami dia sendiri? Duakan you. Satu-satunya anak dia."

"Dia mesti kecewa lebih dari dia pernah rasa. Trust me, Khalid.. Do something sementara you masih ada peluang untuk ubahnya." Syed Khalid mengepal penumbuk. Julia yang melihat tersenyum puas. See.. Senang je nak racun fikiran Syed Khalid.

"Apa patut I buat yang boleh buat dia rasa menyesal?" Julia senyum senget. Soalan yang tepat di masa yang tepat!

"Pukul dia ke? Seksa dia? Dera?" Syed Khalid mula membayangkan perkara yang dia sebutkan. Muka Nur berlebam. Nur menangis. Tapi cukupkah semua itu? Sakit yang keluarga dia terima jauh lebih perit kerana parut itu kekal hingga sekarang.

"Terpulang pada you. Dia isteri you. Nak dera dia fizikal ke, ikut suka youlah. Tapi dera emosi dia menarik juga. Bayangkan dia jadi gila. Meracau sana-sini. Terjerit melolong. Oh Khalid.. I lah manusia paling bahagia waktu tu." Syed Khalid diam berfikir.

"Dia dah osakkan everything dalam hidup you. So its your turn untuk bagi hidup dia musnah terus. I dah bayangkan apa yang akan berlaku. Padan muka dia!"

"Lepastu.." Julia berfikir seketika. Sesaat matanya bercahaya, punya idea.

"You ceraikan dia. Dia sebatang kara kan. Biarkan dia hidup kat tepi jalan dengan fikiran yang tak waras. Orang bawak dia balik rumah pun dia bukan tahu. Dah gila kan. Biarkan dia jadi macam pelacur!"

"Ceraikan Nur?" Soal Syed Khalid minta kepastian. Entah kenapa hatinya terasa berat. Apa yang Julia katakan buatkan dia rasa takut. Keterlaluan tapi dapat memuaskan hatinya.

"Yes, ceraikan dia."

*******
Gila betul julia dgn sk ni. Apa kata korang je jadi gila huhu kesian Nur. Ada laki macam Sk pun, bodoh dalam buat keputusan huhu nape hero aye mcm ni😥

Setiap teaser, setiap reaction kat teaser korg tu, saya nak masuk dalam ig hehe. Utk buat kenangan ❤️ sape nak follow, boleh folloe ig khas sy, theyaya.wattpad id instagram.

🔓 BAB 48

VOTE & COMMENT,
THANK YOU FOR UR SUPPORT❤️

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now