BAB 38

1.1K 160 73
                                    

Hehe thank you untuk komen korang semua. Jadi... Kunci dah jumpa, bab 38 untuk korang.  Sori ya lambat. 😊

__________

“Nak tahu sesuatu tak, Nur?” Syed Khalid memecahkan kesunyian. Kerusi kerja dipusingkan menghadap katil di sebelah di mana terdapat Nur yang berbaring merenung syiling bilik.

“Lepas fikir-fikir.. Apa yang kau buat hari ini memang diri kau, kan? Ibu kau goda daddy.. Kau pula, buat benda yang sama kat aku. Mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi. Apa eh nilai kau untuk aku ketepikan semua dan pilih kau?” Pandangan mereka bertemu. Syed Khalid berpeluk tubuh.

“Nur buat untuk abang. Tak ada niat lain. ” Jujur Nur. Kalau dulu ibu bersama dengan Tan Sri Syed Khairi mungkin kerana mengejar harta. Tetapi dia berbeza.

“Ya.. Memang untuk aku. Untuk dapatkan aku. Jadi kau boleh hidup senang dengan aku, kan?” Nur menolak selimut dari tubuh. Dia bangun separa duduk seraya bersandar di kepala katil.

Correction.. Supaya Nur boleh bahagiakan abang. Jadi isteri yang sebetul-betulnya untuk abang. Kalau abang tolak amarah dan benci abang, Nur yakin abang boleh bahagia lebih dari sekarang, ” Balas Nur tenang. Kepala bersandar di kepala katil sambil merenung Syed Khalid di depannya.

“Aku tak percaya.” Nur mengeluh halus. Dia kembali berbaring. Syiling bilik menjadi tatapannya semula. Di hujung mata, dia tahu Syed Khalid masih merenungnya. Nur memikirkan ayat yang terbaik untuk membalas.

“Abang bukan tak percaya.. Abang cuma takut. Takut kepercayaan abang dikhianati.” Berhati-hati Nur menyusun kata. Tidak mahu Syed Khalid melenting. Dia sedar Syed Khalid mempunyai ego yang tinggi. Yang buatkan lebih menyukarkannya untuk pikat hati lelaki itu.

“Kalau macam tu.. Aku tak patut bagi kepercayaan kat kau. Aku tak berani lupakan marah dan benci aku untuk terima kau. Macam mana kalau aku silap? Hati manusia ni cepat berubah. Hari ini kau bolehlah kata macam ni. Setahun dua tahun kemudian apa hati kau akan kata?” Nur menoleh. Syed Khalid kelihatan serious tapi mata itu terbias gusar dan runsing.

“Mungkin kau akan jadi macam ibu kau. Bertukar-tukar pasangan. Dan kalau benda tu terjadi, kau akan pergi kat lelaki lain. Aku kalah lagi. Kau dan ibu kau menang strike sebab musnahkan kebahagiaan keluarga terus-terusan. ”

“Abang..” Nur turun dari katil. Kini dia faham kenapa benci sungguh Syed Khalid padanya. Kerana lelaki itu tidak mahu kalah lagi. Tidak mahu gadaikan kebahagiaan hanya untuk dia, anak kepada perosak hubungan mommy daddy. Cuma dengan marah dan benci padanya boleh buatkan Syed Khalid rasa selamat. 

Nur menarik kerusi dari meja solek ke hadapan kerusi beroda itu. Biar mereka saling berhadapan. Lutut bertemu lutut. Mata bertemu mata. Kemudian tangan Syed Khalid diraih.

Nampaknya selama ini dia hanya minta untuk Syed Khalid beri dia peluang sementara dia tidak memberi apa-apa. Tiada jaminan untuk Syed Khalid menaruhkan segalanya dengan satu tiket bernama peluang kedua.

“Nur minta maaf.. ”

“Sebab tak tahu malu. Pentingkan diri.”

Syed Khalid diam selepas meluahkan segalanya. Dia mahu mendengar. Biar kali ini Nur pula yang bercakap.

“Nur sendiri akan dapatkan kepercayaan abang. Biar Nur usaha sendiri. Izinkan Nur untuk cuba. Lepas tu terpulang pada abang nak taruhkan semua untuk Nur atau pun tak. Abang yang buat keputusan.” Nur rasa ini yang terbaik dan adil. Kalau dia nak dapatkan sesuatu, dia kena beri sesuatu.

Dia harus buat Syed Khalid percaya padanya. Biar usahanya dinilai sendiri. Keputusannya biarlah dengan pertimbangan yang masuk akal. Dia akan serahkan pada Syed Khalid. Dan dia berjanji akan terima sepenuh hati.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now