BAB 4

3.2K 260 8
                                    

Telefon nokia itu berbunyi. Sekejap sahaja bunyinya. Syed Khalid menyambar telefon tersebut dan membuka mesej yang masuk sebaik terlihat nombor daddynya di screen.

Tan Sri Syed Khairi
Call daddy semula. Perempuan tu dah balik. Daddy nak tanya Khalid beberapa perkara.

Keluhannya terlepas. Harapnya begitulah. Butang-butang nombor ditekan kembali dan ditekapkan di telinga. Selang beberapa saat, panggilannya diangkat.

"Daddy nak cakap apa?"soal Khalis Belakang badannya disandarkan ke kerusi.

"You mesti anak Tan Sri Syed Khairi kan? Wow! you mesti hot macam daddy you juga. Betul tak?"

Khalid tersentak. Telefon dijauhkan, untuk melihat nombor di screen. Dahinya berkerut. Ini nombor daddy, kenapa suara perempuan pula?

"Excuse me.. ini nombor daddy saya kan?"soal Khalid lembut walaupun hatinya sudah panas. Daddy tipu dia! dan dia tahu apa perbuatan perempuan yang mengangkat panggilannya. Pasti daddy tiada di situ! Tanpa sedar, dia merengus.

"Emylyn? buat apa kat sini lagi? you ada tertinggal barang ke?"soal Tan Sri Syed Khairi Dia mengambil tempat duduknya.

'Daddy!'jerit hati Khalid apabila mendengar suara Tan Sri Syed Khairi.

"Eh tak. I cuma nak ingatkan you temu janji makan malam kita hari ini. You tu kalau dah hadap kerja, tak igat dunia dah,"perli Emylyn.

"Can you give the phone to my dad Emylyn?"Syed Khalid bersuara untuk memberhentikan perbualan mereka. Mukanya sudah berubah warna. Mahu taknya? Daddy ada temu janji makan malam hari ini! Beruntung dia tiada di situ, kalau tak, mahu makan hati.

"Yes, sure dear,"balas Emylyn dengan suara manja. Telefon dihulurkan pada Tan Sri Syed Khairi atau lebih tepat, affair lelaki itu.

"Macam mana fon I ada pada you? tak silap I, I letak atas meja ni sebelum pergi tandas."telefonnya diambil dari tangan Emylyn.

"Your son."Emylyn menjuihkan bibir ke telefon. Memberitahu Syed Khalid berada dalam talian. Tan Sri Syed Khairi melihat screen telefon. Berubah muka Tan Sri Syed Khairi melihat nama Syed Khalid terpapar di screen.

"Erm, you balik dulu. Malam nanti I jemput you,"ujar Tan Sri Syed Khairi sambil memandang wajah cantik Emylyn. Gadis itu tersenyum suka sebelum menapak ke pintu.

Hilang sahaja tubuh Emylyn di sebalik pintu, pantas telefon dilekapkan ke telinga.
"Khalid..."panggilnya.

"Daddy nak cakap apa, cakaplah. Sementara daddy ada masa lagi dengan Khalid sebelum Khalid berpaling muka pada perempuan tu semula. Khalid tak nak ganggu daddy,"sindir Khalid.

"Daddy tak tahu pula dia ada kat sini lagi. Daddy pergi tandas tadi,"terang Tan Sri Syed Khairi.

Khalid mendiamkan diri. Apa yang keluar dari mulut daddy semuanya dusta!

"Erm, kita lupakanlah hal Emylyn tadi. Khalid kat mana sekarang? Risau daddy tahu tak? Seminggu Khalid tak balik rumah. Kalau balik sekejap tak apalah, daddy tak risau sangat. Ini kain baju Khalid dalam bilik tu pun tak bersentuh. Khalid kat mana sekarang ni?"lembut Tan Sri Syed Khairi menyoal. Khalid satu-satunya anaknya.

Kemarahan Khalid semakin surut mendengar suara kebimbangan daddynya. Mukanya diraupkan.

"Khalid tak boleh beritahu kat mana Khalid berada sekarang. Yang perlu daddy tahu cuma Khalid baik-baik sahaja. Daddy jangan risau,"balas Khalid, mengelak untuk memberitahu alamat rumah Encik Harun.

"Kamu satu-satunya anak daddy tahu tak? Mestilah daddy risau!"suara Tan Sri Syed Khairi bertukar keras.

"Mommy macam mana? Sihat? Dah seminggu Khalid tak jenguk dia."bergetar sedikit suaranya menyebut nama mommynya. Rindu.

"Dia macam tu lah. Tak pernah nak berubah. Asyik kurung diri dalam bilik tu. Tak ada siapa nak layan dia lah kalau perangai masih macam tu juga!"

Khalid tersentap.

"Daddy ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau tak ada, Khalid nak hentikan perbualan ni kat sini."tawar hatinya untuk berbual dengan daddynya. Mommy ialah mommynya, masih isteri sah lagi pada daddy. Tegarnya suami sendiri berkata begitu pada isteri?

"Tak ada apa lagi dah. Tahu kamu elok sahaja, dan tenangkan hati daddy. Jaga diri,"ujar Tan Sri Syed Khairi tanpa perasan akan mood Khalid sudah berubah.

"Erm."ringkas Khalid membalas sebelum talian dimatikan. Telefon nokia itu diletakkan semula di atas meja. Perlahan, tongkatnya diletakkan dicelah ketiak, sebelum mula berjalan dengan bantuan tongkat itu.

Nur mengintai dari celah pintu tubuh Khalid melintasi biliknya. Dia ingin keluar tadi, tapi terbantut mendengar suara tegas Khalid. Entah dengan siapa lelaki itu berbual pun dia tak tahu.

Sempat dia mengerling wajah Khalid. Wajah itu muram sahaja. Baru sebentar tadi lelaki itu tersenyum. Lepas Khalid menyebut pasal mommy, muka lelaki itu bertukar masam.

"Ada masalah ke?"soal hatinya.

MAAF PENDEK. SAYA NAK TAMBAH LAGI, TAPI TAKUT TERMASUK SCENE LAIN PULA. TUNGGU NEXT UPDATE YA! THANK YOU YANG SUDI BACA, VOTE DAN JUGA KOMEN CERITA NI. BUKU NI DAH #49 IN SHOR STORY. PALING TINGGI SETAKAT NI. THANK YOU SO MUCH GUYS!❤

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now