BAB 23

1.4K 151 14
                                    

Deretan dress labuh di hadapannya dipandang risau. Dari kakinya melangkah masuk ke dalam butik ini lagi hatinya mula dirudung kerisauan.

Mana tidaknya, dia tahu butik ini antara butik terkenal di kalangan orang-orang kaya. Bekerja sepanjang hidupnya pun belum mampu untuk dia membeli baju-baju di butik ni.

Selama ini dia hanya berangan-angan untuk masuk ke butik seperti ini. Mahu melihat baju-baju yang cantik dicipta oleh pereka terkenal. Cukuplah dapat puaskan hatinya dengan hanya melihat. Lumrah perempuan kan, suka yang cantik-cantik.

Kini dia telah pun dapat masuk. Tetapi tidak terfikir pula yang dia akan memilih salah satu baju di butik ini yang sudah tentunya mahal berbanding baju-baju yang cantik di tempat lain.

Keluhan dilepaskan. Berat hatinya mahu memilih satu daripada baju dress labuh yang berderet itu. Rasa tidak selesa dan bersalah. Dia tahu bukan sekadar beratus ringgit, malah ada juga mencecah sehingga ribuan ringgit. Ya, memang mahal.

Dia menoleh melihat Sufian yang setia berdiri di sisinya dari tadi, menunggu dia memilih salah satu antara dress tersebut. Baru sebentar tadi dia tahu nama lelaki di sebelahnya ini. Itu pun setelah dia bertanya. Kalau dia tidak bertanya, mungkin sampai ke tulat dia tidak tahu.

“Kita pergi butik lain je, boleh tak?” Sufian berkerut kening. Tidak mengerti kenapa Nur mahu tempat sedangkan drese yang mereka sedang lihat cukup-cukup cantik. Dia menggelengkan kepala, tidak setuju.

“Baju ni tak cukup cantik lagi ke, Cik Nur?” Nur mengigit bibir bawah. Bohonglah kalau dia kata tidak cantik walhal kecantikkan baju-baju di hadapannya itu lebih cantik dari baju-baju yang pernah dia lihat.

Tetapi sekarang cantik bukan isunya. Harga yang membuatkan hatinya berat untuk memilih baju-baju itu. Mahu tercekik leher Syed Khalid disebabkan dia memilih baju yang mahal. Pakai hanya untuk sekali sahaja. Membazir.

Dia yang bercadang mahu menempah sahaja untuk dipakai malam hujung minggu ini nanti dicantas awal-awal oleh Syed Khalid. Katanya mampu untuk membelikannya sepasang baju. Malah lebih dari sepasang pun lelaki itu mampu. 

“Pilih sajalah baju kat sini. Tuan Khalid hanya nak Cik Nur pilih dress kat butik ini sahaja. Kualiti memang terbaik. Plus, dari pereka fesyen yang terkenal. Pilih satu, bayar dan lepas itu kita boleh balik.” Nur mengeluh dalam hati. Sufian tidak faham kerisauannya. Mungkin lelaki itu telah biasa membeli baju dari butik yang ternama. Yalah.. Gaji yang Syed Khalid beri bukannya ciput.

“Saya tahu. Tapi kita pergi tempat lainlah. Mesti ada yang cantik juga. Kat sini mahal sangat. Saya tahu bukan saya yang bayar, tapi saya cuma amalkan konsep jangan membazir je.” Sufian melepaskan keluhan kasar. Malas mahu melayan Nur, dia melihat satu demi satu dress yang tergantung.

Nur menunggu kata putus dari Sufian. Tetapi apabila sepasang dress bewarna hitam dihulurkan padanya, bahunya jatuh kecewa, Sufian tidak setuju dengan ideanya mahu ke butik lain.

“Saya tak nak. Mahal tahu tak.” Sufian mendengus geram. Dress diletakkan semula dengan kasar. Perempuan memang degil eh?

“Cik Nur ni dah kenapa? Saya suruh pilih, pilih je lah! Bukan saya atau cik yang bayar, kan? Duit bukan isu kat sini. Saya hanya ikut arahan Tuan Khalid supaya bawa cik ke sini dan pilih dress. Kerja saya dengar arahan Tuan Khalid bukannya akur arahan Cik Nur.” Dia berdiri memeluk tubuh menghadap Nur yang kelihatan seperti tersentap.

Sesaat kemudian, matanya mengisyaratkan menyuruh Nur memilih dress yang tersusun.

Tanpa banyak bicara lagi, Nur maju setapak untuk memudahkan urusannya memilih dress-dress yang terlampau cantik itu. Rambang mata dibuatnya. Nur mengigit bibir. Mulut kata tidak mahu sedangkan hatinya memberontak inginkan koleksi dari butik ini dalam almari bajunya walaupun hanya sepasang.

[OG] Selamanya Dia Where stories live. Discover now