Kerana Adam Iskandar

By jojobentelis

2.6M 88.3K 2.6K

Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusa... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19 (The Confession)
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34 (The Real Lies)
Bab 35 (The Real Pleasure)
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39 (The Azrah)
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70 (The Fani)
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Epilog
Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita

Bab 62

24.3K 875 61
By jojobentelis

Semenjak dua menjak tiga menjak ini, Hariz sering keluar malam lepak. Wan ni takde life ke asyik ajak Hariz keluar malam.

Alya mula tarik muka bila Hariz nak keluar kerana hampir setiap malam. Habistu bila masa pulak nak belajar? Hariz sekarang tidur pun dah tak cari Alya. Dia balik pukul 2-3 pagi.

"Awak tak payah lah keluar lepak lagi. Kan rumah dah ada astro. Buat apa nak tengok bola dekat mamak." ujar Alya esoknya ketika mereka sedang bersarapan.

"Alah! Awak cemburu ke? Dorang tu semua kawan lelaki lah. Takde perempuan pun." jawab Hariz. Lain Alya cakap lain dia jawab ni.

"Saya tak cakap yang tu. Saya cuma nak awak ingat. Bila masa kita nak belajar sama-sama kalau awak asyik keluar malam je. Lepastu balik dua tiga pagi. Stress lah." rajuk Alya. Dia tidak ada mood nak makan tiba-tiba.

"nah awak makan lah. Saya nak susukan Adam." Alya angkat Adam dari high chair lalu beredar masuk bilik. Hariz menjuihkan bibirnya.

"Tak buat salah buat apa nak pujuk." kata Hariz sendiri.

Alya menunggu untuk dipujuk tapi haram tak layan. Rasa nak nangis pun ada. Tapi Alya kuatkan semangat. Selesai susukan Adam, Alya buat-buatlah....

"Awak! Malam ni saya nak tidur rumah Ummi tau."

Alya terkejut bila nampak Hariz sedang main ps3. Takde keinsafan ke nak pujuk. Mamat ni aku tembak kang!

"Buat apa? Dah takde rumah ke?"

"Baik tidur rumah Ummi kalau awak pun tak nak balik sini." selamba Alya perli. Biar dia tahu rasa. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Biar kan!

"Apanya? Saya balik rumah kan!" bentak Hariz. Mula nak marah ni bila Alya cakap benda yang dia tak buat.

"Balik rumah tapi pukul 2 pagi tak ada guna. Adam perlukan perhatian ayah dia." bentak Alya pula. Dah masing-masing kepala batu ni nak buat macam mana ni.

Entah setan mana dah masuk dalam diri Hariz. "Semua benda nak salahkan aku! Aku je punya salah. Aku nak berkawan tak boleh. Kena duduk rumah tengok muka kau je. Fed up kau tahu tak!" bentak Hariz. Adam terkejut. Dia tiba-tiba memuncungkan bibir dan menangis. Alya turut terkejut dan menitiskan airmatanya. Alya terus masuk ke dalam bilik. dan kunci!

Hariz membaling ps3-nya. Dia mengetuk pintu bilik. "Ya! Sorry saya terkasar. Ya. Sayang buka pintu ni sayang." pujuk Hariz mengetuk pintu lagi. Alya menangis di dalam bilik.

"Kaklong. Ambil Alya kaklong." kata Alya di gagang telefon lalu ditutup handphone itu. Dia mengelap airmatanya. Adam dibiarkan di atas katil sementara dia kemas pakaiannya.

"Ya! Sayang. Bukalah pintu. Abang janji abang tak buat lagi." pujuk Hariz terus-terusan mengetuk. Tombol pintu yang berkunci terus-terusan dipulas. Alya dan Adam tak endahkan ketukannya. (dah pakai sayang-abang pulak dah)

"Alya. Why? Kaklong ada depan rumah korang ni." kata Kaklong di gagang telefon.

"Ok Kaklong. Alya dengan Adam turun." jawab Alya lalu menutup handphonenya. Dia menggalas beg-nya yang dikongsi dengan barangan Adam.

Alya membuka pintu bilik. Hariz pandang Alya bersama Adam dengan beg.

"Sayang! Awak nak pergi mana?" Hariz membantutkan langkah Alya. Alya pandang Hariz lalu mengeluh. "Jawapan ada pada awak." jawab Alya. Dia tolak tangan Hariz yang pegang tangannya. Dia terus mencapai flat-nya dan kasut baby Adam.

Dia terus keluar tinggalkan Hariz. Yang pelik Hariz tak kejar tu. Dia hanya pandang Alya pergi. Sebelum naik kereta, Alya ada pandang tangga rumah kedai tersebut kalau-kalau Hariz turun untuk memujuknya tapi hampas kelapa lah. Dia terus masuk ke dalam kereta.

****

"entahlah. Alya tu macam...macam..susah nak cakap. Dia tu macam susah nak tafsir. Marah sikit merajuk. Marah sikit merajuk. Kalau suara aku kuat sikit mula lah nak nangis pulak." cerita Hariz semasa dia sedang lepak.

"Biasa lah perempuan, Hariz. Perempuan memang macam tu. Manja. Lagi-lagi dengan status dia isteri kau. Mestilah dia nak attention kau." jawab Anis jadi heroin dikala Hariz cerita sedih ni.

Hariz dan Anis mula rapat sejak Hariz lepak dan dia turut lepak. Tiba-tiba boleh closed pulak. Anis jadi tempat Hariz luah perasaan. Sebab Anis heroin. Anis sorang je tahu status Hariz sebab dah Hariz suka luah masalah rumah tangga dia dekat Anis.

"Fed up lah aku kalau 24 jam nak attention aku. Aku pun kena kerja. Aku pun kena cari duit untuk dia." bengang Hariz lagi. (Hariz hang pi baek sangat pi cerita hal rumah tangga hang tu pasai pa)

"Perempuan. Itu yang kau kena faham. Dia bukan nak apa pun. Kau cakap dia i love you banyak kali. Confirm cair." cadang Anis dengan sifat heroin dia. "pergi pujuk dia. Kalau tak siapa nak gosok baju kau, siapa nak masak untuk kau, siapa nak kemas rumah kau bersepah, siapa nak jadi teman tidur kau kalau bukan dia." nasihat Anis. Hariz mengangguk.

"Kau lah tolong buatkan." cadang Hariz. "otak kau! Baju aku pun aku malas nak gosok aku hantar dobi. Ni pulak baju kau  Memang tak lah."

***

Hariz masuk ke rumahnya selepas lepak malam tu. "Ya! Nak air."

Sunyi dan gelap saja.

"Ya! Awak dah tidur ke?"

Hariz masuk ke dalam bilik. Katil kosong. Sekarang ni, baru dia sedar Alya takde dekat rumah. Dia mengeluh panjang. Dia keluar kembali dia terpicak mainan superman Adam.

"Aiii...Aiii.My name is Superman. I came to save the world!" sebut Superman milik Adam bila ditekan pada dadanya bunyi Superman tu bercakap. Sekarang, lagi lah dia rindu anaknya pula.

Sunyi rumah kalau dua-dua tu takde. Dia tidur di sofa saja.

***

Alya tidur di katil rumah mak bapak. Encik Abu ada, tapi Encik Abu ignore je Alya.

Adam sudah lama lelap. Alya pandang sekeliling bilik lama Hariz. Bilik ni luas. Tersedia bilik air dalam dia. Hariz ni pembersih bila tengok bilik dia bersih. Takde kesan conteng dinding takde.

Tuk...tukk..

"masuklah." suruh Alya. Kaklong masuk ke dalam. Dia tersenyum pada Alya.

"Adam dah tidur?"

Alya segera mengangguk. Mereka berdua pandang Adam yang sedang lena dibuai mimpi. Alya dan Kaklong berpandangan lalu ketawa.

"Alya nak masuk sekolah balik?" tanya Kaklong pegang tangan Alya. Dulu lembut kini tangan tu kasar sedikit. Pantas Alya mengangguk. Dah 3 minggu dia tak masuk sekolah. Rindu pulak rasanya pada bau bau sekolah tu.

"Esok kaklong datang sebagai lawyer nak defend Alya. ok?" Kaklong buat suara lembutnya. Alya mengangguk lalu tersenyum. Yes akhirnya!

***

Alya mencium dahi Adam buat kali terakhir sebelum dia naik swift bersama Kaklong.

Mereka tiba di sekolah. Kaklong parking tempat parking guru. Selamba! Semua murid pandang Alya dan Kaklong.

"Alya!" Terkejut Alya bila Farina menerjahnya. Gadis ni kepala dah togel dah. Buat-buatlah dia nak peluk Alya. Alya senyum kelat. Kaklong pandang Farina menyampah.

Kaklong menarik tangan Alya lari dari Farina. "Gedik nya asal tu?" Bisik Kaklong. Alya tergelak bila Kaklong mengutuk confirm kuat. Mereka tiba di pejabat.........

*anotherupdate

*Guys Hariz dengan Alya gaduh. Asal Hariz tak nak pujuk. sedihlah.

*Dont forget to leave your comment and vote below!

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar

Continue Reading

You'll Also Like

557K 17.3K 50
'Mungkin cinta pertama menyakitkan tetapi aku percaya cinta terakhir adalah cinta terindah.' ... Faiqah Adreanna.Seorang gadis yang happy-go-lucky.Di...
697K 5.6K 13
MARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang serong kerana hidupnya yang serba kekurangan...
4.5K 269 31
SYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia...
3M 75K 59
Dhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya wa...