Kerana Adam Iskandar

By jojobentelis

2.6M 88.3K 2.6K

Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusa... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19 (The Confession)
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34 (The Real Lies)
Bab 35 (The Real Pleasure)
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39 (The Azrah)
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70 (The Fani)
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Epilog
Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita

Bab 59

26.9K 930 19
By jojobentelis

Subuh yang indah. Hariz bangun dari tidurnya. Alya masih tidur berpelukan dengan Adam. Dia menggosok matanya. Sebelum dia bangun dari katil. Dia hadiahkan kiss pada pipi Adam dan Alya.

Dia berjalan ke luar. Tokwan, Puan Mariam dan Hadif sedang bersiap sedia untuk solat.

"Tunggu Riz jap. Riz ikut." kata Hariz. Dia berlari capai tualanya dan pantas mandi.
Solat subuh pagi itu diimamkan Hariz. Menggeletar dia jugalah nak imamkan solat. Maklumlah dah lama dia tak solat. Kalau solat dia tak sah, yang lain juga tak sah. Jadi dia pun gagahkan baca surah Al-quran ikut tajwid yang betul. Ada juga bacaannya sangkut.

Alya bangun dari tidur setelah langit cerah. Dia raba tempat Hariz takde orang. Hariz mesti dah bangun. Dia mencapai getah rambutnya dan mengikat rambutnya. Adam masih tak bangun tidur.

Dia ke dapur. Kelihatan Tokwan dan Puan Mariam sedang menyiapkan sarapan. Dia berjalan ke arah Tokwan dan Puan Mariam

"Sorry Alya bangun lambat." Alya meminta maaf. "takpe. Nasib Alya ada suami yang bertanggungjawab. Hariz dah basuhkan semua pinggan terbiar dekat atas meja ni. Kalau tak, Tokwan dah simbah air dekat muka Alya dah." pedas pulak ayat Tokwan ni. Tokwan gelak tiba-tiba.

"Alya mandilah dulu." suruh Puan Mariam tak nak mulut Tokwan yang belum ditapis ni cakap lebih panjang. Alya mengangguk. Dia masuk ke bilik.

"Baju dah takde. How?"

Alya ke dapur. "Ummi. Hariz dekat mana?" tanya Alya. Puan Mariam pandang Alya. "Dekat luar rasanya." jawab Puan Mariam. Alya berlari keluar. Dia terlihat Hariz dan Hadif berdiri di atas pangkin. Tengah buat concert. Hadif jadi vocalist Hariz jadi guitarist.

"Toyol..Dia datang pada ku berlari-lari, Toyol kemana ku kan pergiiii.." Hariz dan Hadif menggoyangkan kepala mereka macam orang blackmetal tengah amai pil gian.

"Awak!" jerit Alya menangguhkan concert black metal mereka buat sementara waktu. Hariz meletakkan guitar di tepi. Dia berlari ke arah Alya.

"Kenapa?"

"Awak ada baju lagi tak?"

"Asal? Nak rembat lagi? Takde takde. Nampak ni baju ni dari semalam saya pakai."

Alya tergelak tengok muka Hariz.

"Habis? Nak pakai baju apa?"

"Pinjam baju Tokwan." jawab Hariz. Alya memuncungkan bibirnya. "Jadi orang kampung sikit." kata Hariz lagi. Alya menjeling Hariz. Dia segera masuk semula ke dalam rumah.

"Tokwan. Ada baju lebih tak? Alya tak bawa baju lah." tanya Alya. Tokwan yang sedang memotong bawang pandang Alya. "Ada tu memang ada tapi Alya nak ke? Baju tu bukan baju moden. Baju orang kampung. Faham-faham jelah." sebut Tokwan. "takpe. Alya tak kisah." jawab Alya teruja. Baju apa lah yang dimaksudkan Tokwan.

"Jom." Tokwan menarik tangan Alya dibawa ke biliknya. Puan Mariam tunjuk thumbs up sambil mengelip mata pada Alya.

***

Alya selesai mandi. Dia memakai baju yang diberi Tokwan tadi. Not bad juga baju ni. Kata Alya sendiri. Dia ikat sanggul rambutnya. Baru nak keluar bilik, dia dengar bunyi Adam menguap. Itu menandakan Adam dah bangun tidur.
Alya berjalan ke arah Adam. "Anak ibu dah bangun ke?" Alya di atas Adam. Adam menggosok matanya. Alya segera mengangkat Adam dan dibawa keluar dari bilik. Kaklong baru lepas bangun dengan rambut serabai dia baru nak turun. Bila nampak Adam, dia punya happy kemain.

"Adam!" Kaklong berlari ke arah Adam. Adam pandang Kaklong seperti tak nak ditukar angkat. Adam baring di bahu Ibunya. "alah dia tak nak." Kaklong sedih. Dia pandang Alya yang berpakaian seperti ini. "Lawa kau pakai. Ini kalau aku pakai, lawak gila. Macam joyah." kata Kaklong lagi. Dia mencium Adam lalu turun ke bawah ke dapur lah maknanya.

Alya dan Adam keluar. Mereka berdua memerhati Hariz dan Hadif yang tengah menyanyi lagu.

"So far away....And i need you to need you to know.. so far away...." Hadif nyanyi lagu black metal So Far Away By Avenged Sevenfold. pulak dah.

Nasib kampung Tokwan takde jiran. 200 meter berjalan, baru ada jiran. Kalau tak, dah kena baling telur dah.

"Tengok tu baba." Alya tunjukkan Hariz yang seperti synester gates. Penuh feel semasa main gitar.

"Alya. Panggil Hariz dengan Hadif suruh sarapan sama-sama jom." ajak Puan Mariam. Alya mengangguk. Dia pun panggil Hadif dan Hariz.

Hariz tergelak sebaik lihat Alya pakai baju Tokwan.

"buruk ke?"

"Buruk." jawab Hariz selamba. Kurang asam punya Hariz. Alya mengharapkan dia puji malah kutuk dia dapat.

"Jom Adam. Kita tinggalkan baba. Gedik. Mentang-mentang ada budak perempuan lalu sini tadi, bukan main gatal." kata Alya. Pandai je Alya cipta ayat. Bila masa pulak ada budak perempuan lalu.

"Ada tadi. Kawan Tokwan dua orang minta wechat saya. Saya jual mahal. Dia jual murah. Saya kelip mata dekat dia." balas Hariz lagi menyakitkan hati Alya. Dia nak sakitkan hati Hariz, balik-balik dia yang sakit hati!

Eh jap! Kawan tokwan? Ada wechat? Dunia dah maju.

***

Selepas bersarapan, Tokwan bercadang suruh Hariz bawa Alya pusing kampung. Alya teruja.

Hariz press motor ex5 sengaja suruh Alya cepatkan langkahnya bersama Adam. "Bising lah bunyi dia." marah Alya. Hariz lagi kuatkan. Adam mula nangis dengan bunyi kuat itu.

"tengok! Adam dah nangis. Tak nak naik lah." Alya patah balik. Dia pujuk Adam menangis sambil duduk pangkin. Hariz turun motor. Dia datang ke arah Alya terus dia angkat Adam. Dia bawa Adam jauh dari Alya.

Dengan kuasa kebapaan Hariz, Adam diam. Dia menggigit jarinya bila dihulurkan pada Ibunya. "Dah jom naik!" ajak Hariz. Alya segera naik bersama Adam.

Hariz bawa motor pusing kampung bersama Alya dan Adam. Alya pastinya malu dengan baju Tokwan tu bawa jalan-jalan kampung. Adam dapat angin free.

Bila dah sampai rumah Tokwan balik, Kaklong dan Hadif sudah bersedia untuk bergilir. Tiba giliran mereka pulak naik tapi...

"kau jaga Adam kejap kak. Bagi aku time jap." Kata Hariz. Hariz suruh Alya serah Adam pada Kaklong. Kaklong pun sambut Adam.

"1 minit je." kata Kaklong lagi. Fikir Hariz nak dengar satu minit tu?

Dia bawa Alya ke kawasan air terjun.

"Bestnya air terjun." Alya merendamkan kakinya di dalam air terjun. Hariz duduk sebelah Alya selepas singkatkan seluarnya.

Mereka diam. Tak tahu nak cakap apa. Alya baring di bahu Hariz.

"Bestnya kahwin muda." kata Hariz membuatkan Alya terkejut. Alya angkat kepalanya. Dia padang Hariz dengan pandangan 'apa maksud awak?'

"yelah bestlah. Semua benda halal." kata Hariz lagi. Dia tergelak tiba-tiba. Alya geram dah ni. Dia terus percik air ke arah Hariz.

"Ya! Janganlah dah lah awak ambil baju saya lepastu nak basahkan baju ni pulak. Jangan buat hal." Hariz menjauh dari kawasan air terjun. Alya menjelir lidah pada Hariz.

"Tengok tu rumah Kumbang." tunjuk Hariz pada Alya. Rumah Paklong.

"Rumah Kumbang?" alya pelik.

"Kumbang kan suka bunga macam Pak Long lah. Kumbang tiga bunga. Itu pun ada hati nak bunga orang." kutuk Hariz. Boleh tahan Hariz ni.

"Jahat awak. Kesian Paklong."

"eh dah ada scandal baru ke? Paklong pulak scandal awak?"

"Eeeeeeyyy mana ada."

"Habis tu?"

***

"Nak tengok kitorang tunjuk kepakaran." kata Hadif. Alya muka tanda tanya.

"Kau jatuh padan muka eh." kata Kaklong tapi dua-dua adiknya tak nak dengar. Hariz naik motor, Hadif membonceng di belakang. Hariz press motor kuat-kuat. Lalu dia willy kan motornya membuatkan Alya menutup mata Adam yang diangkat Kaklong yang turut memerhati. Ternganga Alya tengok Hariz willy dan weekang motor. Hadif di belakang membuat aksi.

"Tu luka dengan kaki dengan tangan Hariz tu sebab willy lah." Kata Kaklong

"Bergaya tak?" tanya Hadif mempacakkan rambutnya. Tajam saja rambut Hadif.

"Macho tak?"

"tak. Awak patut tambahkan parut dekat kepala awak pulak lepasni" perli Alya risau bila Hariz buat aksi gila tadi

*anotherupdate

*Dont forget to leave your comment and vote below!

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar

Continue Reading

You'll Also Like

6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
2M 97.2K 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang ya...
330K 17.4K 47
" i will not accept the reality of our story " > " I don't need any languages to say that i love you " Perasaan itu had...
116K 2.6K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...