Kerana Adam Iskandar

By jojobentelis

2.6M 88.3K 2.6K

Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusa... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19 (The Confession)
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34 (The Real Lies)
Bab 35 (The Real Pleasure)
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39 (The Azrah)
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70 (The Fani)
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Epilog
Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita

Bab 54

26.3K 985 25
By jojobentelis

Seminggu berlalu...

Azrul hanya mengurungkan dirinya di bilik. Dia keluar bilik untuk makan dan mandi lepastu menguncikan dirinya di dalam bilik. Mamanya kesian terhadap anak terunanya tapi apa dia boleh buat. Itu lah yang mama Azrul rasa bila ayah Azrul meninggal kira-kira 2 tahun dahulu

Majlis tahlil arwah sudah selesai 4 hari lalu di rumah Mak Athirah. Ramai orang meratapi pemergian Athirah. Azrul tak pergi ke tahlil arwah.

Aku tak sanggup tengok airmata Mak Athirah. Aku tak sanggup kenang rumah tu. Aku tak sanggup tengok bilik Athirah. itu yang diperkatakan dia bila Aiman, Mirul dan Hariz mengajak. Bila kenangkan balik, banyak memori dalam rumah tu.

Azrul selesai mandi. Dia memakai bajunya. Dia pandang dirinya di cermin. Dia membetulkan rambut yang seminggu tak letak pomade atau pun tak sikat. Eyeball nya hitam. Pipinya cengkung. Mukanya berubah 70 peratus dalam masa seminggu.

Azrul cuba. Dia mempersiapkan dirinya seperti sebelum ni semasa dia mahu keluar dating dengan Athirah. Dia pakai pomade, dia sikat rapi rambutnya.

Dia keluar dari bilik. Kelihatan mamanya sedang menonton tv sendirian.

"Mama! Arul nak ikut Uncle Daddy!" satu ungkapan daripada Azrul supaya dia dapat teruskan hidupnya. Dia tak boleh terus-terusan macam ni.

***

Alya datang ke sekolah seperti biasa walaupun sejak Athirah meninggal seminggu yang lalu, sekolah bercuti 3 hari bagi menghormati arwah Athirah yang dibunuh depan sekolahnya sendiri. Selepas itu, sekolah start seperti biasa semula.

Alya sedih bila Athirah meninggal kerana kalau Hariz lepak dengan kawan-kawannya Athirah lah jadi peneman Alya untuk berbual. Sekarang dah takde!

"Alya. Sini!" panggil Puan Aisyah pada Alya. Alya terkejut tapi dia pergi jelah ikut arahan Puan Aisyah. Bila dia masuk ke dalam pejabat kelihatan Puan Aisyah, Puan Naemah, Cikgu Faiz, Encik Faruk. Mereka memandang Alya. Alya masuk je lah dalam.

Puan Aisyah duduk di sebelah Alya di sofa. "Semasa kejadian haritu, kami cikgu-cikgu nampak awak berpeluk dengan Hariz. Bekas pelajar samseng sekolah ni."

Alya sudah gementar. Dia mula takut. Dia diam tak bersuara.

"Saya nampak awak dengan Hariz berdua-duaan dalam rumah yang awak tulis alamat dekat buku laporan." sampuk Cikgu Faiz. Alya masih diam tunduk.

"Dan Puan Naemah pula pernah nampak awak dan Hariz berpelukan di atas motor. Awak tahu kan batas pergaulan?" cerita Puan Aisyah. Alya mengangguk.

"Jadi kenapa awak berdua-duaan dalam rumah. Itu salah di sisi agama. Awak tahu kan?" Encik Faruk sampuk tegas. Ini kali pertama Alya dimarahinya.

"Awak tahu tak kes pembunuhan tu dah mencemarkan nama sekolah ni. Dan sekarang kes awak yang tak tahu jaga batas pergaulan antara lelaki perempuan boleh mencemarkan lagi nama sekolah ini!" tambah Encik Faruk sungguh tegas. Alya hanya tunduk. Airmatanya bertakung menunggu empangan dibuka sebelum menitis. Alya ni pantang kena marah pasti berjurai-jurai 

"sekarang awak nangis. Nangislah!" marah Encik Faruk. "Sabar cikgu." Cikgu Faiz menenangkan Encik Faruk.

"Tak! Saya tak buat apa salah pun." balas Alya melawan kata Encik Faruk. Dia tak sanggup dituduh sebegitu.

suka hati dia lah nak peluk Hariz pun. Laki dia. Suka hati dia lah nak duduk serumah dengan Hariz pun. Laki dia. Suka hati dia lah nak naik motor dengan Hariz pun. Laki dia.

"awak tak buat salah apa? Awak peluk tu bukan muhrim tau. Kalau takde angin masakan pokok bergoyang." tengking Encik Faruk. Alya menangis berjujuran.

"Cikgu Faiz. Tolong call keluarga angkat Alya suruh mereka bawa balik Alya." suruh Puan Aisyah. Alya terkejut pandang Puan Aisyah.

Sementara menunggu Puan Mariam untuk datang, Alya masih di pejabat bersama Puan Naemah dan Cikgu Faiz memandangkan Encik Faruk dan Puan Aisyah ada kelas pagi.

Tak lama kemudian, Puan Mariam datang bersama Adam dibawa ditolak stroller. "Assalammualaikum."ucap Puan Mariam. Alya pandang Puan Mariam. Puan Mariam segera datang ke arah Alya.

"Waalaikumsalam." jawab Puan Naemah dan Cikgu Faiz serentak. Puan Mariam berjabat tangan dengan Puan Naemah sementara Cikgu Faiz cuma senyum. Puan Aisyah dan Encik Faruk turun sebaik di telefon bahawa Puan Mariam dah sampai.

"Begini, Puan. Kami pinta supaya anak angkat Puan untuk duduk di rumah buat sementara waktu menjalani hukuman gantung sekolah terhadapnya." cerita Encik Faruk dalam nada seperti seorang guru yang professional.

"Apa sebabnya? Anak saya buat apa?"

"Baru-baru ni terdapat kes pembunuhan di hadapan sekolah ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama sekolah ini. Jadi, kami minta kerjasama puan untuk tidak perlu hantar Alya ke sekolah sebelum kami menyelesaikan masalah ini." cerita Puan Aisyah pula. Puan Mariam mengangguk faham.

"Tapi anak saya buat apa?"

"Saya rasa elok Puan tanya sendiri."

"Alya buat apa?"

"Ok Ummi tahu. Hariz kan?" Puan Mariam tanya dia jawab. Alya mengangguk.

***

Alya pulang bersama Puan Mariam ke rumah.

"Cikgu tu buat-buat tak percaya pulak. Ummi smackdown dia nanti baru tahu." sempat pulak Puan Mariam melawak. Alya tergelak lihat Puan Mariam.
"Alya! Cikgu baju biru tie hitam tu siapa?"

"Ouh Cikgu Faiz. Cikgu Add math Alya dengan guru kelas Alya ganti cikgu Alya cuti bersalin." cerita Alya. Puan Mariam tersenyum. "Kenapa mi?"

"Umur diaa berapa?"

"Dalam 25  27 macam tu. kenapa?"

"Kaklong tu. Kalau ummi jodohkan ok tak? Cikgu tu nampak baik je." Puan Mariam sudah tertarik dengan keperibadian Cikgu Faiz.

Habislah!

***

Hariz pulang ke rumah seperti biasa. Harini Encik Abu outstation sehingga Isnin. Jadi tiga hari Encik Abu tiada di rumah.

"Mi! Alya dengan Adam mana?"

Puan Mariam yang sedang menonton menunjukkan ke atas.

"Alya kena gantung sekolah." Kata Puan Mariam membantutkan langkah Hariz untuk panjat tangga. Hariz datang ke arah Puan Mariam. "Sebab?" 

"Sebab cikgu sekolah Riz nampak Riz dengan Alya. Ummi cakap korang dah kahwin. Dorang tak percaya. Ummi malas nak layan ummi bawak Alya balik." cerita Puan Mariam. Hariz mengangguk. Dia menggaru kepala bangun dan berjalan mendaki anak tangga.

"Hujung minggu ni Ummi nak balik kampung. Riz ikut lah bawak anak bini jumpa Paklong, Maklong, Bulong, semua lah. Kesian Alya dengan Adam tu nak tengok juga suasana kampung." tegur Puan Mariam. Hariz pandang ibunya. Dia mengangguk dan terus mendaki anak tangga ke bilik. 

Bila di dalam bilik dia dengar...

"Mommy Shark dodododo mommy shark dodododo mommy sharkk dodododo mommy shark!"

Terdengar suara Alya menyanyi segera Hariz datang sambung nyanyi..

"Daddy shark dodododo daddy shark dodododo daddy shark dodododo daddy shark."

Adam terlihat babanya sudah pulang. Dia yang baring di sebelah ibunya berusaha untuk bangun dan terus merangkak ke arah babanya.

Hariz mengangkat Adam lalu terus mencium pipi Adam. "Alvarozz ass guess dodoss Adamooss lovies daddooss." sebut Hariz. Alya berkerut.

"Awak cakap apa tu?"

"Tak boleh tahu. Itu ayat orang yang bakal jadi ayah je dengan seorang ayah je." Kata Hariz mengangkat kening berlagak.  Alya membuat muka malas nak layan.

"Awak nak makan?"

"Ummi kata kita stay sini je. Esok sabtu awak cuti kan?" tambah Alya lagi. Hariz mengangguk. Dia mengangkat Adam alah superman terbang. Mereka masing turun ke bawah.

*anotherupdate

*Nak jadi cerita ni good balik. I need time. Sebab I sedih Athirah meninggal.

*Dont forget to leave your comment and vote below!

*Keep Supporting Kerana Adam Iskandar. 

Continue Reading

You'll Also Like

6.7K 670 10
Amir Luthfan. Ara Adelia. Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18...
309K 12.3K 21
•B O O K F O U R• (COMPLETE) ✔️✔️ ~•𝖒𝖞 𝖘𝖊𝖈𝖗𝖊𝖙 𝖇𝖗𝖚𝖙𝖆𝖑 𝖜𝖎𝖋𝖊•~ Korang kena baca story ni ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••...
557K 17.3K 50
'Mungkin cinta pertama menyakitkan tetapi aku percaya cinta terakhir adalah cinta terindah.' ... Faiqah Adreanna.Seorang gadis yang happy-go-lucky.Di...
618K 39K 79
1ST TEENFICTION BY _AISYWA [ TEEN FICTION+ROMANCE ] Cover by, @MisZnerD Kisahnya bermula saat pindah ke sekolah baru yang membuatkan dirinya penuh ke...