Beast And A Voyage ~Chapter 1~

By AdaHaris

386K 37K 1K

Satu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend sa... More

Prolog
part 1
part 2
part 3
part 4
Part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 24
part 25
part 26
part 27
part 28
part 29
part 30
part 31
part 32
part 33
part 34
part 35
part 36
part 37
part 38
part 39
part 40
part 41
part 42
part 43
part 44
part 45
part 46
Iklan sebentar bersama kit kat
part 47
part 48
part 49
part 51
part 52
part 53
part 54
part 55
part 56
part 57
part 58
part 59
part 60
part 61
part 62
part 63
part 64
part 65
part 66
part 67
part 68
part 69
part 70
part 71
part 72
part 73
part 74
part 75
part 76
part 77
part 78
part 79
part 80
part 81
part 82
part 83
part 84
part 85
part 86
part 87
part 88
part 89
part 90
part 91
part 92
part 93
part 94
part 95
part 96
part 97
part 98
part 99
part 100
part 101
part 102
part 103
part 104
part 105
part 106
part 107
part 108
part 109
part 110
part 111
part 112
part 113
part 114
part 115
part 116
part 117
part 118
part 119
part 120
part 121
part 122
part 123
part 124
part 125
part 126
part 127
part 128
part 129
part 130
part 131
part 132
part 133
part 134
part 135
part 136
part 137
part 138
part 139
part 140
part 141
part 142
part 143
part 144
part 145
part 146
part 147
part 148
perhatian

part 50

2.4K 245 3
By AdaHaris

Ps,, sis dah tukar nama Red Pigeon jadi 'Jackdaw Ibis'.. harap maklum 😁

.....................................................

"Hahahahahah. Jarang aku jumpa anak muda yang bersemangat macam kau ni budak. Tapi, aku rasa kau patut fikir 2 kali untuk teruskan rancangan kau tu. Izarus tu kuat. Bila-bila sahaja dia boleh musnahkan pulau ni. Apa kau boleh buat untuk kalahkan dia?" Soal Falcon bersama sisa-sisa ketawanya.

"Eh belum cuba belum tahu pak cik. Kejap, siapa Izarus tu?" Soal Theo kembali.

"Itulah dewa laut yang kau nak belasah tu."

"Pak cik kenal dia?"

"Aku dah jadi penjaga selatan pulau ni dah 40 tahun. Sebelum Izarus muncul lagi. Sudah tentulah aku tahu siapa dia."

"So, ceritalah. Tunggu apa lagi?"

"Kau ni betullah tak menyabar. Untuk pengetahuan kau, budak muda. Sebenarnya, Izarus adalah bekas banduan Lethal Isle. Satu-satunya banduan yang berjaya larikan diri dari Lethal Isle 30 tahun dulu." Theo membutangkan matanya luas.

"Lethal Isle? Macammana dia boleh larikan diri dari tempat tu?" Falcon menggeleng perlahan.

"Manalah aku tahu. Nanti bila kau jumpa dia, kau tanyalah sendiri. Jadi, disebabkan Liberie adalah pulau terdekat, Izarus dan anak-anak kapalnya mengambil keputusan untuk terus tinggal kat sini dan menggelarkan dirinya sebagai dewa laut untuk mengaburi mata pihak Eagle. Sumpahan yang penduduk Liberie takutkan tu adalah langkah berjaga-jaga mereka untuk menjauhkan pihak Eagle dari pulau ni." Jelas Falcon membuatkan Theo sedikit ternganga.

"Saya dah cakap! Dewa laut tu tak wujud! Hahaha!" Gelak Theo kuat.

"Memanglah dia tak wujud. Tapi, Izarus tu tetap kuat. Kalau tak, takkan dia boleh lari dari penjara utama Azurea. Rupanya saja bukan manusia."

"Dia bukan manusia?" Falcon menggeleng perlahan.

"Sebab itulah dia pernah menjadi lanun yang paling ditakuti Azurea satu ketika dulu. Ketika Blackstone Balthier masih belum menempa nama lagi di dunia ni. 70 tahun dulu."

"Dah tua rupanya dewa tu ya, pak cik?"

"Hahahah. Kan aku dah cakap dia bukan manusia. Jangka hayat dia mampu mencapai beratus tahun. Tenaga dia juga 3 kali ganda dari manusia biasa. Kau masih nak teruskan dengan rancangan kau tu?" Theo tersengih.

"Alah setakat orang tua tu apalah sangat."

"Over confident betul ya kau ni. Dah kau tak nak pergi lagi ke? Dah siang dah kat luar tu." Theo pantas bangkit lalu berlari keluar dari gua bersama Falcon yang berjalan perlahan di belakangnya. Terasa hangat cahaya matahari yang bersinar terik di celah-celah pokok-pokok bakau yang tumbuh meninggi. Tanah yang mereka sedang berpijak itu juga kebanyakannya adalah akar-akar pokok bakau yang besar dan menjalar. Gua yang mereka tinggal itu juga diperbuat dari akar yang melekat pada batu yang besar. Waktu malam tempat ini sememangnya sangat menakutkan. Tetapi apabila siang menjelma, tempat itu kelihatan lebih cantik berbanding seram.

Di sisi gua terdapat sebuah tebing yang menghala ke alur sungai yang yang panjang. Hujung kanannya bersambung terus ke dalam hutan manakala kirinya bersambung ke laut luas. Tiba-tiba mata Theo tertangkap satu makhluk sedang memandangnya sambil tersenyum di tebing sungai. Makhluk itu berwarna kuning kehijauan. Dan Theo terkedu.

"B-b-besarnya penyu!!!" Jeritnya tiba-tiba membuatkan Falcon ketawa kuat. Memang, makhluk itu adalah seekor penyu. Yang saiznya 2 kali ganda dari mereka. Dan penyu itu sedang tersenyum ke arahnya.

"Hahah. Ini Lily. Dia yang dah selamatkan kau malam tadi." Falcon menggosok-gosok perlahan kepala si penyu yang masih lagi tersenyum itu.

"Lily ni satu-satunya kawan aku kat sini. Aku bela dia sejak dia sebesar tapak tangan kau tu lagi." Theo menggaru kepalanya perlahan sebelum mendekati Lily.

"Hehe. Sorry Lily. Thanks tau sebab dah selamatkan aku." Lily membuka mulutnya saat Theo menggosok perlahan kepalanya. Theo hanya ketawa perlahan.

"Kalau kau nak cari kawan-kawan kau. Lily boleh tolong kau. Lebih selamat kalau kau lalu jalan air." Ujar Falcon. Theo hanya mengangguk perlahan. Lily pantas merapatkan cengkerangnya ke sisi tebing supaya senang untuk Theo memanjat naik. Theo mengangguk perlahan sebelum memanjat naik dan bersila di atas cengkerang milik Lily.

"Terima kasih pak cik. Saya janji dengan pak cik, saya akan kalahkan orang tua tu!"

.................................................................

Ken membuka matanya perlahan. Kepalanya yang terasa berdenyut-denyut itu dipegang.

"Bangun pun kau." Ujar Coda. Ken memandang sekeliling.

"Kita kat mana ni?" Soalnya perlahan.

"Macam yang kau tengoklah. Kita kat dalam penjara." Balas Aigle pula. Ya, di sekeliling mereka terdapat palang-palang besi yang membentuk sebuah kotak yang besar. Kesemua rakan-rakannya masih berada di situ. Dan di bahagian luar, keadaannya gelap sekali. Hanya diterangi satu lampu minyak tanah yang diletakkan di sisi penjara yang mereka duduki sekarang ini.

"Siapa yang tangkap kita?" Soal Ken lagi memandangkan dia orang yang terakhir sedar. Namun, rakan-rakannya hanya menjungkitkan bahu.

"Kenapa tak pecahkan je sangkar ni?"

"As you can see, Ken. We don't have any of our swords with us." Ujar Xara.

"Alah. Setakat sangkar macam ni. Sekali tendang je ni." Ken cuba untuk berdiri sebelum dia kembali tumbang ke lantai.

"Apa? Kenapa kaki aku lemah semacam ni?"

"Satu lagi kitorang lupa nak cakap. Kita tak boleh bergerak." Ujar Coda membuatkan Ken memandangnya pelik.

"Wah. Ada 6. Kenyanglah kapten hari ni." Ujar satu suara yang sedikit pelat. Dia berjalan mendekati sangkar. Dan seperti sebelum ini, dia masih memakai kerudung hitam dan topeng yang menutup keseluruhan wajahnya.

"Boleh aku tahu... apa tujuan korang ke sini?" Soalnya lagi.

"Mestilah nak belasah kau!" Jerit Ken sebelum dihalang oleh Xavier.

"Apa kau dah buat pada kitorang?" Soal Xavier sambil memandang tajam ke arah makhluk berkerudung itu.

"Oh. Itu racun dari raksasa laut. Jangan risau. Ia akan hilang sekejap lagi. But, when that happens, you're already be inside Captain's stomach. Hahah. Bye. Seronok jumpa korang." Makhluk itu kemudiannya melompat sebelum menghilangkan diri di sebalik kegelapan bilik itu.

"Aku rasa, kita dah masuk rumah dewa laut tu." Ujar Peter.

"Dewa laut makan orang?" Soal Aigle pula membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

3.7K 397 15
[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 t...
241K 2.3K 5
"Dunia ni... Masih wujud lagikah keajaiban dan keadilan?" Kehidupannya sentiasa ditentukan dan ia membuatkan dirinya terseksa, namun tidak dapat untu...
383K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
550 Tahun By Mai

General Fiction

2.8K 241 93
Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping...