part 68

2.4K 225 8
                                    

"Kau siapa?" Soal Ken sebaik sahaja mereka berjaya menyusup keluar dari markas terbesar Eagle itu. Orang yang membantu mereka sememangnya sudah tahu semua selok belok bangunan itu. Setiap jalan-jalan rahsia semuanya sudah dihafalnya. Jadi, mereka berjaya keluar dari markas itu tanpa disedari sesiapa pun. Sekarang, mereka berada di dalam sebuah rumah yang agak kecil berbanding rumah-rumah lain di Seavierra. Dan rumah itu letaknya jauh dari pusat bandar.

"Kenapa kau tolong kitorang?" Soal Xavier pula. Orang itu masih membelakangi mereka. Kepalanya sedikit tertunduk.

"Terima kasih sebab dah tolong kitorang. Tapi, siapa kau sebenarnya?" Soal Xara pula. Theo dan Aigle hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah orang berkerudung litup itu. Tiba-tiba orang itu berpusing ke belakang. Wajahnya masih tersembunyi. Perlahan-lahan dia menarik kerudung yang menutupi kepalanya lalu menyerlahkan wajahnya yang membuatkan semua yang berada di situ terkejut beruk kecuali Aigle.

Xavier yang paling terkejut di antara mereka. Sehinggakan dia terjelepuk di atas lantai. Semuanya terdiam tidak terkata. Orang itu adalah seorang gadis. Wajahnya cantik, putih. Rambutnya berwarna coklat diikat toncang. Pakaiannya tidak kelihatan mewah walaupun dia tinggal di Seavierra. Tapi, bukan itu yang membuatkan mereka terkejut. Tetapi persamaan wajah gadis itu dengan seseorang yang membuatkan mereka kehilangan kata-kata.

"M-mel?" Soal Xara. Gadis itu tersenyum.

"Mel?" Soal Ken dan Theo pula. Gadis itu memerhatikan satu-persatu wajah yang berada di hadapannya sebelum dia berhenti pada wajah Xavier yang masih lagi di atas lantai. Dengan mulutnya sedikit menganga akibat terlalu terkejut.

"Hai guys.. lama kita tak jumpa." Ujar gadis itu. Pada awalnya dia tersenyum manis, tetapi beberapa saat kemudian, air mata mula merembes keluar bagaikan air terjun dari kedua-dua belah matanya. Pantas Xavier yang masih terduduk di atas lantai itu dipeluknya erat.

"Me-Mel?" Tangan Xavier kelihatan menggigil saat dia membalas pelukan gadis itu. Tanpa sedar air matanya turut sama mengalir.

"Mel.... Mel.. Mel! Mel!!" Xavier menangis teresak-esak. Pelukan dikemaskan.

"Aku rindukan kau!!!" Jerit lelaki itu kuat.

"Apa semua ni?" Gumam Aigle perlahan. Dia yang masih terpinga-pinga itu langsung tidak faham situasi yang sedang mereka lalui sekarang.

...................................................................

9 tahun yang lalu...

Kampung Suria
Kepulauan Rossenate

Aktiviti di Kampung Suria berjalan seperti biasa. Identitinya sebagai pusat perdagangan ke-3 terbesar di Azurea membuatkan kampung itu lebih sibuk berbanding kampung lain di Kepulauan Rossenate. Tiba-tiba, sebuah kapal yang sangat besar berlabuh di perlabuhan Suria. Kapal itu berwarna hitam. Sehelai jolly roger yang agak dikenali berkibar megah di puncak layarnya. Membuatkan orang-orang di situ gementar. Seorang lelaki dengan gaya rambut diikat ekor kuda melangkah turun dari kapal melalui sebuah papan yang dibentangkan dari deck ke lantai jeti. Para pengikutnya berjalan mengikuti kapten mereka dari belakang. Ada juga yang melompat dari deck terus ke lantai kayu jeti.

Kehadiran lanun itu membuat kacau di pekan Kampung Suria. Habis gerai-gerai jualan di situ dimusnahkan dan diterbalikkan.

"Hentikan! Tolonglah hentikannya!" Ujar seorang lelaki yang agak berisi memakai kaca mata tanpa bingkai. Dia adalah Mest, ketua kampung Suria. Dia dan beberapa orang penduduk kampung lain cuba untuk menghalang lanun-lanun itu tetapi dengan mudah sahaja mereka ditolak ke tanah.

"Apa yang kalian mahukan? Tolonglah. Kalau emas yang kalian cari, ambillah seberapa banyak yang kalian nak. Tolonglah jangan buat kacau dekat sini." Ujar Ketua kampung Mest. Kapten mereka mendekati lelaki berkaca mata itu lalu melutut di hadapannya. Selaras dengan Mest yang kini sedang terduduk di atas tanah
Wajahnya dirapatkan.

"Kau kenal siapa aku?" Soal lelaki itu. Mest mengangguk laju.

"K-kapten Hans.. dari Lanun Arkida." Hans tersengih.

"Apa yang kalian cari kat sini?" Soal Mest lagi.

"I'm seeking for the beast. Where is he?" Soal Hans dengan nada yang mendatar. Mest berkerut dahi.

"Beast? K-kenapa kau cari dia?" Soal Mest lagi.

"Itu urusan aku dengan dia. Just tell me where he is, or I'll destroy this filthy village!" Tegas Hans membuatkan semua yang berada di situ kecut perut.

"Tok ketua.. bagitahu saja dia!" Bisik salah seorang penduduk kampung yang berada di sisi Mest.

"Tok kenal kan Kapten Hans. Dia mampu buat apa saja untuk dapat apa yang dia nak." Bisik seorang lagi. Mest melepaskan keluhan berat.

"Aku tak tahu dia di mana sekarang, jadi lebih baik kau pergi tanya ayah dia sendiri." Ujar Mest. Kapten Hans berdengus sebelum menarik leher baju Mest sehingga badan lelaki yang agak berusia itu terangkat ke udara.

"Lead the way." Ujar Hans.

....................................................................

Ingat lagi tak sape Mel ni? Kalau tak ingat, korang bolehlah bukak balik buku ni ke beberapa chapter terawal. Author ade mention nama Mel tapi belum story mory apa yang sebenarnya jadi ke dia. Hihi. Ni baru nak masuk story dia. Keep on reading, okey..

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now