part 73

2.3K 232 1
                                    

The Big Wall of Seavierra
East gate

Seorang anggota Eagle sedang leka meneropong ke arah pulau Seavierra yang dilimpahi cahaya walaupun pada lewat malam. Beberapa minit yang lalu, siren kecemasan telah dibunyikan. Dan mereka mendapat khabar yang banduan-banduan yang baru ditangkap siang tadi telah berjaya melepaskan diri. Jadi, mereka yang berada di pintu gerbang itu perlu bersiap siaga. Kemungkinan besar yang para banduan itu bakal menghala ke sini. Empat pintu gerbang Seavierra telah diarahkan tutup selama 48 jam.

Head of Eagle Headquaters
Seavierra

"Bodoh! Disebabkan kebodohan korang, aku akan pastikan penduduk Liberie akan terima balasannya!" Ngomel Kolonel Kunyit sambil berjalan laju menghala ke pintu keluar. Tiba-tiba kepalanya dipukul kuat dari belakang sehingga dia terdorong ke hadapan. Kunyit berpaling ke belakang. Kelihatan Kolonel Aeros sedang tersengih memandangnya.

"What was that for?" Soal lelaki itu.

"Sentuh penduduk Liberie, dan kau akan berdepan dengan aku." Ujar Aeros sebelum berlalu pergi bersama Mel dan Emmer. Kunyit mencebik sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.

"Cis. Ingat aku takut?" Ngomelnya walaupun pada hakikatnya dia sudah kecut perut mendengar ugutan lelaki yang lebih tua itu. Kalaulah dia terpaksa berdepan dengan Aeros dalam satu perlawanan satu lawan satu, dia lebih rela menyerah kalah. Daripada teruk dibelasah oleh lelaki itu.

The Big Wall of Seavierra
East Gate

"Aku dah nampak pintu keluar!" Ujar Aigle sambil meneropong ke arah pintu gerbang besar tidak jauh dari mereka. Theo merapati kepala Ibis.

"Apa plan kau Theo?" Soal Xara. Theo tersengih.

Anggota-anggota Eagle terus bersiap siaga saat sebuah kapal kecil berwarna merah mendekati pintu gerbang timur. Senjata masing-nasing dikeluarkan. Sebaik kapal kecil itu merapati, salah seorang anggota Eagle yang pakaiannya sedikit berlainan dari anggota lain mara ke hadapan. Mungkin ketua mereka.

"Kalian tak boleh keluar dari pulau ni. Pintu ini diarahkan tutup untuk 48 jam." Ujar lelaki itu. Di atas deck kapal kelihatan 4 orang remaja sedang berdiri tanpa gentar.

"Kitorang nak keluar. Buka pintu ni." Ujar Theo. Pantas anggota Eagle yang lain mengangkat senjata mereka tinggi ke arah 4 sekawan itu.

"Sorry. But we can't let you." Ujar lelaki tadi sebelum semua yang bersenjatakan senapang mula memuntahkan peluru mereka. Habis bocor sisi kapal Ibis terkena peluru-peluru itu. Pantas mereka melompat lalu menyerang anggota-anggota Eagle. Mereka tidak boleh biarkan Ibis dimusnahkan macam tu sahaja.

Di dalam sebuah bilik yang agak besar di sebuah bangunan batu yang dibina di sisi gerbang tersebut, kelihatan beberapa orang anggota Eagle sedang bersiap sedia. Terdapat sebuah kunci besar di situ. Dan beberapa orang tentera Eagle sedang berdiri mengelilingi kunci tersebut. Mereka langsung tidak bergerak walaupun kekecohan jelas kedengaran dari bahagian luar.

Lelaki berpangkat ketua itu kelihatannya sedang bercakap melalui satu alat yang sangat aneh. Ianya sebuah kotak berwarna hitam. Dan terdapat wayar bergelung menyambungkan satu kotak hitam kecil di tangan lelaki itu dengan kotak hitam yang lebih besar tersebut. Pada kotak hitam besar itu terdapat lambang Eagle terpampang di situ.

"Kolonel! Mereka di East Gate! Kami sedang cuba untuk hentikan mereka! Tapi, nampaknya, tenaga kami semata tak mampu nak halang mereka. Kami hanya mampu melengahkan mereka!" Ujarnya cemas. Tiba-tiba kedengaran satu suara dari kotak hitam itu.

"Jangan biarkan mereka mendekati the Key. Jangan sampai pintu gerbang terbuka! Kami dalam perjalanan. Cuba bertahan sampai kami tiba!"

"Baik kolonel." Lelaki itu meletakkan kotak hitam kecil di tangannya ke dalam sebuah lubang yang sama saiznya di atas kotak hitam yang lebih besar. Dia memandang ke hadapan. Ke arah medan perlawanan antara tentera-tentera Eagle dengan 4 orang lanun. Dan nampaknya, mereka sedang kalah dan 4 lanun itu sedang menang.

"Sekejap. Kenapa 4 saja?" Gumamnya perlahan. Di mengira semula. Seorang lelaki berparut pelik di bahagian matanya, seorang gadis bersenjatakan pedang berwarna putih, seorang lelaki yang turut bersenjatakan pedang 2 bilah dan seorang gadis bersenjatakan senapang bercorak cantik.

"Mana seorang lagi?" Soalnya.

"Chief! Kapal Kolonel Zaffrine sudah kelihatan!" Jerit salah seorang tentera bersenjatakan pedang. Lelaki itu tersenyum lega sebelum mengangguk.

"Theo! Kapal tu milik salah seorang kolonel!" Jerit Xara sebaik menyedari sebuah kapal Eagle sedang mendekati pintu gerbang itu dari kejauhan. Theo mengetap gigi. Walaupun sekarang dia ingin sekali berlawan dengan salah seorang dari kolonel-kolonel itu, tetapi, mereka sudah kesuntukan masa. Mereka perlu keluar dari tmepat itu dengan segera.

"Mana Ken ni!?" Jerit Aigle. Tiba-tiba pintu gerbang besar itu terbuka. Dengan sangat perlahan. Air laut mula membentuk ombak dan gelombang saat pintu tersebut terbuka dengan sendirinya. Lelaki berpangkat Chief Commander itu terlopong.

"Macammana gerbang boleh terbuka?! Siapa yang dah sentuh the Key!?"

"Chief! Semua tentera di bilik kunci dah tak sedarkan diri!" Ujar salah seorang anak buahnya.

"Apa? Ni mesti kerja seorang lagi lanun tu!! Cepat tangkap dia! Dan pusingkan balik the Key! Kita tak boleh biarkan mereka keluar dari sini sampailah Kolonel Zaffrine sampai!" Arah lelaki itu.

"Tapi chief. Lanun tu dah lari. Dia bawa the key bersama dia!"

"Apa?!?!"

Theo, Aigle, Xara dan Xavier melompat naik ke deck Ibis. Mereka berlayar laju ke arah pintu yang sedang terbuka perlahan-lahan. Di atas sebuah tebing di sisi pintu gerbang terdapat seorang lelaki sedang memikul sebuah kunci berwarna emas yang sangat besar di atas belakang badannya. Sebaik Ibis mendekat, dia pantas melompat naik ke deck.

"Sediakan meriam!!!" Jerit si ketua. Pantas muncung beberapa buah meriam berwarna hitam yang diletakkan di atas bumbung bangunan di sisi pintu gerbang dihalakan ke arah ibis. Peluru dimuntahkan laju ke arah Ibis.

"Kapten! Cannon balls!!" Jerit Aigle. Theo, Ken dan Xavier melompat tinggi lalu memusnahkan peluru-peluru meriam yang menghala ke arah mereka seperti hujan.

"We are not stopping now! Full speed ahead!!" Jerit Theo.

"Aye Captain!!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now