part 146

2K 230 18
                                    

Beberapa minit sebelumnya..

"Apa yang aku perlu buat, Can?" Soal Theo. Dia sendiri pun buntu untuk mencari jalannya. Dengan berpuluh-puluh anak panah masih melekat pada belakang badannya. Mustahil untuk manusia biasa bertahan. Tapi, dia bukan manusia biasa. Dia ada raksasa dalam badannya. Seekor naga!

"Aku ada satu cara.. tapi, aku tahu kau tak akan setuju." Ujar Canavar sambil tersengih menampakkan giginya yang tajam dan besar.

"Kenapa aku macam tahu apa yang kau maksudkan tu?" Theo memandang Canavar dengan ekor matanya.

"Well.. hanya itu saja cara yang aku mampu fikirkan sekarang." Theo terdiam. Dia tahu apa yang Canavar maksudkan. Sudah tentulah raksasa itu mahu mengambil alih tubuhnya. Sepenuhnya! Tapi, dia tahu.. sudah tidak ada cara lain. Dengan Canavar mengambil alih tubuhnya, sudah pasti segala kecederaan yang dia alami akan sembuh dengan sendiri. Canavar tak cukup kuat untuk meminjamkan kuasanya sekarang ini. Dia tahu. Dia dapat rasakan kekuatan Canavar semakin berkurang.

Tapi... adakah dia akan mendapat kembali tubuhnya itu? Peluangnya cuma 50-50.

"Bagaimana Atlas?" Canavar menyoal lagi. Dengan wajahnya yang bersisik halus.

"At-Atlas!!" Theo tersentak. Matanya memandang ke kiri dan kanan. Suara tu! Dari mana datangnya? Dari luar ke?

"Atlas!!! Sampai bila kau nak tidur kat situ!? Kawan-kawan kau dalam bahaya, Atlas!!!"

"Itu suara Keith!!" Beberapa saat kemudian, keadaan di luar mula muncul satu persatu di tubir matanya. Memenuhi dinding-dinding gelap di sekelilingnya. Ash, Xara dan Aigle sudah terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri. Xavier dan Ken juga turut sama terbaring di tanah dengan berlumuran dengan darah. Keith pula.. berdepan dengan Byron seorang diri? Kalau dia tak lakukan sesuatu sekarang.. mereka... mereka akan mati!!

"Atlas!" Theo mengalihkan pandangan ke arah Canavar yang sudah mula hilang sabar.

.................................................................

Keith memejam rapat matanya. Terasa badannya ditolak kuat ke satu arah sehingga dia terdorong ke tanah.

"Hahhh hahhh... maaf... aku lambat.." ujar satu suara garau memenuhi gegendang telinganya. Kelibat seorang lelaki sedang mencangkung di sisinya. Kelihatannya seperti Theo. Tapi... kenapa lain?

Separuh wajahnya dipenuhi satu corak aneh melingkar dan berwarna hitam. Bukan di wajahnya sahaja. Malah separuh bahagian kiri badannya juga dipenuhi corak yang sama. Yang lebih aneh, badan lelaki itu bersisik. Berwarna merah gelap. Telinga kanannya juga sedikit panjang dan melengkung.

Badannya kelihatan turun naik. Masih ada satu dua batang anak panah yang melekat di bahagian belakang lelaki itu. Apabila dia menggeliat, kesemuanya jatuh ke tanah. Luka-luka pun hilang bersama satu asap nipis berwarna biru.

"A-atlas?" Soal Keith.

"Maaf budak.. buat masa ni.. Theo Atlas tengah tidur." Lelaki itu menjeling ke arah Keith sebelum mengukirkan satu sengihan menampakkan giginya yang bertaring tajam dan kekuningan.

"S-siapa kau?" Soal Keith. Lelaki di sisinya berdiri.

"Me? I'm the beast.." keith menjadi sedikit gementar sebaik matanya bertentangan dengan mata milik Theo. Mata kirinya. Seperti mata seekor ular. Liar dan dahagakan darah.

"Theo Atlas... the uncut beast.. aku tahu ianya bukan sekadar khabar angin." Byron tersengih melihat Theo yang sedang berdiri di hadapannya.

"Budak.." panggil Canavar tanpa memandang Keith.

"Aku ada pesan dari atlas." Sambungnya lagi.

"Bawa kawan-kawan kau yang lain ke Jackdaw Ibis dan cari cara untuk pergi dari pulau ni." Keith tersentak.

"Tapi macammana dengan kau? Dan atlas?"

"Pergi budak.. kau jangan banyak tanya." Sekali lagi Keith menelan air liurnya. Mahu tidak mahu dia terpaksa turutkan saja. Ianya arahan dari Kapten. Keith tersenyum sumbing.

"Kapten huh?" Pantas dia berlari ke arah 5 sahabat yang sedang terbaring di atas tanah tidak jauh dari tempatnya.

"Sekarang... tak ada siapa boleh kacau aku." Ujar Canavar sambil menggenggam erat buku limanya. Udara sekeliling disedut perlahan. Hahh.. sudah lama sejak kali terakhir dia menghirup udara segar. Tiba-tiba beberapa batang anak panah meluncur ke arahnya. Sebaik ia terbang mendekati wajah, Canavar mengelak dengan hanya menggerakkan kepala. Matanya tajam merenung Byron.

"Nampaknya kau dah tak sabar nak jadi makan malam aku ya, orang tua?"

..................................................................

Rasanya, BAAV chapter 1 dah nak habis ni. Hahahah.. dah boleh start rangka chapter 2 pulak. Haihh.. sebenarnya, author ada banyak sangat idea baru.. tapi tulah.. kena habiskan BAAV dulu baru boleh mula story baru. So, any idea nak bagi ending chap 1 ni gempak?

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now