part 106

2K 216 4
                                    

"Xav?" Theo memanggil nama rakannya yang sedang menghalakan 2 bilah pedang tajam ke arahnya. Lelaki itu tersengih.

"Kau memang patut mati, Theo." Ujar lelaki itu lalu meluru laju ke arah Theo. Pantas Theo mengelak lagi. Mana mungkin dia sanggup mencederakan lelaki itu. Sahabatnya sendiri. Jadi, apa yang mampu dia lakukan sekarang adalah mengelak dengan jayanya.

"Kenapa kau tak serang langsung?" Soal Canavar yang mula berasa bosan.

"Dia kawan aku, Can. Tak mungkin aku nak lawan dia." Ujar Theo.

"Apa yang kau membebel ni?" Soal Xavier membuatkan Theo berkerut. Tak mungkin. Xavier tahu segalanya tentang dia. Tapi, kenapa? Dia tanya macam tu?

"Bagi aku lawan dia, Atlas!" Theo berdengus kasar. Dia akhirnya menendang Xavier sehingga lelaki itu terpelanting ke belakang melanggar sebatang pokok.

"Kau.. bukan Xavier kan?" Soal Theo. Xavier bangkit perlahan dengan lengannya yang terkulai disebabkan hentaman tadi. Tangan itu dibiarkan terkulai. Tiada riak sakit pun pada wajah lelaki itu. Sebaliknya dia hanya tersengih seperti orang hilang akal.

"Apa kau cakap ni? Ni akulah, Xavier."

"Betul ke?"

"Theo!!" Panggil satu suara dari belakang Theo. Pantas lelaki itu berpaling. Dan dia tersentak sebaik melihat seorang lagi lelaki yang berwajah Xavier sedang berdiri di situ.

"Xav!!! Macammana kau boleh ada 2 ni? Ilmu apa kau pakai?" Soal lelaki itu yang sememangnya sudah keliru.

"Theo! Itu bukan akulah! Aku pun terkena tadi!" Ujar Xavier. Theo pantas memadang ke arah 'Xavier' yang lengannya terkulai.

"Kalau dia bukan kau.. dia tu siapa?" Soal Theo.

"Maksud kau, dia tu apa? Bukan siapa?" Dua lelaki itu hanya memandang ke arah 'Xavier' palsu yang masih tersengih menampakkan giginya.

..................................................................

20 minit yang lalu..

Xavier memandang adiknya yang masih lagi melibas-libas pedangnya. Itu Xara. Betul itu Xara. Cuma, Xara yang ini kelihatan sangat aneh. Pergerakannya sama cuma, ada sesuatu yang lain.

Libasan pedang Xara dihalang menggunakan salah satu dari pedangnya. Satu bilah lagi masih tersisip kemas di pinggang. Xara tersengih.

"Baru nk serius, abang?" Soal gadis itu. Xavier juga turut tersengih. Pedang gadis itu ditolak kuat sehingga Xara terundur ke belakang. Xavier menghilangkan diri. Kepantasannya membuatkan Xara keliru. Gadis itu memandang ke kiri dan kanan sebelum kepalanya dihentak dari belakang oleh hulu pedang Xavier. Xara terpelanting ke hadapan.

"Sampai hati kau pukul adik kau sendiri." Xara terduduk di atas tanah sambil membuat muka kesian. Xavier mendekatinya.

"Masalahnya sekarang, kau bukan adik aku.." bilah pedang didekatkan ke leher Xara.

"Cakap, mana Xara? Apa kau dah buat pada dia?" Soalnya lagi. Xara tersengih.

"Kau akan mati Xavier.. sama macam adik kau.." sebelum dia ketawa kuat. Xavier mengetap giginya lalu memukul kuat kepala Xara sehingga gadis itu rebah ke tanah tidak sedarkan diri. Badannya perlahan-lahan berubah. Dari badan seorang gadis genit kepada seekor ma0khluk bertubuh kecil berwarna putih keseluruhannya. Xavier berkerut dahi. Ini kali pertama dia melihat makhluk serupa itu. Makhluk apa, dia juga tidak pasti. Yang pasti, makhluk itu berkepala botak dan bertelinga panjang.

Tanpa menghiraukan makhluk yang tidak diketahui gerangannya itu, Xavier berlalu dari situ.

.....................................................................

"Kau jangan percaya cakap dia, Theo. Ni akulah, Xavier." Ujar Xavier bertangan satu. Xavier di sisinya mengetap gigi.

"Tak guna kau." Ujarnya. Theo memandang mereka silih berganti. Xavier mengeluarkan kedua-dua bilah pedangnya lalu meluru menyerang Xavier palsu. Pedang berbalas pedang. Percikan api kelihatan saat kedua-dua besi itu bertemu.

Theo menyilangkan tangannya. Dua Xavier di hadapannya itu sedang bertarung hebat. Sukar baginya untuk menentukan yang mana Xavier sebenar. Kerana kedua-duanya hebat. Walaupun satu tangan berlawan 2 tangan, kekuatan mereka masih sekata. Kedua-duanya tidak mengalah.

......................................................................

Ken masih melompat-lompat. Mengelak dari serangan maut Theo. Sememangnya sahabatnya itu sudah hilang akal.

"Theo! Macammana kau boleh hilang kawalan ni!?" Jerit lelaki itu sambil mengelak. Setiap serangan dari Theo telah berjaya menumbangkan pokok-pokok di dalam hutan itu. Ken mengetap gigi. Macammana dia nak tenangkan Canavar dan kembalikan Theo. Dia sedang cuba mengatur strategi di dalam kepalanya. Teruklah kalau Canavar mengamuk dan menyerang penduduk Alexander.

Ken menghalang tumbukan Theo menggunakan kedua-dua belah tangannya yang disilangkan. Tangan itu kemudiannya digenggam erat sebelum Ken cuba untuk mencampakkan Theo ke arah sebatang pokok yang besarnya lebih kurang 5 pemeluk manusia. Theo menghentam pokok.

Ken kelihatan termengah-mengah.

"Theo! Lebih baik kau kawal diri kau sekarang! Jangan sampai aku hilang sabar!" Marah Ken. Theo pantas berdiri. Darah pekat mengalir turun dari dahinya. Ken tersentak.

Theo meluru laju ke arah Ken. Dan tanpa teragak-agak lagi ken menghadiahkan satu tumbukan padu pada kepala Theo menyebabkan Theo menjunam ke tanah sehinggakan tanah tersebut membentuk rekahan yang agak besar.

Ken berdengus kasar. Kepala Theo yang berlumuran darah itu diangkat. Theo sudah tidak sedarkan diri. Badannya perlahan-lahan bertukar rupa menjadi makhluk berwarna putih dan botak. Makhluk itu dicampakkan semula ke tanah.

Ken mengeluh lega. Sebaik melihat darah pekat yang mengalir tanpa henti, dia sedar yang makhluk itu bukan Theo. Theo tak akan luka. Theo the uncut beast. Sudah tentulah dia tak akan cedera.

"Aku kenal kawan-kawan aku.. kau tak boleh menipu aku dengan cara bodoh macam ni." Gumam lelaki itu sebelum berlalu meninggalkan tempat tersebut.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now