part 30

2.7K 252 10
                                    

"T-tapi.. tapi..." Theo menunding jari ke arah pakaian yang dipakai oleh Aigle. Sehelai jaket lusuh berwarna coklat dan seluar 3 suku. Rambutnya juga pendek. Mati-mati dia ingatkan Aigle seorang lelaki. Lagipun perwatakan gadis itu persis seorang lelaki. Langsung tiada kelembutan seperti Xara. Xavier masih dengan tawanya.

"Kenapa kau gelak? Kau tahu dia ni perempuan?" Theo menolak bahu Xavier.

"Mestilah. Kau saja yang lurus bendul. Lelaki dengan perempuan pun kau tak tahu beza." Ujar Xavier membuatkan Theo berdengus geram.

"Aku memang macam ni sejak kecil lagi. Perwatakan aku yang kasar membuatkan orang selalu ingat aku ni lelaki. Aku faham kalau kau juga sama." Ujar Aigle. Theo menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Maaf Aigle."

"Tak apa. Lebih baik kita cepat. Rasanya Edd dah sampai rumah dia ni." Theo dan Xavier mengangguk. Lupa pula mereka dengan sahabat mereka yang seorang lagi itu. Yang sudah jauh meninggalkan mereka.

Mereka tiba di hadapan sebuah rumah batu berwarna coklat cair beratap merah. Pintu terbuka luas menandakan Edd sudah berada di dalam. Aigle melangkah masuk bersama Theo dan Xavier. Mereka menuju ke sebuah bilik yang menempatkan seorang wanita tua sedang duduk di atas katil dengan Edd yang sedang memeluk erat wanita tua itu.

"Eddy.. kamu dah balik nak. Ibu rindukan kamu." Ujar wanita yang bernama Gloria itu tersekat-sekat.

"Ibu. Maafkan Edd sebab Edd lambat. Maafkan Edd."

"Ibu faham nak. Tapi, Kolonel Vox dah bebaskan kamu ke?" Soal Gloria. Edd mengalihkan pandangannya.

"Edd... edd lari ibu. Tapi ibu jangan risau, diorang ni akan tolong kita. Diorang akan bebaskan kita dari lelaki tu." Gloria mengalihkan pandangannya ke arah Theo dan Xavier yang sedang berdiri di muka pintu.

"Mereka ni.. siapa?" Soal wanita itu.

"Kami kawan Edd, mak cik. Mak cik jangan risau. Kami janji akan tolong Zambisea dapatkan balik tanah ni. Vox tak akan berani jejakkan kaki ke sini lagi lepas ni." Janji Theo dengan penuh keyakinan membuatkan wanita tua itu tersenyum.

"Baiklah. Mak cik letakkan sepenuh kepercayaan pada kamu ya nak." Theo dan Xavier hanya tersengih.

..................................................................

Mereka berdiri di hadapan markas Eagle yang dibina di hujung kampung. Theo yang ingin ke sini semula. Xavier dan Aigle hanya mengikut lelaki itu walaupun tidak tahu apa tujuan mereka ke sana.

"Apa yang kita buat kat sini?" Soal Aigle. Mereka memandang ke arah Theo. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil memandang tepat ke arah bangunan yang agak tinggi di hadapan mereka. Wajahnya serius sekali. Tanpa secalit senyuman pun. Agak lama jugalah dia membiarkan soalan Aigle itu tidak berjawab sebelum akhirnya dia bersuara.

"Vox ada kat dalam tu?" Aigle mengalihkan pandangannya ke arah bangunan yang dikelilingi sebuah dinding besi di hadapannya.

"Aku tak pasti. Sebab dah seminggu aku tak nampak dia dekat sini." Ujarnya. Theo mendekati pintu pagar besi yang tertutup rapat itu. Buku limanya diangkat ke udara sebelum pintu besi itu dimusnahkannya dengan hanya sekali pukulan. Membuatkan mata Aigle terbutang luas.

"Theo! Apa yang kau buat ni? Kau dah gila ke?" Jerit gadis itu.

"Aku dah janji aku akan bebaskan Zambisea dari cengkaman lelaki tu. So, this is step one. Destroy the Eagle HQ." Dia melangkah masuk ke perkarangan markas Eagle. Xavier tersengih sebelum membontoti sahabatnya. Aigle masih di luar. Bersembunyi di sebalik dinding besi yang telah dimusnahkan oleh Theo tadi.

Mendengar kekecohan di luar markas, beberapa orang kadet Eagle berlari keluar dari bangunan itu bersama senjata masing-masing. Sebaik melihat kelibat Theo dan Xavier, pantas senapang mereka dihalakan ke arah dua sekawan tersebut. Tanpa berlengah lagi, senapang mereka mula memuntahkan peluru demi peluru, meluncur laju ke arah Theo dan  Xavier. Dengan mudah peluru-peluru itu berjaya ditangkap oleh Theo menggunakan kedua-dua belah tangannya. Xavier pula menangkis peluru-peluru tersebut menggunakan salah satu dari pedangnya.

Melihat pada kehebatan lawan mereka, salah seorang dari kadet mula berlari masuk ke dalam bangunan. Mungkin cuba untuk mendapatkan bantuan. Beberapa minit kemudian, keluar seorang lelaki berpakaian lengkap anggota Eagle. Cuma pakaiannya agak berbeza dari kadet-kadet lain. Mungkin pangkatnya lebih tinggi berbanding tentera yang berada di situ. Wajahnya kelihatan muda. Mungkin sebaya dengan mereka.

Seorang kadet datang mendekati lelaki itu lalu menyerahkan dua helai kertas yang merupakan wanted poster dengan muka Theo dan Xavier terpampang pada keduanya. Dia melirikkan senyuman sinis.

"So, you're that infamous rookie who shocked all Eagle's by killing Jaguar Jack, huh? And Xavier Xiaffiar, the masked swordmaster? It's an honour for me. Korang datang ke sini untuk serah diri." Ujar lelaki itu.

"Kau siapa?" Soal Theo.

"Oh, how rude am I. My name is Asfargh. I'm the commander of Colonel Vox's Eagle team. I serve Colonel Vox with pride and loyalty. Dan dengan kehadiran korang ke sini, akan memudahkan lagi kerja aku untuk mendapatkan title Chief Commander! Colonel Vox will be so proud!" Lelaki itu tersengih. Sengihan yang agak menakutkan.

"Theo, sudahlah. Aku rasa kita patut pergi dari sini." Ujar Aigle dari belakang dinding.

"Nope. That's not gonna happen." Ujar Xavier. Ya, dia faham sangat perangai Theo itu macammana.

"Tapi dia Commander! Bukan hanya kadet biasa!" Dalih Aigle lagi. Theo tersengih sinis.

"Even better."

......................................................................

How about a new crew mate? Who is it gonna be? Edd? Or Aigle?

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now