part 60

2.7K 247 8
                                    

Air laut yang membanjiri sebahagian daripada Liberie itu mulai surut. Rumah-rumah yang telah roboh sebahagiannya mula menampakkan bumbung. Tempat itu dipenuhi dengan rumpai laut. Lily menolak Ibis perlahan ke perlabuhan Liberie sebelum air surut sepenuhnya. Sebaik sahaja para penduduk kembali ke bandar mereka yang musnah dilanda ombak besar itu, kelima-lima sahabat berbaring di atas tanah. Kepenatan. Belum pernah lagi mereka selelah ini.

"Kalian tak nak turun ke bandar?" Soal Clayton.

"Tak apalah, pak cik Clayton. Kitorang nak rehatkan diri dulu." Ujar Xara sambil melihat rakan-rakannya yang sudah lena diulit mimpi. Hanya dia dan Theo sahaja yang belum melelapkan mata. Coda juga turut sama terlena di situ. Clayton mengangguk sebelum beredar dari situ. Falcon berjalan merapati Theo.

"Kau memang gila lah budak. Aku tak pernah jumpa budak gila macam kau ni." Ujar lelaki itu sebelum mengambil tempat di sisi Theo. Theo tersengih.

"Memang patut pun saya belasah si tua tu. Tak patut dia buat penduduk Liberie macam ni." Falcon bangkit seraya menggeliat kecil.

"Kau tidurlah.. aku nak pergi bawah.. nak tengok apa yang boleh aku tolong." Theo tersengih lalu mengangguk. Dia bangkit dari baringan. Tangannya menyentuh mata kiri yang sudah berubah warna.

"Kau suka mata aku?" Soal Canavar. Theo berdengus.

"Apa kau dah buat pada aku, Can?" Soal Theo perlahan. "Kau nak ambil alih tubuh aku ke?"

"Aku cuma nak senangkan kerja kau saja. Kau patut bersyukur aku ada dalam badan kau. Kalau tak, dah lama kau mati, Atlas." Theo melepaskan keluhan berat.

"Kalau Coda tak hentikan kau tadi, kau dah bunuh dia."

"Itu naluri aku. Lagipun, kau sendiri dapat rasa, kan? Aura dia.. dia buatkan aku lapar."

"Apa kau buat sampai Izarus pun takut dekat kau? Dari mana asal usul kau sebenarnya?"

"Haih. Aku dah bertahun-tahun hidup dalam badan kau, baru hari ni kau tanya asal usul aku? Kau dah mula sukakan aku ya?" Theo ketawa perlahan.

"Ceritalah. Macammana kau boleh kenal Izarus?"

"Kalau kau nak tahu, aku dan Izarus tu sama. Dua-dua adalah dari puak Dyr." Theo tersentak.

"Apa?" Xara yang masih belum terlelap itu terkejut apabila Theo menjerit tiba-tiba.

"Kenapa Theo?" Soalnya. Theo tersengih seperti kerang busuk.

"Tak ada apa-apa.. sorry kejutkan kau." Xara kembali menutup mata.

"Apa kau cakap?" Bisiknya kembali.

"Ah.. malaslah aku nak ceritakan pada kau. Nanti bila kau sampai kat tempat tu, baru aku ceritakan."

"Tempat apa pulak?"

"Sebuah pulau terasing dekat Benua Urb. Sudahlah.. aku nak tidur. Jangan kacau aku." Theo melepaskan keluhan. Tak guna punya Canavar. Nak cakap tu biarlah habis. Suka sangat cakap separuh-separuh. Theo berbaring di atas tanah. Sebelum dia turut terlelap kepenatan.

...................................................................

Sebuah kapal besar berwarna kuning cair berlabuh di sebuah pulau kecil yang menempatkan sebuah bangunan batu berbentuk segi empat tepat. Pada layar kapal besar itu terpampang satu lambang naga berwarna emas. Di bawah lambang tersebut tertulis dengan tulisan berwarna kuning keemasan.

   'SALAMANDER'

Tulisan itu sesekali disuluh cahaya dari lampu besar yang berputar pada puncak bangunan batu tersebut. Seorang lelaki berbaju kot hitam beserta kot labuh berwarna kuning yang tergantung di bahunya berjalan masuk ke dalam bangunan itu diiringi beberapa orang tentera berpangkat kadet yang lengkap berseragam kuning dan bersenjata. Lelaki itu memakai cermin mata hitam dengan wajah yang bersahaja. Ketika dia melalui koridor, kesemua tentera yang berada di situ mengangkat tabik hormat. 

Lelaki berkot hitam itu berjalan ke bilik pejabat yang menempatkan sebuah meja berukiran cantik dan kerusi yang sama ukirannya. Kerusi ditarik lalu dia pantas mengambil tempat. Sebaik sahaja dia duduk di kerusi, seorang kadet pantas meletakkan sebuah dulang berisi semangkuk mee yang berkuah kuning dan secawan teh hijau.

"Komander, laporan.." ujar lelaki itu. Seorang lelaki berbaju putih berbelang kuning dan seluar kulit hitam merapati meja.

"Kolonel, gegaran yang berlaku pagi tadi masih belum diketahui puncanya. Tapi, saya rasa, gegaran tu datang dari Terror Line." Ujar lelaki berpangkat Komander itu. Lelaki berkaca mata hitam tersebut sedang asyik memasukkan mee berwarna putih itu ke dalam mulutnya. Habis merecik kuah berwarna kuning ke merata tempat.

"Terror Line?" Soal si kolonel dengan mulut yang penuh dengan mee dan kuah.

"Tempat tu dekat sempadan Euloth-Azurea kan? Sudahlah, jangan cari tahu lagi soal tu. Yang penting sekarang, jaga kesemua 7 pintu masuk Euloth. Jangan sampai ada sesiapa yang berjaya masuk ke sini."

"Soal tu, Kolonel. Ada lanun yang cuba masuk melalui pintu masuk ke-3." Kolonel tersedak.

"Uhuk uhuk.. apa? Habis tu macammana?" Si Komander tersenyum.

"Jangan risau Kolonel. Semuanya saya dah selesaikan." Si Komander mengangkat tapak tangannya ke udara. Tapak tangannya kelihatan bercahaya. Muncul beberapa pancaran arus elektrik kecil pada tapak tangan lelaki itu sebelum ia hilang digenggamnya. Kolonel mengatur nafas lega. Kalau sampai lanun itu berjaya masuk ke Euloth, habislah dia akan dipecat nanti. Benda penting macam ni mana boleh dibuat main.

..................................................................

"Jadi, korang akan tetap ke Euloth?" Soal Milea sambil merawat luka pada badan Peter. Teruk sekali lelaki itu dibelasah. Sampai sekarang pun masih belum sedar. Mereka bermalam di luar malam ini. Disebabkan semua rumah telah roboh dan barang-barang dan perabot-perabot mereka habis musnah semuanya, jadi mereka mengambil keputusan untuk tidur bertilamkan tanah dan berbumbungkan langit malam. Sebuah unggun api besar dinyalakan bagi menghangatkan badan. Makanan pun dari ikan-ikan yang tidak sempat berenang ke laut saat air surut siang tadi.

"Memang itu tujuan kitorang ke sini." Ujar Ken.

"Tapi, kitorang masih belum jumpa fifth pieces." Xara menyampuk.

"Fifth pieces?" Soal Clayton.

"Ya.. serpihan kelima Urre Gold." Kata-kata Xara membuatkan semua yang berada di situ tersentak. Ada yang berasa serba salah. Ada yang cuba menahan ketawa. Ada yang hanya berdiam diri tanpa reaksi.

"U-Urre Gold? Takkanlah.." ujar Clayton.

"Korang tahu kan yang Urre Gold tak wujud?" Soal Coda pula.

"Hahh! Jangan nak mengarut! Itulah sebab utama kenapa kitorang mula berlayar." Ujar Theo sambil menggigit isi seekor ikan panggang yang agak besar. "Sedapnya ikan ni."

"Tapi.." belum sempat Coda membalas, Falcon terlebih dahulu mencelah. "Jadi, Fifth Pieces yang membawa kalian ke sini? Hahahah! Sudah lama tiada orang yang bercakap soal itu." Falcon ketawa lagi.

"Pak cik tahu?" Soal Ken. Falcon meneguk sebotol arak yang entah dari mana dia dapat pun tiada siapa yang tahu.

"Sudah tentulah! Kapten Blackstone pernah bercerita tentang Urre Gold pada ayah aku dulu. Tapi sayang, Kapten Blackstone hilang sebelum dia sempat menemukan harta lagenda tu." Jelas Flacon sambil tersedu.

"Aku rasa dia dah mabuk teruk ni." Ujar Coda.

"Pak cik tahu kat mana fifth pieces?" Soal Aigle teruja. Falcon meletakkan jari telunjuknya ke dagu. Seakan-akan sedang memikirkan sesuatu sebelum akhirnya dia ketawa lagi.

"Hahahah.. entahlah.. aku pun tak tahu!" Aigle mengetap gigi geram.

"Dasar orang tua mabuk."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now