part 109

2.2K 206 3
                                    

"Theo! Xav!" Dua lelaki itu berpaling ke belakang. Xara mempercepatkan langkahnya sebaik sahaja 2 kelibat lelaki itu kelihatan. Dia berhenti sejenak.

"Korang ni betul... Theo dengan Xav kan?" Soal gadis itu inginkan kepastian. Theo tersengih sambil jarinya menunding ke arah Poros yang sedang terbaring di sisinya. Xara mengurut dada lega.

"Mana Aigle dengan Ken?" Soal Xavier.

"Aigle pengsan. Ken bawa dia jumpa Mak cik Rosel." Balas Xara.

"Aku nak cari Ballad. Si tak guna tu memang cari nahas!" Marah Theo dengan kedua-dua belah matanya bersinar dengan api kemarahan.

"7th pieces ada dengan dia kan?" Soal Xara. Xavier mengangguk perlahan.

.................................................................

Ballad bermain-main dengan kalung yang tergantung di lehernya. Kalung yang di dalamnya terisi serpihan ke 7 urre gold. Tanpa serpihan ke 7, dia tak akan mampu sampai ke tahap ini sekarang. Dia cuma perlukan serpihan-serpihan yang ada pada lanun-laun Beast sahaja untuk mencapai matlamatnya bagi menakluki Euloth. Armour yang tersarung di badannya dibuang satu-persatu. Lalu diletakkan di atas sebuah meja batu di dalam kamar mewahnya.

Dia tersengih. Sekarang ini, pasti tentera-tentera rahsianya sudah berjaya menjalankan tugasan mereka. Pasti lanun-lanun Beast itu sedang berbunuhan sesama sendiri.

"Ahh.. sayangnya. Aku teringin melihat beast beraksi." Kalung itu masih bermain-main di tangannya. Lalu didekatkan ke muka.

"Tak mengapalah." Dia menarik nafas panjang. Satu cahaya berwarna merah keemasan kelihatan berpasir keluar dari kalung tersebut lalu masuk ke dalam hidungnya. Serta-merta badannya terasa segar. Dan tenaganya bertambah kuat.

Ballad berjalan perlahan ke arah sebuah pintu besi pada dinding istana batunya. Pintu besi itu kelihatannya sudah berkarat. Kunci pada pintu dibuka lalu pintu ditolak dari luar. Dia mencapai sebatang lilin yang sudah dinyalakan dari atas meja batu lalu menuruni anak tangga yang menuju ke bilik bawah tanah yang dibina di bawah kamar mewahnya.

Cahaya pada api lilinnya perlahan-lahan menerangi bilik bawah tanah yang sememangnya gelap gelita tanpa sedikit cahaya pun. Dia menyuluh ke arah sebuah jeriji besi yang menjadi penghalang antara dia dengan seorang lelaki yang terikat kaki tangan dan lehernya pada dinding batu menggunakan rantai besi besar berwarna hitam. Pakaiannya koyak rabak. Bau busuk memenuhi ruangan itu. Lelaki itu masih hidup. Cuma keadaannya kelihatan tidak terurus  persis seperti seorang banduan. Badannya penuh dengan kecederaan.

"Kau nampak menyedihkan." Ujar Ballad sambil tersengih. Lelaki itu mengangkat wajahnya. Walaupun ditutupi rambut hitam yang sudah panjang mencecah bahu, tetapi anak matanya yang memendam api kemarahan masih jelas kelihatan.

"Kau... memang.... sial..." ujar lelaki itu dengan suara serak dan lelah.

"Jangan risau.. akan aku jaga pulau ni. Lebih baik dari kau dulu.. Ballad..."

.....................................................................

"Macammana Aigle?" Soal Theo sebaik sahaja mereka tiba di rumah Rosel.

"Aigle tidur lagi. Nasib baik Ken sempat bawa dia pulang tepat pada masanya. Kalau lambat sedikit saja, kalian mampu kehilangan dia." Jelas Rosel. Wajahnya kelihatan semakin pucat.

"Saya rasa mak cik patut rehat dulu." Ujar Xara. Rosel hanya tersenyum sebelum mengangguk perlahan.

"Baguslah.." Theo mengurut dada lega.

"Mana anak mak cik?" Soal Xavier. Soalan dari Xavier itu menyedarkan Theo, Xara dan Ken tentang ketiadaan Laura. Masing-masing mula memandang ke sekeliling rumah batu.

"Dah pagi.. jadi dia keluar. Katanya dia nak cari Golden lily." Ujar Rosel.

"Alah.. dia tak tunggu aku pun." Theo mencebik. Rosel kelihatan sugul. Mungkin bimbang akan keselamatan anak perempuannya.

"Mak cik jangan risau. Dia cakap dia akan jumpa golden lily. Saya yakin.. dia pasti akan jumpa." Ujar Theo sambil tersengih. Sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran hati wanita separuh abad itu.

"Sekarang.. apa kita nak buat, Theo?" Soal Ken yang sedang bersandar pada meja batu yang menempatkan Aigle yang masih lagi tidak membuka matanya. Walaupun sudah dirawat, kehilangan darah yang banyak telah membuatkan gadis itu kehilangan banyak tenaga.

"Aku nak jumpa Ballad. Dia yang simpan 7th piece." Balas Theo.

"Ballad tu... kuat ke?" Soal Xara. Sebelum sempat Theo menjawab, Rosel terlebih dahulu mencelah.

"Dulu Ballad tak macam sekarang."

"Apa maksud mak cik?" Soal Ken.

"Ballad yang dulu, sentiasa ambil berat pada semua penduduk Alexander. Penyakit yang saya hidap ni, walaupun ganjil tapi ia telah wujud lama dulu. Tetapi, Ballad mampu mengurangkannya dengan bantuan Golden Lily. Bunga emas yang tumbuh merata-rata di pulau atas. Tapi sekarang, Ballad sendiri yang melarang sesiapa saja untuk naik ke atas. Sesiapa yang ingkar akan dihukum." Jelas Rosel lagi.

"Sejak bila dia berubah?" Soal Xavier.

"Setahun sebelum lanun-lanun yang saya ceritakan semalam tu singgah ke sini."

"Tapi, apa yang membuatkan dia berubah?" Soal Xara pula. Dan Rosel hanya menggeleng.

"Tak ada yang tahu sebabnya. Dia tiba-tiba sahaja berubah."

Keadaan menjadi sunyi seketika. Masing-masing sedang berfikir jalan yang sepatutnya mereka ambil untuk dapatkan serpihan ke 7. Namun, kesunyian itu pecah sebaik sahaja pintu rumah batu itu diketuk kuat dari luar. pantas Xavier, Xara, Theo dan Ken bersembunyi di sebalik dinding. Bimbang jika ada yang menyedari mereka di sini.

Rosel membuka pintu dari dalam. Tersembullah wajah seorang lelaki berkulit hijau kebiruan sedang termengah-mengah di hadapan Rosel.

"Wen.. kenapa ni?" Soal Rosel.

"Akak.. saya... saya nampak anak akak.. Laura.."

"Kenapa dengan Laura?"

"Saya nampak dia kena tangkap dengan pengawal putih!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now