part 130

2.1K 238 9
                                    

Dean menumbuk kuat meja bar. Habis gelas-gelas yang berada di situ tercampak jatuh ke lantai. Nasib baik semuanya diperbuat daripada kayu. Kalau gelas kaca, pasti sudah pecah. Bard di belakang meja bar ketawa perlahan melihat Dean yang sudah merah mukanya akibat terlalu banyak meneguk minuman keras.

"Apa boleh buat Dean. Lanun yang kau kejar itu, hero pulau ni. Sudah tentulah ramai yang akan melindungi mereka." Ujar Bard sambil mengelap beberapa gelas kaca sebelum disusun di sebuah rak di belakangnya.

"Tak guna kau Atlas! Aku sumpah aku akan kejar kau walau sampai 5 penjuru latitud sekalipun!" Wanted poster milik Theo dicapai lalu dibakar hangus menggunakan haba dari arus elektrik yang terhasil dari celahan jarinya.

"Komander!" Jerit seorang lelaki berseragam kuning sejurus sahaja dia memasuki bar tersebut. Dean berpusing ke belakang.

"Apa dia kadet!?" Soalnya tegas walaupun masih dalam keadaan mabuk.

"Komander! Saya dapat berita dari beberapa orang penduduk. Kapal lanun-lanun Beast tu dah siap. Dan mereka akan keluar dari pulau ni hari ni!" Ujar lelaki itu dengan tabik hormat. Dean berdiri dari kerusi. Dia tersengih.

"At last! Kumpulkan semua tentera! Sekat setiap jalan keluar yang ada. Jangan sampai mereka terlepas lagi!" Arah lelaki itu.

"Baik tuan!"

.....................................................................

Ash memandang ke arah beg pakaian yang telah dizip kemas. Juga sebuah beg berisi peralatan bertukangnya. Kemudian dia memandang ke sekitar rumah tersebut. Sebuah rumah kecil yang dibina di dalam bengkel kapalnya. Rumah yang sudah lama di situ.

Matanya tertacap pula pada sekeping gambar yang diletakkan di dalam frame di atas meja kecil. Gambar seorang lelaki bermisai tebal, seorang wanita berambut panjang dan seorang kanak-kanak perempuan. Sekeping gambar yang menggembirakan. Yang mengandungi satu memori yang indah dan menyeronokkan.

["Ayah.. kenapa dulu ayah jadi lanun?" Soal si gadis kecil berambut hitam pendek paras bahu. Lelaki bermisai itu memegang dagunya berfikir. Sebelum dia tersenyum.

"Sebab ayah suka megembaralah.. dah banyak tempat ayah pergi. Ayah dah kenal ramai orang.. kamu tahu? A voyage is the greatest adventure of all." Lelaki bermisai itu ketawa perlahan.

"Jadi, kenapa ayah berhenti?" Soal gadis kecil itu lagi.

"Sebab apa lagi? Sebab kamulah." Lelaki bermisai itu mencuit hidung anaknya membuatkan gadis kecil itu tergelak.

"Ayah dah pergi semua tempat?" Lelaki bermisai itu tersenyum sebelum menggeleng.

"Masih banyak lagi yang ayah belum jejak."

"Kalau macam tu.. jomlah kita pergi!" Lelaki bermisai ketawa dengan cadangan anaknya.

"Baik.. tapi, kena tunggu Ash besar dulu. Sebab budak pendek tak boleh jadi lanun." Lelaki bermisai ketawa kuat sambil menggosok kasar kepala anaknya membuatkan gadis kecil itu mencebik.

"Jangan panggil saya pendeklah!!" Marah gadis itu sebelum dia turut sama ketawa bersama ayahnya. ]

Ash tersenyum mengenangkan ayahnya. Gambar di ambil lalu disimpan ke dalam beg sandang.

"Baik ayah. Ash janji. Ash akan bawa ayah ke tempat-tempat yang ayah belum pernah pergi lagi. Maafkan Ash.. sebab tak boleh nak terus jaga bengkel ni. I'm going to follow my dream. And have a voyage around the world."

.....................................................................

"Ini ada sedikit bekalan dari penduduk Gayst. Atas dasar terima kasih kami sebab kalian dah tolong kami." Ujar Wadham sambil menunding ke arah beberapa karung guni, kotak kayu dan tong kayu berisi air dan alkohol.

"Wah.. banyak ni. Terima kasih." Ujar Xara.

"Ken! Theo! Xav! Angkat semua ni bawak naik!" Arah gadis genit itu lagi dan mendapat sahutan dari 3 lelaki berkenaan.

Sebaik bekalan siap disimpan ke dalam kabin, Ash tiba bersama dua buah beg berwarna coklat dan satu beg sandang. Wadham, Cordell dan Zin tersengih memandang gadis itu.

"Kau buat keputusan yang tepat, Ash." Ujar Wadham.

"Aku pasti ayah kau pun bangga dengan keputusan kau." Sambung Zin.

"Aku serahkan bengkel ni untuk korang jaga. Jangan sampai terjadi apa-apa. Aku percayakan korang." Ujar Ash.

"Sudah tentulah. Serahkan saja pada kitorang!" Zin mengangkat ibu jarinya sambil tersengih.

Theo melompat turun dari deck.

"Wadham. Terima kasih untuk semuanya." Ujarnya sambil tersengih. Namun, Wadham kelihatan berkerut.

"Kalian betul akan ke Kepulauan Biggoy?" Soal lelaki itu.

"Tentulah. Kitorang perlukan navigator untuk terus berlayar." Ujar lelaki itu sambil bercekak pinggang. Wadham mengeluh perlahan membuatkan kesemua anak kapal itu memandangnya aneh kecuali Theo yang masih tersengih.

"Kenapa, Wadham?" Soal Xavier.

"Kepulauan Biggoy.. aku harap kalian berhati-hati. Ianya sebuah pulau yang agak bahaya. Lebih bahaya dari pulau-pulau lain di Euloth."

"Bahaya?" Soal Aigle. Semua yang berada di situ terdiam mendengar kata-kata dari Wadham.

"Lagi bahaya.. dari pulau lain?"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now