part 41

2.5K 235 2
                                    

Kapal lanun itu besar sekali. Mungkin yang paling besar yang pernah mereka tengok. Pada badan kapal tersebut terdapat kesan-kesan seperti baru diperbaiki. Mungkin sudah banyak kali diserang. Jolly rogernya berkibar megah. Sebiji tengkorak yang terletak di hadapan sepasang cangkuk yang bersilang. Mata tengkorak itu tajam dan merah. Dan jolly roger itu kelihatan koyak di hujungnya. Sepertinya ini adalah kapal lanun yang sudah lama berlayar. Mereka menantikan si pemilik kapal yang besar itu.

Tiba-tiba, muncul sekumpulan lanun yang sangat ramai berbaris panjang di atas deck kapal. Semuanya memandang mereka seperti singa lapar. Ada yang tersengih. Mereka yang berada di atas Red Pigeon hanya merenung mereka tanpa berkata apa-apa. Berdasarkan jarum kompas yang masih belum bergerak, mereka yakin yang 4th pieces berada di dalam kapal itu.

"Hye old friend. Long time no see." Ujar satu suara yang tiba-tiba muncul di bahagian paling hadapan barisan lanun-lanun itu. Kaki kirinya di letakkan di atas sisi kapal. Wajahnya yang bengis itu tersenyum sinis memandang Theo. Theo yang sejak tadi mendiamkan diri itu terus mengukirkan senyuman yang sama sinisnya dengan lelaki itu saat melihat gerangannya yang sangat dia kenali.

"Yeah. Long time no see.." ujarnya.

"Theo. Kau kenal ke dia?" Soal Xara.

"Huhh. Bukan setakat kenal. Lelaki nilah yang dah buat hidup aku merana." Ujar Kapten Sparsh.

"Itu sebab kau lemah, Gurro." Balas Theo membuatkan Sparsh mengetap giginya.

"Kau boleh cakap apa sahaja yang kau suka, Atlas. Cuba kau tengok ni. Crew aku berpuluh-puluh orang. Semuanya bukan calang-calang. Aku bukan Gurro yang lemah seperti yang kau kenal dulu, Atlas. Aku Sparsh! The devil's hook captain Sparsh!" Ujar Sparsh sambil mengeluarkan tangan kirinya yang merupakan sebuah cangkuk berwarna hitam.

"Actually, thanks to you I've got this magnificent left hand, Atlas." Sambungnya lagi.

"Sudahlah. Serahkan 4th pieces pada kitorang kalau kau tak nak kehilangan tangan kanan kau tu pula." Ujar Ken membuatkan Theo tersengih.

"Oh. Jadi ini yang kau cari?" Sparsh mengeluarkan sebuah kompas bewarna emas dari poket kot baldu hitamnya.

"Baiklah Atlas. Aku cabar kau untuk perlawanan satu lawan satu. Kalau kau menang, 4th pieces ni, kau yang punya." Theo tersenyum.

"Okay."

..................................................................

Mereka berkumpul di deck kapal milik Sparsh. Deck kapalnya luas. Mampu memuatkan beratus orang anak kapal. Lanun-lanun lain mula bersorak memanggil-manggil nama Sparsh.

"Hish!" Aigle dan Ken mula menyampah.

"Theo!!! Kalahkan dia!!" Jerit Aigle sambil berdiri.

"Theo! Kalau kau kalah aku belasah kau!" Jerit Ken pula. Walaupun suara mereka ditenggelami oleh suara-suara milik anak-anak kapal Sparsh.

"Whenever you're ready." Ujar Theo sambil memandang Sparsh. Sparsh mengangkat tangan kirinya yang bercangkuk hitam. Tiba-tiba cangkuknya mengeluarkan asap. Asap itu nipis. Tapi masih boleh dilihat dengan mata kasar. Sparsh melancarkan serangan secara tiba-tiba. Cangkuknya dilontarkan ke arah Theo. Terdapat rantai yang panjang menghubungkan cankuk dengan lengannya. Cangkuk pantas membelit badan Theo. Peliknya, Theo hanya membiarkan sahaja rantai bercangkuk itu membelitnya. Membuatkan Aigle, Xara dan Ken memandangnya risau.

"Apa yang Theo buat? Kenapa dia tak elak?" Soal Ken. Aigle dan Xara hanya menggeleng.

"Just trust in him." Ujar Xavier sambil berpeluk tubuh.

Sparsh melontarkan Theo ke kiri dan kanan tanpa melepaskannya. Berkali-kali tanpa henti. Sehingga deck kapal musnah dihempas Theo. Sparsh menarik cangkuknya yang sebesar tapak tangan itu sebelum melontarkannya kembali ke arah Theo. Cangkuk itu mengelar-ngelar badan Theo. Theo menjerit kesakitan. Darah mengalir keluar dengan banyaknya dari luka kelaran. Cangkuk ditarik kembali. Terdapat kesan darah menitik dari cangkuk ke lantai. Sparsh tersengih.

Theo terbaring di atas deck dalam keadaan berlumuran darah. Sparsh ketawa kuat.

"Apa yang berlaku? Kenapa luka Theo tak sembuh?" Soal Xara cemas. Xavier yang tenang tadi juga sudah bertukar bimbang. Selalunya, setiap kali badan lelaki itu cedera, dengan mudah ia akan sembuh semula seperti tiada apa-apa berlaku. Tapi sekarang.. Theo terbaring di atas lantai. Dan masih dalam keadaan cedera. Apa yang berlaku?

"Theo!" Jerit Aigle.

Sparsh melutut di sisi Theo. Dia tersengih sinis.

"You're not gonna heal now, Atlas. Kau akan mati kat sini.."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now