part 129

2.1K 226 14
                                    

3 hari kemudian..

Ash bercekak pinggang memandang kearah kapal berwarna merah yang sedang berlabuh megah di hadapannya. Dia tersengih.

"My best masterpiece." Gumamnya perlahan.

"Akhirnya siap jugak." Zin berpeluk tubuh di sebelahnya.

"So.. kau akan pergi dengan diorang?" Soal Zin dan kali ini pandangannya dialihkan pada Ash.

"Berapa kali aku nak cakap yang aku tak akan ikut diorang! Kau memang tak faham bahasa eh?" Marah gadis itu.

"Ya.. it sounds like you really want to go with them. Apa yang menyekat kau Ash?" Ash terdiam sebelum berlalu pergi dari situ. Zin hanya tersenyum sebelum menggeleng perlahan.

.....................................................................

"Harini, siaplah kapal kita kan?" Soal Aigle.

"Macammana Theo? Kita tak boleh lama-lama dekat sini. Semakin hari aku tengok semakin ramai tentera salamander kat pulau ni. Kalau Ibis siap harini, kita kena tinggalkan pulau ni hari ini jugak." Ujar Xara. Semua mata memandang ke arah kapten mereka yang sedang menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang di sediakan oleh tukang masak di rumah tumpangan itu.

"Aku dah cakap. Aku tak akan ke mana-mana selagi Ash tak jadi crew kita." Theo masih lagi menyuap daging bakar dan ikan bakar ke dalam mulutnya.

"Tapi kita tak boleh nak paksa dia. Mungkin dia ada sebab dia sendiri." Ujar Aigle.

"Aku dengar dari Wadham.." ujar Xavier.

"Apa yang kau dengar?" Xara memandang abangnya yang sedang membersihkan salah satu dari pedangnya di hujung ruangan itu.

"Tentang impian Ash." Ujar Ken pula. Theo tersengih.

"Ash akan ikut kita. Aku tak akan biarkan impian dia terkubur macam tu saja."

"Impian apa yang korang cakapkan ni?" Xara memandang Aigle dan gadis itu hanya menggeleng perlahan. Dari sebalik pintu bilik itu seorang gadis sedang mendengar segala perbualan mereka.

Gadis itu tertunduk lemah.

"Impian...." gumamnya perlahan. Seketika dia teringatkan kata-kata dari Wadham semalam.

["Apa yang berlaku pada ayah kau... bukanlah disebabkan lanun." Ash tersentak. Segala kerjanya berhenti. Pandangan dialihkan tepat pada Wadham.

"Apa kau cakap?"

"Sebenarnya.. malam ayah kau ditemui mati.. tiada sesiapa pun yang nampak siapa yang dah tembak dia. We just assumed it was pirates. Tapi apa yang sebenarnya terjadi, sampai sekarang tak ada yang tahu." Ash bangkit lalu kedua-dua belah bahu Wadham dipegangnya kemas.

"Kau cakap ayah mati sebab lanun!! Kau cakap lanun yang dah bunuh ayah!! Semua orang cakap macam tu!! Kenapa!? Kenapa baru sekarang kau bagitahu aku?! Kau ada masa 10 tahun, Wadham! 10 tahun untuk bagitahu aku!! Kenapa baru sekarang?!"

"Maafkan aku.." wadham tertunduk memandang tanah.]

"Impian.." perkataan itu keluar lagi dari bibirnya.

["Aku nak keliling dunia, Wadham! Aku nak jelajah kesemua 5 benua.. aku nak kenal dunia."]

Ash mengetap gigi.

"Ash!!" Jerit Theo sambil membuka pintu membuatkan gadis itu terkejut beruk sehingga terduduk di atas lantai.

"I know it's you! Hahaha!" Theo ketawa kuat.

"Ash. Apa kau buat kat sini?" Soal Xara.

"A-aku.. aku... aku nak beritahu. Kapal korang dah siap." Pantas gadis itu berdiri.

"Wah! Dah siap!! Jom!!!" Jerit Theo lalu berlari keluar dari rumah tumpangan. Xara, Xavier, Ken, Aigle dan Ash hanya berjalan mengekori lelaki itu yang sudah hilang disebalik kesesakan pekan Gayst.

....................................................................

"Wahhh!!!!!" Theo ternganga luas begitu juga Ken. Aigle dan Xara sudah tersengih sampai ke telinga. Xavier juga begitu. Jackdaw ibis sudah bertukar rupa. Menjadi sebuah kapal lanun yang lebih besar saiznya. Kepala burung yang terletak di hadapan kapal juga sudah menjadi semakin besar walaupun bentuknya masih sama. Terdapat 2 tingkat kabin di atas deck. Di puncak tiang utama Ibis terdapat sebuah platform berbentuk bulat yang sangat besar.

Terdapat 7 buah meriam pada setiap kiri dan kanan dinding kapal. Juga pada bahagian hadapan iaitu tepat-tepat di bawah kepala burung. Layar kapal juga sudah semakin besar dan lebar. Begitu juga pengemudi kapal yang sudah beralih tempat.

Ken dan Theo sudah menghilangkan diri ke dalam kabin. Habis setiap pelusuk kapal diterokai mereka dengan mata yang bersinar-sinar.

"Kau siapkan semua ni dalam masa 3 hari saja?" Soal Xara. Ash tersenyum.

"Dengan bantuan crew-crew aku. Kapal besar pun aku boleh siapkan dalam masa 4 hari, inikan pula kapal kecil macam ni."

"Cantik, Ash.. terima kasih sebab dah baiki Ibis." Ujar Aigle.

"Ashhh!!!!" Jerit Theo dari atas platform 'crow's nest'. Ash memandang ke atas. Begitu juga Aigle, Xara dan Xavier. Juga Wadham, Zin dan Cordell yang baru sampai di situ. Theo tersengih.

"Jomlah ikut kitorang!" Ash terdiam sebentar.

"Maaflah.. aku hargai perlawaan korang. Tapi.. aku tak boleh ikut korang. Tempat aku kat sini. Bengkel ni, ayah aku tinggalkan untuk aku jaga. I can't abandon it.." ujar gadis itu sambil tersenyum.

"Aku tahu niat korang baik.. jadi... aku harap kita akan jumpa lagi lepas ni... terima kasih... sebab sudi.. ajak aku... tapi... aku tak... aku tak boleh...." mata gadis itu sudah bergenang dengan air mata. Entah mengapa tubir matanya semakin lama semakin berair. Sebak mencucuk-cucuk di dada. Wadham di belakang sudah tersenyum memandang gadis itu.

"Sudahlah menangis tu!!! Jom mengembara bersama kitorang! Aku tak nak dengar alasan kau lagi!!!" Jerit Theo mematikan kata-kata Ash. Ash menggigit bibir bawahnya. Dan air mata mula mengalir laju tanpa henti. Kedua-dua belah tangannya diangkat mengesat air mata yang sudah membasahi pipi. Ken, Aigle, Xara dan Xavier tersengih.

"Ya... YA!!!!" 

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now