part 96

2.3K 209 3
                                    

Mereka berkumpul di hadapan pintu gerbang batu karang yang memisahkan laut luas dengan sebuah pulau duyung yang digelar Crystal Cove. Semuanya berada di situ. Raja Ohz, Putera Frohs, Flynn juga Puteri Pearl. Termasuk jugalah para pengawal kuda laut yang bakal mengiringi 5 sahabat itu ke Tasik Eclipse. Di mana tinggalnya puak siren yang sememangnya terlebih agresif.

"Kenapa tak boleh tinggal untuk beberapa hari lagi?" Soal Pearl.

"Maaf pearl. Kitorang dah tinggalkan Ibis terlalu lama. Bimbang kalau apa-apa jadi pada dia." Ujar Xara. Pearl mengangguk faham. Lagipun, mereka sudah terlalu baik kerana sanggup menunggu dia sedar sebelum meninggalkan pulau ini.

"Maaf aku tak sempat bawa kalian mengenali Crystal Cove dengan lebih lagi." Ujarnya sambil tertunduk lemah.

"It's okay.. tak ada hal lah cik puteri." Ujar Ken.

"Tapi pearl. Macammana kitorang nak kembali kepada asal?" Soal Aigle. Iyalah, tidak terfikir pula mereka. Bagaimana hendak berlayar kalau rupa mereka macam ikan?

"Eh, aku tak kisah. Kalau macam ni, kita boleh bernafas kat darat dan air sekaligus." Ujar Theo. Xara memukul kuat kepala lelaki itu.

"Kau jangan nak merepek." Puteri Pearl ketawa perlahan.

"Jangan risaulah. Nanti bila kalian dah naik ke darat. Kalian akan jumpa cendawan-cendawan dekat tepi tebing tasik eclipse. Cendawan tu sebenarnya penawar untuk Oncruid weed." Jelas si puteri duyung.

"Atlas.. beta ada sesuatu untuk membantu pelayaran kalian." Ujar Raja Ohz seraya mendekati Theo. Sebuah bungkusan berwarna coklat diserahkan kepada lelaki itu. Bungkusan itu berbentuk segi empat tepat. Theo menyambutnya tanpa teragak-agak.

"Apa ni pak cik?" Soal lelaki itu.

"Nanti bila kamu sudah sampai ke darat. Bukalah. Beta yakin, sedikit sebanyak ia boleh bantu kalian." Theo mengangguk faham. Setelah mengucapkan selamat tinggal, mereka berenang pergi meninggalkan Crystal Cove bersama-sama pengawal kuda laut.

Setelah agak lama berenang, air yang berwarna biru jernih di sekeliling mereka itu bertukar menjadi warna ungu. Dan sekarang mereka sedar yang mereka sudah sampai ke tasik Eclipse. Tiba-tiba pengawal-pengawal kuda laut di hadapan mereka berhenti berenang dan menghalakan senjata bermata 3 mereka ke hadapan. Di mana terdapatnya sekawan siren sedang berenang-renang di situ. Sebaik perasan akan si pengawal-pengawal kuda laut, siren-siren itu mula menyeringai lalu bertempiaran melarikan diri.

Salah seekor pengawal maju untuk memeriksa keadaan. Setelah memastikan keadaan selamat untuk mereka lalui, mereka berenang ke permukaan tasik Eclipse. Ini adalah kali pertama setelah beberapa hari tidak melihat darat. Matahari menyuluh melalui celahan daun di sekitar tasik itu. Mereka memeritkan mata saat cahaya matahari menjamah anak mata mereka. Sudah lama tidak merasa kehangatan cahaya matahari.

"Terima kasih sebab dah hantar kami sampai ke sini." Ujar Xara sambil tersenyum manis. Sejak mereka memasuki sempadan Euloth, Xara dan Xavier sudah melepaskan topeng yang menutup sebahagian wajah mereka. Tiada di antara rakan-raknnya yang tahu kenapa dan tiada juga yang mempersoalkannya.

Ketua pengawal kuda laut hanya mengangguk sebelum dia dan pengawal-pengawal lain menyelam kembali ke dalam tasik lalu menghilang pergi.

"Nah, makan ni." Aigle menghulurkan 4 biji cendawan yang dipetik di tepi tebing tasik ungu kepada 4 rakannya yang lain. Masing-maisng sedikit teragak-agak untuk menelannya. Tetapi setelah dipaksa oleh Xara dan Aigle, mereka akhirnya menelan juga cendawan yang bentuknya sangat pelik itu.

Badan mereka bertukar kepada asal. Insang pada leher mereka hilang. Tangan mereka yang sebelum ini tidak berjari dan berselaput itu kembali normal. Kaki itik juga sudah bertukar menjadi kaki manusia. Sirip di belakang badan mereka juga telah hilang sepenuhnya.

"Alah.. aku suka jadi ikan." Rungut Theo.

"Jangan nak mengarut. Dah pakai kasut kau. Kita kena pergi." Ujar Xara sambil menyerahkan sepasang kasut kulit berwarna coklat gelap kepada Theo. Dan lelaki itu hanya menurut walaupun kekecewaan masih bersarang di hatinya. Aigle mencapai senapang yang dia sorokkan di dalam semak. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada senapang kesayangannya itu.

Setelah semua siap, kelima-lima sahabat itu bergegas ke persisiran pantai. Di mana Ibis berlabuh tanpa kawalan. Nasib baik tiada apa-apa yang terjadi pada Ibis. Sekiranya Ibis hilang atau dirompak, bagaimana pula mereka ingin meneruskan perlayaran. Mereka memanjat naik ke Ibis dengan segera. Memeriksa luar dan dalam kapal merah kecil itu. Tiada apa-apa perubahan. Baguslah.

"Tapi, diorang tak bagi kita bekalan makanan pun. Macammana kita nak makan ni?" Soal Theo. Iyalah, waktu sudah berganjak ke lewat tengahhari.

"Jangan risaulah. Kat depan tu ada pulau. Kita singgah kat situ, cari bekalan." Uajr Xara sedikit sebanyak melegakan hati si kapten.

"Great! Jom! Set sail!" Theo tersengih lebar. Masa untuk pengembaraan seterusnya.

"Aye!!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now