part 66

2.3K 255 9
                                    

Mereka dibawa melewati jalan besar yang menghubungkan pusat bandar dengan Eagle HQ. Logam yang menggari tangan mereka disambungkan antara satu sama lain menggunakan rantai yang diperbuat dari logam yang sama. Dan mereka diheret seperti banduan oleh tentera Eagle. Kolonel Kunyit berjalan megah dihadapan dengan kedua belah tangannya disilangkan ke belakang.

Rata-rata penduduk Seavierra yang mereka lihat disepanjang jalan adalah golongan-golongan yang berpakaian mewah dan begemerlapan. Berkilat-kilat semuanya. Emas dan berlian menghiasi diri tidak kira lelaki atau perempuan. Semuanya berpakaian cantik dan berwarna warni. Dan mereka memandang ke arah Theo, Xara, Ken, Aigle dan Xavier dengan satu pandangan yang jijik. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.

"Filthy pirates.. what are they doing here?" Soal seorang lelaki memakai pakaian sutera berwarna emas dan mafela berbulu dililit di sekitar lehernya. Kepalanya sedikit mendongak dan dia menjeling ke bawah saat memandang Theo dan rakan-rakan.

"Lord Mafell..." kolonel Kunyit menundukkan badannya sedikit sambil meletakkan tangan kanan ke perut.

"Let me introduce you.. this is Atlas the uncut beast. The one who killed Jaguar Jack and beated Kolonel Vox." Sambungnya lagi. Lord Mafell kelihatan terkejut. Tangan kanan yang dipenuhi berlian diangkat ke mulut.

"Oh my.. what a terrible human being.. bring them to the hq fast. Don't let them escape. Mereka akan kotorkan tanah Seavierra yang suci ni kalau mereka berterusan tinggal kat sini." Tangan kirinya dikuis-kuis agar mereka mempercepatkan langkah. Kolonel Kunyit menunduk.

"Kenapa aku rasa macam nak tumbuk je muka dia tu?" Bisik Ken ke arah Theo yang berada di hadapannya. Theo ketawa perlahan sebelum tentera Eagle mula menarik rantai di garinya supaya mereka meneruskan langkah.

Sepasang mata menyoroti langkah mereka dari dalam kesesakan orang ramai. Dari jauh dia hanya memerhati tanpa bersuara sehinggalah kelibat mereka hilang dari pandangannya.

Mereka hanya memerhatikan keadaan sekeliling bandar itu. Skrin Marmar dilekatkan pada bangunan-bangunan batu yang tinggi di sepanjang pusat bandar. Mereka pernah lihat skrin itu di Azuris Enclave. Sebuah skrin rata yang mampu menayangkan pelbagai jenis video dan gambar. Kebanyakan bangunan di situ berwarna putih. Dan semuanya diperbuat daripada batu.

Setelah agak jauh berjalan, mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah pintu pagar berwarna putih. Di belakang pintu pagar itu terdapat sebuah bangunan yang sangat besar. Lebih besar berbanding bangunan-bangunan lain di pulau itu. Beberapa orang tentera berseragam merah lengkap pantas membuka pintu gerbang sebelum mengangkat tabik hormat. Sedang menunggu di pintu masuk markas tersebut adalah beberapa orang kolonel dengan wajah yang menyampah. Kolonel Coral, Kolonel Gusai, Kolonel April dan Kolonel Zafrine. Masing-masing hanya berpeluk tubuh memandang ke arah Kolonel Kunyit yang sedang berjalan mendekati pintu masuk bersama para pengikutnya. Kunyit tersengih bangga.

"Wow. Nampaknya korang dah dengar berita ini ya?" Soalnya. Kolonel Gusai berdengus.

"Kau jangan sombong, Kunyit. Aku pasti kau menggunakan cara kotor untuk tangkap mereka!" Ujarnya sambil menggigit lolipop di dalam mulut.

"Kitorang tahu kau tak mungkin dapat kalahkan the beast. Kekuatannya saja mampu menandingi kolonel Aeros." Ujar Kolonel Coral pula.

"Mungkin lebih hebat." Gumam Kolonel Zafrine sebelum mendiamkan diri. Lima sekawan yang sekarang sudah menjadi banduan itu hanya mendengar kata-kata 5 kolonel itu tanpa membantah apa-apa.

"Hahahah.. aku tahu kalian cemburu dengan aku. Hahh. Korang boleh cakap apa saja yang korang suka. Aku tak peduli. Yang pasti, aku dah berjaya menangkap mereka sebelum korang." Kolonel kunyit mencekak pinggang.

Kolonel Coral membalikkan matanya menyampah lalu beredar dari situ diikuti oleh 3 kolonel lain. Malas mereka hendak layan perangai Kunyit yang sememangnya tidak pernah matang. Mereka juga tidak tahu bagaimana Lieutenant Blayze boleh mengambil lelaki itu sebagai Kolonel.

Kolonel Kunyit yang masih dengan ketawanya itu melangkah masuk ke dalam bangunan tinggi tersebut diikuti para pengikutnya yang sedang mengawal Theo dan rakan-rakan. Mereka melangkah terus ke sebuah bilik besar yang dipenuhi orang ramai berseragam merah. Ianya seperti sebuah mahkamah. Kesemua yang berada di situ mula memandang saat kelibat Theo dan rakan-rakan mula melangkah masuk. Termasuklah 4 kolonel yang berada di atas kerusi berwarna merah yang telah disediakan di sisi sebuah meja yang agak tinggi.

Mereka dimasukkan ke dalam sebuah kurungan di tengah ruang kosong berhadapan dengan meja tinggi itu. Kolonel Kunyit mengambil tempat di atas kerusi di sisi Kolonel Gusai. Dia masih dengan senyuman bangganya.

"Tempat apa ni?" Soal Theo.

"Aku takut." Aigle mula merapatkan dirinya ke arah Xara. Yang lain hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba, keadaan yang riuh tadi bertukar sunyi saat seorang lelaki berkumis tebal berjalan masuk dari pintu utama bersama beberapa orang pengikutnya di belakang. Semua yang berada di situ berdiri apabila lelaki yang memakai kot labuh berwarna merah beserta sebuah lencana melekat pada kotnya itu berjalan di laluan di tengah-tengah antara dua tempat duduk yang dipenuhi anggota berseragam merah. Masing-masing mengangkat tabik hormat.

Lieutenant Blayze mengambil tempat di atas meja tinggi di hadapan sekali. Wajahnya bengis. Langsung tiada secalit senyuman pun.

"Siapa tu?" Soal Theo.

"Tulah dia. Ketua tertinggi Eagle. Lieutenant Commander Blayze Kaizar." Jelas Xara sambil menelan air liurnya. Aigle di sisinya sudah menggigil ketakutan. Dia yang memilih untuk menjadi lanun. Apa-apa yang berlaku dia terpaksa tempuhinya sahaja.

"Jadi kau yang dah kalahkan Kolonel Vox?" Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Lieutenant Blayze bersama suaranya yang sedikit garau.

"Kau Theo Atlas?" Soalnya lagi sambil memandang tajam ke arah lelaki bermata merah dan hazel itu.

"Sudah tentulah." Ujar Theo, tersenyum memandang lelaki di hadapannya.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now