part 102

2.2K 235 7
                                    

Dia bersembunyi di sebalik dinding saat seorang lelaki berkulit hijau kebiruan berjalan melintasinya bersama sebilah parang besar tersisip kemas di pinggang. Sebaik lelaki itu berlalu, dia mengintai ke arah 5 orang manusia yang sedang berdiri di tengah-tengah ruangan itu.

"Manusia?" Kedengaran suara garau milik Ballad berkumandang di segenap ruang. Lelaki gergasi itu memandang tajam ke arah 5 sekawan di hadapannya.

"Bagaimana kau boleh sampai ke sini!?" Soal lelaki itu membuatkan Laura tersentak. Dan berharap manusia-manusia itu tidak menyebut tentang dirinya.

"Kitorang pun sedang fikirkan perkara yang sama." Ujar Theo.

"Maksud kau?" Soal Ballad.

"Macammana kitorang boleh bernafas dalam air tu?" Soal Theo lagi sambil menyilangkan tangannya.

"Kau ketua pulau ni kan? Kau pasti tahu jawapannya." Sambungnya lagi. Ballad terdiam. Dia memerhatikan setiap wajah manusia yang berada di hadapannya itu dengan pandangan yang tajam. Dan apa yang dia nampak adalah satu aura nipis berwarna emas kemerahan di sekeliling 5 sahabat itu membuatkan dia berdengus kasar. Dia bangkit dari takhtanya. Tubuhnya semakin membesar apabila dia berdiri. Sehingga kepalanya menyentuh siling batu.

Ballad berjalan perlahan mendekati 5 sahabat. Di tubuhnya tersarung sepasang armour emas. Apabila dia berjalan, jelas kedengaran bunyi besi2 bersalut emas di badannya yang berlaga sesama sendiri. Yang anehnya, hanya dia seorang sahaja yang memakai armour di dalam istana itu. Pengikut-pengikutnya hanya memakai pakaian biasa berwarna putih.

Ballad berhenti di hadapan Theo. Dia hanya menjeling ke bawah dengan angkuh sekali.

"Cebisan Urre Gold ada pada kau?" Soal Ballad.

"Apa kena-mengena soalan aku tadi dengan urre gold?" Soal Theo kembali. Ballad memandang ke arah salah seorang pengikutnya. Yang pakaiannya lain dari pengikut-pengikutnya yang lain. Lelaki itu menunduk sebelum mengangguk perlahan. Ballad berlalu ke takhtanya.

"Tangkap mereka." Ujar lelaki itu. Dan kesemua pengikut-pengikutnya mula mengeluarkan senjata masing-masing lalu mendekati mereka. Mereka mula bersiap siaga. Makhluk-makhluk hijau kebiruan itu mula menyerang mereka seolah-olah ingin menangkap 5 manusia itu. Tidak berdiam diri mereka membalas serangan. Satu-persatu mula tumbang.

"Kenapa serang kitorang pulak ni!?" Soal Ken sambil berlawan dengan beberapa pengikut Ballad.

"Apa salah kitorang?" Soal Xara pula. Dan hayunan pedangnya yang masih bersarung itu telah menumbangkan beberapa pengikut Ballad. Ballad hanya berdiam diri. Begitu juga lelaki yang seperti ketua kepada pengikut-pengikut Ballad. Mereka mencari peluang. Sebaik sahaja lawan mereka jatuh, Xara mengheret mereka untuk lari. Entah kenapa dia rasakan yang itu adalah tindakan terbaik yang mereka boleh buat sekarang. Dan entah kenapa dia berasa tidak sedap hati jika terus menerus berlawan dengan Ballad dan pengikutnya.

Theo berkeras untuk terus berlawan, tetapi apabila lehernya diheret oleh Xavier, dia terpaksa akur. Lelaki berpangkat General itu ingin mengejar namun ditegah keras oleh Ballad. Suaranya kasar bergema ke segenap ruang.

"Biarkan.. mereka tak akan dapat lari dari aku." Ujar lelaki gergasi itu sambil tersenyum. Tangannya mencapai beberapa helai kertas berwarna kuning cair dari atas meja batu di sisi takhtanya. Kertas paling atas ditatapnya.

"The uncut beast, eh? Aku teringin nak tahu kenapa dia diberi gelaran tu." Ujar Ballad sambil merenyukkan wanted poster di tapak tangannya itu.

.................................................................

Mereka berlari keluar dari istana. Anehnya, tiada seorang pun pengikut Ballad yang mengejar mereka. Sedang mereka berkira-kira hendak ke mana, seorang kanak-kanak perempuan muncul di hadapan mereka.

"Kau! Kau budak tadi!!" Ujar Ken sambil menunding jarinya kepada Laura. Laura mengangguk perlahan.

"I-ikut saya.." ujar budak perempuan itu lalu berlari meninggalkan mereka. Theo, Xara, Xavier, Aigle dan Ken berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil keputusan untuk mengikut sahaja budak perempuan yang tidak dikenali itu. Pasti ada sesuatu yang boleh budak itu buat untuk mereka.

Mereka tiba di sebuah rumah batu kecil yang terletak di bahagian paling hujung pulau. Rumah itu letaknya sedikit jauh dari pekan utama. Kata Laura, 'pengawal putih' tak akan datang ke sini. Seorang wanita yang agak berusia terperanjat besar apabila anaknya balik bersama-sama 5 orang asing. Manusia pula.

"Apa kamu buat ni Laura! Kenapa manusia boleh ada kat sini? Kalau Tuan Ballad tahu, habislah kita!" Marah Rosel.

"Ibu.. kita kena tolong mereka. Mereka jumpa pulau ni pun sebab saya. Saya tak boleh biarkan mereka terima nasib yang sama macam manusia-manusia lain, bu." Pujuk Laura. Rosel menjadi serba salah. Dia memerhatikan setiap wajah manusia di hadapannya.

"Maaf kami mengganggu, tapi.. izinkan kami untuk tinggal di sini buat sementara waktu, puan. Kami janji kami tak akan timbulkan masalah buat puan sekeluarga." Ujar Xara sopan. Rosel terdiam. Dia memandang ke arah Aigle. Lengan gadis itu tercedera. Darah menitik tanpa henti dan gadis itu sudah kelihatan pucat. Tiba-tiba Aigle berpaut pada Ken membuatkan lelaki itu terkejut beruk.

"Aigle! Kenapa ni!? Aigle?" Pantas gadis itu dipapahnya. Rakan-rakannya yang lain mula mendekati.

"Aigle! Kau cedera ni. Kenapa kau tak cakap apa-apa?" Soal Theo sambil menekan lengan Aigle yang masih tidak berhenti darahnya. Aigle sudah turun naik badannya. Sepertinya dia sudah kehilangan banyak darah. Rosel mengeluh perlahan sebelum berlalu ke pintu. Pintu dikunci dari dalam.

"Laura, siapkan barang-barang." Ujar wanita itu dan Laura pantas berlari masuk ke dalam sebuah bilik yang tertutup.

..................................................................

Ubat susah nak tido : karang satu lagi chap baru. 😅

P/s; terpaksa baca 2 kali sebab banyak sangat typo 😂😂

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now