part 74

2.3K 227 5
                                    

Mereka telah berjaya melepasi pintu gerbang Seavierra. Namun, beberapa buah kapal Eagle mula mengejar mereka dari belakang. Meriam diisi dan peluru-pelurunya meluncur laju je arah Ibis. Theo, Xavier dan Xara sibuk menghalang peluru-peluru itu dari merosakkan kapal mereka. Manakala Ken sedang mengemudi kapal untuk mengelak dari terkena peluru. Aigle pula sibuk mengisi peluru ke dalam meriam mereka lalu dimuntahkan ke arah kapal Eagle di belakng mereka.

Kolonel Zaffrine memusnahkan peluru-peluru yang ditemvak oleh Aigle menggunakan sebatang lembing emas berukiran naga miliknya. Ukiran naga itu mengangakan mulutnya dan bilah yang sangat panjang dan tajam keluar dari mulut naga tersebut. Dengan sekali libas, peluru milik Aigle terputus dua dan meletup ke dalam laut. Kolonel Zaffrine menghentakkan lembing naganya ke deck kapal. Satu gelombang ombak terbentuk lalu ombak tersebut bergerak laju ke arah Ibis. Sebaik terkena kapal tersebut, sebahagian kecil Ibis mula rosak.

"Theo! Salah satu dari meriam kita dah rosak!" Jerit Aigle dari bahagian perut Ibis. Theo mengetap giginya. Tak guna punya kolonel Eagle!

"Teruskan tembak diorang Aigle! Pakai meriam lain! Jangan risau pasal meriam tu, nanti kita baikinya semula!" Jerit Theo sambil menendang sebiji bola peluru ke dalam laut. Aigle hanya menurut tanpa kata.

"Kuasa Kolonel tu bukan calang-calang." Ujar Xavier.

"Macammana kita nak lari dari mereka ni?" Soal Xara pula.

"Teruskan halang peluru-peluru ni dari terkena Ibis." Arah Theo sambil menendang sebiji lagi. Kali ni, ditendangnya pula ke arah salah sebuah kapal Eagle di sebelah kapal milik Kolonel Zaffrine. Kapal yang sudah teruk rosak itu akhirnya tenggelam ditembak peluru terakhir. Masing-masing kelihatan terapung-apung di permukaan air dan beberapa buah bot penyelamat mula menyelamatkan rakan-rakan mereka dari kelemasan.

Zaffrine sekali lagi mahu menghentakkan lembing naganya tetapi serangannya tergendala apabila kapalnya tiba-tiba ditembak oleh satu peluru yang sangat besar dari belakang. Habis layarnya patah dan tumbang ke dalam laut. Zaffrine tercari-cari gerangannya yang telah menumbangkan tiang layar kapalnya.

"Aeros! Kenapa kau tembak aku!?" Dia meradang marah apabila menyedari rakan seperjuangannya sendiri yang telah menembak peluru besar tersebut. Aeros ketawa perlahan sambil menggosok belakang kepalanya.

"Maaf! Tangan aku licin. Aku tertembak kau pula." Zaffrine mengetap giginya menahan marah. Entah kenapa dia merasakan yang Aeros sengaja melakukan itu.

"Tengok apa kau dah buat! Kapal aku dah tak boleh bergerak! Tak guna kau Aeros!" Ujar lelaki itu. Aeros hanya menjungkit bahu. Mel di sisinya hanya tersenyum kecil.

"Apa lagi kau tunggu? Pergilah kejar mereka! Mereka dah jauh!!" Jeritnya lagi. Aeros hanya mendiamkan diri lalu kapalnya bergerak perlahan ke arah Ibis yang sudah jauh di hadapan mereka. Chief Commander Zayn mendekati Zaffrine.

"Sir. Your order?" Soal lelaki itu.

"We need to get back to Seavierra and get a new ship. Aku tak akan lepaskan The beast itu." Arah Zaffrine. Zayn hanya mengangguk sebelum beredar dari situ.

......................................................................

Kapal kecil Ibis sudah jauh berlayar meninggalkan Seavierra. Kelibat kapal Eagle sudah pun tiada. Nampaknya mereka sudah selamat. Theo, Xavier dan Ken terbaring kepenatan di atas deck kapal. Manakala Aigle dan Xara bersandar pada belakang badan masing-masing. Masing-masing kelihatan termengah-mengah. Matahari juga sudah mula menerangi langit. Kedinginan pagi mula menusuk ke dalam tulang.

"Aku rasa kita dah selamat." Ujar Xara.

"I can't believe we escape from Seavierra!" Ujar Aigle sambil ketawa perlahan.

"Xav, kau ok tak? Kita tinggalkan Mel macam tu je?" Soal Ken. Xavier tersenyum sambil mengelap pedangnya.

"Itu keputusan dia, Ken. Aku tak mampu nak halang. Cukuplah aku tahu dia masih hidup sekarang ni. Itu dah buat aku puas hati." Ujar lelaki itu. Theo disisinya tersengih.

"Siapa sebenarnya Mel tu?" Soal Aigle.

"Banyak yang kitorang perlu ceritakan pada  kau Aigle." Theo ketawa kuat.

......................................................................

"Kolonel! Kelibat the Beast sudah tidak kelihatan!" Ujar Emmer kepada Aeros yang sedang berdiri di sisi kapal sambil memandang ke arah laut luas. Lelaki yang sedang berpeluk tubuh itu hanya mengangguk perlahan.

"Kolonel. Terima kasih. Sebab dah tolong kawan-kawan saya." Ujar Mel yang sedang berdiri di sisi lelaki itu.

"Kali ini saja aku mampu tolong kau. Tapi ingat, Chief. Apa tugas sebenar kita sebagai anggota Eagle. Kawan-kawan kau itu lanun. Dan kita tak boleh terus lindungi mereka macam hari ini." Ujar Aeros tanpa memandang ke arah Mel. Mel hanya menangguk. Betul kata ketuanya. Dia sudah bersumpah untuk menjalankan tugasnya dengan betul. Dan bersubahat dengan para lanun adalah salah satu jenayah yang besar. Tapi, apa yang mampu dia lakukan lagi? Mereka adalah sahabatnya. Sahabat di kala susah dan senangnya. Sahabat yang pernah menjaganya sewaktu dia terkapai-kapai seorang diri satu ketika dahulu.

Jika Lieutenant Blayze dapat tahu yang dialah yang telah membantu Theo dan rakan-rakan keluar dari penjara bawah tanah Seavierra. Sudah pasti dia akan dihantar ke Lethal Isle.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now