part 57

2.4K 222 7
                                    

"Xara..." panggil satu suara serak basah dari belakang. Xara yang sedang asyik memerhatikan kapal misteri yang sedang terapung-apung dipermukaan laut tidak jauh dari Ibis itu lantas berpaling.

"Coda!" Pantas lelaki yang sedang cuba untuk bangkit itu dibantu.

"Kau dah sedar? Kau ok tak?" Soal Xara lagi.

"Aku ok. Tapi kuasa apa ni? Kenapa aura yang aku rasa ni lagi kuat dari sebelum ni?" Soal Coda.

"Apa dah berlaku?" Sambungnya lagi. Xara menelan air liur.

"Izarus... dia dah musnahkan separuh dari Liberie.. dan sekarang..." Xara memandang ke hadapan. Begitu juga Coda.

Di dalam kapal yang buruk itu berdirinya beberapa ekor makhluk. Pelbagai rupa. Bertanduk, berbulu dan hitam. Mata mereka memandang ke darat. Masing-masing dengan senjata di tangan. Ada yang memegang sabit, pedang, lembing, senapang, kapak, tukul dan sebagainya. Mereka adalah lanun-lanun Dyr yang menghilangkan diri saat Izarus menghasilkan ombak besar tadi. Rupanya, mereka masih selamat. Seekor serigala separa manusia yang bersaiz 2 kali ganda lebib besar dari mereka mampir ke hadapan. Kini dia tidak lagi memakai kerudung. Badannya yang berbulu hitam itu dipenuhi parut. Dia menyeringai menampakkan giginya yang semuanya terdiri daripada taring-taring yang panjang dan tajam. Ekornya yang berbulu meliuk-liuk di belakang badannya.

Theo, Xavier, Aigle, Ken, Falcon, Clayton, Milea dan beberapa orang penduduk kampung berlari keluar daripada hutan ke pesisiran pantai tempat dimana Ibis dilabuhkan. Mereka semua memandang ke arah yang sama.

"Liberie... kalian telah melanggar sumpahan aku!" Jerkah Izarus kuat. Sehingga penduduk yang lain yang berada di dalam hutan juga dapat mendengar suaranya dengan jelas.

"Lanun-lanun ini telah membuat kacau di tempat aku!! Sekarang kalian harus menerima akibatnya!!" Ujarnya lagi.

"I-ini semua korang punya pasal!" Jerit salah seorang penduduk kampung. Badannya menggigil ketakutan.

"Apa yang akan berlaku?"

"Dewa laut akan bunuh kita!"

"Diam!!" Jerit Clayton membuatkan mereka terdiam.

"Aku rela mati mempertahankan pulau ni! Jangan kau ingat kau boleh musnahkan pulau ni, Izarus! Liberie takkan jatuh hanya disebabkan lanun macam kau!!" Jerkahnya lagi. Membuatkan Izarus ketawa kuat.

"Baguslah.. sekurang-kurangnya kau dah bersedia.." para pengikut Izarus mula terjun ke dalam laut. Semua sekali. Clayton sendiri sudah menggigil. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian untuk berlawan kata dengan lelaki berwajah serigala itu. Dia dan penduduk yang lain mula berundur setapak ke belakang.

"A-apa yang datuk bandar dah buat?" Soal salah seorang penduduk sambil berpeluh sejuk.

"Kita akan mati!"

"Pak cik!" Clayton memandang ke arah Theo yang menyekat kata-kata penduduk itu. Dia tersentak apabila lelaki itu tersengih menampakkan barisan giginya.

"Kata-kata yang baik." Sambung lelaki itu lagi tanpa memandangnya.

"Serahkan lanun-lanun tu pada kitorang.." ujar Ken. Xavier di sisinya sudah mengeluarkan kedua-dua bilah pedangnya dari sarung. Xara melompat turun dari deck kapal mereka lalu menghampiri abangnya.

"Coda dengan Peter macammana?" Soal Xavier.

"Coda dah sedar. Peter je belum lagi." Ujar gadis itu.

"Apa? Kenapa dengan Peter?" Xara tersenyum memandang Milea yang kebimbangan.

"Jangan risau, dia ok. Cuma dia masih belum sedarkan diri. Pergilah dekat Ibis." Pantas Milea berlari ke arah kapal merah di gigi air. Tangga tali disisi badan kapal dipanjat naik.

"Korang tak rasa pelik ke?" Soal Aigle tiba-tiba membuatkan rakan-rakannya yang lain menoleh.

"Kenapa laut nampak tenang je?" Soalnya lagi. Semua yang berada di situ memandang laut. Benar, laut yang berkocak kuat saat para lanun Dyr berenang tadi kini tenang setenangnya. Langsung tiada tanda-tanda lanun-lanun itu bakal naik ke darat.

Theo menjeling ke arah Izarus. Lelaki serigala itu tenang sahaja di atas kapal buruknya sambil berpeluk tubuh. Sebelah kaki diletak di atas sisi kapalnya. Dia tersengih. Keadaan menjadi sunyi.

"Apa yang berlaku?" Soal Ken. Di dalam laut yang jernih itu langsung tiada kelibat lanun-lanun itu. Tiba-tiba Xavier tersedar sesuatu.

"Jangan-jangan?" Dia memandang ke dalam hutan.

"Hahh!! Kita bukan sasaran mereka!!" Serentak dengan kata-kata Xara itu, terdengar satu jeritan sayup dari dalam hutan. Tempat di mana para penduduk Liberie sedang berlindung. Pantas mereka berlari masuk ke dalam hutan. Cuma yang masih tinggal di persisiran pantai itu adalah Theo.

Lily kelihatannya sedang bersembunyi di belakang Ibis dalam keadaan menggigil ketakutan. Coda di atas kapal hanya memerhati Theo dan Izarus silih berganti sambil memegang perutnya yang masih berasa senak. Begitu juga Milea yang setia di sisi Peter yang masih belum sedarkan diri di belasah oleh Izarus dan pengikutnya. Masing-masing menelan air liur.

"Kau nak terus tercegat kat situ ke?" Soal Izarus. Theo memandangnya dengan wajah yang tenang.

"Atlas... dia berbeza.. aku dapat rasakan.. aura membunuh dalam dirinya.." Theo mengetap gigi geram. Geram dengan Izarus yang memandang serong terhadapnya. Dan geram dengan Canavar yang suka menyemak setiap kali dia berdepan dengan lawan yang kuat.

"Jangan kacau aku, Canavar. Aku tak perlukan kau." Gumam Theo.

"Apa yang kau bebelkan tu? Takut sangat sampai dah jadi gila?" Soal Izarus lagi. Theo ketawa sinis.

"Datang sinilah pengecut. Atau kau takut sebab darat bukan taman permainan kau?" Izarus mengetap gigi. Dasar budak hingusan, berani mencabar kesabarannya. Kalau separuh Liberie dia mampu tenggelamkan, inikan pula budak hingusan.

"Lepaskan aku, Atlas.. biar aku bunuh dia..." Canavar tersengih menampakkan barisan taringnya yang kekuningan. Nafas hangat keluar melalui hidung. Menandakan yang dia sedang teruja.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now