part 63

2.3K 243 4
                                    

Xavier masih dengan teropong yang dicuri bersama salah sebuah kapal milik tentera Eagle. Ibis masih jauh di hadapan. Entah ilmu apa yang dipakai oleh tentera-tentera itu sehingga mereka mampu menjauhkan Ibis dari 2 beradik itu. Yang anehnya, semakin jauh mereka kejar, semakin jauh Ibis meninggalkan mereka.

"Xar.. kau tak pelik ke?" Soal Xavier tiba-tiba. Xara yang sedang berdiri di sisinya mengangguk perlahan.

"Ibis semakin jauh. Aku rasa kita dah gerak laju dah." Balas Xara.

"Itulah.. kenapa Ibis makin jauh je aku rasa." Dari teropongnya, hanya bayang Ibis yang kabur sahaja dapat dilihat. Tiba-tiba bayangan itu menghilang. Yang tinggal cumalah sekumpulan kabus yang meliputi permukaan air laut. Xavier tersentak. Dia mencari-cari kelibat Ibis menggunakan teropong.

"Kenapa Xav?" Soal si adik.

"Ibis dah hilang."

"Apa? Macammana boleh hilang!?"

"Mana aku tahu! Tiba-tiba je." Xara mengurut dahinya.

"Dahlah. Tak guna nak gaduh. Kita kena cari Ibis sampai jumpa." Ujarnya. Mereka mula mengemudi kapal. Semakin lama semakin mereka mendekati kabus yang telah menghilangkan kelibat Ibis. Suhu di tempat itu tiba-tiba sahaja berkurang. Keadaan menjadi sejuk serta-merta. Kelihatan wap nipis keluar dari mulut mereka apabila mereka bernafas.

"Kenapa sejuk semacam je ni?" Soal Xara. Dia memeluk tubuh kemas. Xavier masih tenang. Walaupun sejuk semakin mencengkam tulang-temulangnya, dia hanya membiarkannya saja. Yang penting sekarang, mereka perlu cari Ibis dengan segera.

Suasana semakin nenyeramkan. Tempat itu sunyi tanpa bunyi. Tiada bunyi burung-burung. Juga tiada bunyi ombak -ombak. Laut juga kelihatan tenang sahaja. Dan menyeramkan ditambah pula dengan kabus yang semakin menebal.

"It's too quiet here." Ujar Xara. Masih berpeluk tubuh.

"It's like the calm before the storm." Balas Xavier pula. Mata mereka memerhatikan sekeliling. Agak lama mereka berdiam diri. Hanya kedengaran hembusan nafas mereka sahaja.

"Xara. Kau rasa kita kat mana sekarang?" Soal xavier lagi seraya memandang adiknya. Dan tiada sesiapa di situ.

"Xara?" Xavier memerhatikan sekeliling deck kapal. Walaupun semuanya diliputi kabus, lantai kayu pada deck kapal masih lagi kelihatan. Cuma, adik kembarnya sahaja yang tiada di situ.

"Xara!!" Jerit Xavier. Pantas dia berlari ke dalam kabin terus ke perut kapal. Langsung tiada kelibat Xara. Xavier berlari keluar ke deck semula.

"Xara!! Kau kat mana!?" Xavier mula cemas. Seketika kemudian, dia dapat merasakan satu kelibat sedang menghampirinya dari belakang. Namun, sebaik sahaja dia berpaling, langsung tiada sesiapa di situ. Pedang dikeluarkan dari sarung lalu dihalakan ke hadapan.

"Siapa kau?" Soalnya mengharapkan balasan. Namun keadaan masih sunyi.

"Siapa kau!! Keluar sekarang, pengecut!!" Jeritnya kuat. Masih tiada balasan.

"Aku cakap keluarlah pengecut!! Apa kau dah buat pada adik aku!!?" Tiba-tiba kepalanya dihentak kuat dari belakang. Xavier menjerit kuat sebelum berpaling ke belakang. Terdapat satu kelibat berwarna kuning sedang berdiri di belakangnya. Tidak sempat untuk dia pastikan siapa kelibat itu sebelum dia rebah ke lantai kayu dengan darah yang mengalir keluar tanpa henti di belakang kepalanya.

......................................................................

"Xav.. Xav.." xavier membuka matanya perlahan. Kepalanya sudah berbalut. Matanya menangkap kelibat Xara yang sedang memangku kepalanya. Juga kelibat Aigle yang sedang memerhatikannya. Mereka kelihatan risau.

"Argh.. apa yang jadi?" Soalnya seraya bangkit dari baringan. Kemudian matanya menangkap pula kelibat Ken yang sedang bersandar pada jeriji besi dan Theo yang sedang bersila di sisinya.

"Kau ok tak, Xav?" Soal Theo sambil tersenyum.

"Aku ok. Tapi macammana kita boleh ada kat sini?" Soalnya sambil memandang sekeliling. Mereka terperangkap di dalam sebuah sangkar besi. Sama seperti yang terjadi di selatan liberie.

"Macammana kita ada kat sini? Kau tanya Theo!" Ujar Ken bengang membuatkan Xavier mengalihkan pandangannya pada Theo.

"Kita sebenarnya dalam kapal Kolonel Kunyit." Ujar Aigle. Xavier tersentak.

"Apa? Apa yang dah jadi!? Aku rasa tadi, kitorang masih tengah kejar Ibis." Dia memandang Xara pula.

"Tadi, kita dah masuk ke Laut Mistik. Laut yang bersambung dengan Terror Line. Bersempadan dengan Euloth." Jelas Xara.

"Jadi, sebabtulah tempat tu pelik? Apa yang jadi kat kau tadi?"

"Aku pun tak tahu. Tiba-tiba je aku pengsan. Sedar-sedar je dah dekat sini." Xavier terdiam. Siapa lembaga kuning yang dia nampak? Tentera Eagle ke?

"Tapi macammana korang boleh ada kat sini jugak?" Soal Xavier kepada Theo, Ken dan Aigle.

"Bukan korang kat Liberie ke? Jangan cakap yang Kunyit lengkuas tu dah kalahkan korang?" Ken berdengus.

"Kau tanyalah Theo. Dia yang dah sebabkan kita ada kat sini." Ujarnya.

"Ken.. aku pasti Theo ada sebab dia sendiri. Kan Theo?" Soal Aigle memandang Theo. Semua mata tertumpu pada lelaki itu. Theo ketawa perlahan sebelum menggosok belakang kepalanya.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now