part 79

2.4K 225 3
                                    

Xavier berpaling ke belakang. Ke arah kelibat Eldritch dan Greenscalenya yang mula menghilang. Dia tahu dia pernah dengar nama lelaki itu. Tapi dia sendiri tidak pasti di mana.

"Seriouslah kita nak masuk dalam tu?" Soal Aigle yang mula merapati Xara. Xavier mengalihkan pandangannya. Di hadapan mereka kini terdapat satu rekahan besar berbentuk lubang pada dinding tembok gunung. Dan disekitarnya terdapat batu-batu tajam dan besar. Hanya terdapat satu laluan air kecil menghala ke dalam lubang tersebut. Mereka terpegun lagi. Arus air perlahan-lahan menarik mereka ke dalam Lurah Mati.

"Kenapa air kat situ nampak pelik?" Soal Xara. Arus air laut di hadapan mereka kelihatan aneh. Spertinya ia sedang berpusar laju. Bukan satu, bukan 2 tetapi banyak sekali pusarannya.

"Air berpusar!!" Jerit Xara.

"Pegang kuat-kuat!!" Jerit Ken. Masing-masing mula berpaut pada bahagian-bahagian kapal yang mampu mereka capai. Theo sudah ketawa kuat. Keadaan seperti ini bukan menakutkannya, malah membuatkan dia semakin teruja. Dan Ibis mula memasuki pusaran-pusaran air. Kapal merah kecil itu berpusing laju setiap kali ia memasuki pusaran air. Semua yang ada di atas kapal mula tunggang terbalik. Kapal merapati dinding batu. Pantas Theo melompat lalu menendang dinding batu sekaligus menolak kapal mereka ke tengah. Hampir setengah jam mereka berpusing-pusing di atas pusaran sehingglah keadaan kembali tenang. Arus kembali perlahan. Mereka mula bangkit perlahan-lahan. Aigle menekup mulutnya. Sepertinya dia akan termuntah jika mereka sekali lagi berpusing-pusing seperti tadi.

"Wow.." ujar Theo lalu berlari ke hadapan kapal. Rakan-rakannya yang lain turut sama terpaku. Masing-masing mendongak ke atas. Pada dinding dan syiling batu di sekeliling mereka dipenuhi dengan batu-batu permata berwarna-warni dan bersinar terang. Kerlipan batu-batu itu menghiasi dinding batu yang gelap kelihatan seperti bintang di langit. Sungguh cantik dan memukau.

"Tempat ni tak sesuai dipanggil Lurah Mati." Ujar Ken.

"Nama tu kan, Salamander yang cipta.. supaya tak ada yang berani ke sini." Balas Xara.

"Aku tak pernah tengok tempat secantik ni." Ujar Aigle. Terus hilang rasa mualnya.

"Aku rasa aku pernah baca pasal tempat ni. Dulu ia dipanggil Stargaze. Sebuah gua yang dipenuhi bintang." Ujar Xavier.

"Wow.. boleh aku curi satu?" Soal Theo lalu melompat ke tebing. Dinding batu dia dekati.

"Theo! Balik ke sini! Kita tak ada masa lah!" Jerit Xara tetapi tidak diendahkan lelaki itu.

"Bukan masa yang kau patut risaukan, Xar." Ujar Xavier membuatkan Xara terpinga-pinga.Theo menggapai salah satu dari batu-batu permata itu lalu dicabutnya kuat. Sebaik tercabut, tempat itu tiba-tiba sahaja bergegar kuat. Batu-batu permata itu mula bercantum lalu membentuk seekor gergasi kristal besar berwarna-warni. Ia memandang ke arah Theo dengan matanya yang bercahaya merah. Dia mengaum kuat sebelum cuba untuk menyerang Theo.

Theo tersengih.

Dia pantas mengelak dari serangan si gergasi kristal. Dengan sekali tumbukan pada bahagian muka, kepala gergasi itu terus hancur berkecai. Badannya rebah ke tanah.

"Theo!! Balik ke sini! Kita kena pergi sebelum.." belum sempat Xara menghabiskan kata-katanya, gergasi itu kembali bangkit. Kepalanya yang berkecai tadi mula bercantum. Dan ia kelihatan marah. Ken di dalam kapal sudah ketawa melihat Theo.

Theo pantas melarikan diri lalu melompat naik ke Ibis. Dia dan Ken menyambung ketawanya. Gergasi kristal sudah mengejar mereka di belakang.

"Xavier! Bawa kita keluar dari sini!" Jerit Xara lagi. Xavier tersengih sebelum melibaskan kedua-dua bilah pedangnya lalu terhasillah pusaran angin yang kuat. Pusaran itu mengenai gergasi kristal lalu menolak gergasi itu ke belakang sekaligus menolak Ibis ke hadapan. Sehinggalah mereka berjaya keluar dari gua batu tersebut.

"Kau ni memang suka cari pasal kan!" Xara mengetuk kepala Theo. Dan lelaki itu hanya ketawa tanpa henti. Sebaik mereka keluar dari Lurah Mati, mereka telah menjejakkan kaki ke sebuah benua yang baru. Benua yang dilarang untuk dimasuki oleh penduduk-penduduk dari benua lain. Benua Euloth. Benua yang dikawal ketat oleh Salamander.

"Kita dah sampai! Euloth Continent!" Ujar Theo.

"Next stop.. Nohl Cay!" Sambungnya lagi.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now